Tuesday, 12 August 2025

Menu hujung minggu

Petang Sabtu tu malas betul nak masak nasi dan lauk. Last-last, tengok ada stok pasta dan sos pasta dalam tin, apalagi tanya Aqlan, nak nasi ke pasta. Semestinya dia lebih memilih pasta berbending nasi. hihi.


Guna fettucine je

Hari Ahad pulak, terasa nak makan donat. Banyak juga buat, guna 500g tepung roti. Hari ni Adam minta datang ke sekolah dia untuk bawa balik baju kotor. Dia tak balik walaupun boleh balik selepas selesai program perkhemahan tu, Isnin, sekolah dia cuti peristiwa. Sebab dia cakap lepas subuh hari Isnin tu, ustaz halaqah dia nak buat kelas tambahan. Daripada kena hantar dia awal sebelum subuh, baik tak payah balik kan..So, masa nak ambil baju dia tu, boleh bagi sekali donat-donat yang banyak2 ni.

Sebelum dibedakkan dengan gula castor dan susu tepung


Ni setelah dibedakkan, untuk Aqlan sambil2 kelas tuisyen online.

Ni budak yang dah mandi tapi belum sikat rambut, geram betul.. selalu tak terus buat bila disuruh..Dia lah yg cakap donat ibu lagi sedap dari sekolah..hihi


Donat lagi, tq Che Ta sintok atas resepi yang super yummy ni. memang menjadi. Alhamdulillah. Sekarang ni kuih yang selalu buat tak jadi ialah kuih pau, memang xde bakat nak jadi seperti mana yang kita nak. Mungkin tak cukup praktis lagi kot. 

Masa nak start kereta nak pegi sekolah Adam tu, sekalinya engine kereta tak boleh start. Cuak juga saya masa tu. Bila tekan je, tiba-tiba semua econ buka, makin kuat pulak kipas dia.


Screen pulak dia paparkan ini.. Risau ada kerosakan sistem je. Sebab ada kawan tu kereta dia sama mcm ni, tiba-tiba tak boleh start, 6 bulan duk kat bengkel kereta dia.

Last-last naik kereta lagi satu utk ke sekolah Adam. En suami pulak xde, time dia xde la macam-macam masalah jadi. Saja je nak menguji kesabaran. Malam tu baru sempat call en suami bgtau pasal masalah kereta. Dia kata relaks la, mende boleh settle. Ok. Esok dia minta saya sent video kereta ni masa nak start kat kedai bengkel kereta yang selalu kami hantar tu. Kali ni kesabaran dia full bar, kesabaran saya yg tak full..hihi.. selalunya terbalik. 
Isnin semalam, bengkel tu cakap ni masalah bateri kereta.. ohh.. begitu. Mujur la bateri, ingatkan sistem dia ke apa. Risau saya. So, alhamdulillah semuanya sudah selesai semalam. Kalau masalah kereta kan, selalunya kena kat saya, tu yg saya risau tu. Dulu pernah, masa isi minyak kereta, staff tu tersalah isi, dia pi isi minyak petrol, kereta ni guna diesel. Banyak pulak tu rm140, full tank dah siap isi baru dia tanya, kak..kereta ni guna petrol ke diesel. Dah terang2 kt penutup tangki tu tulis diesel kan, dia pun tak perasan agaknya. Staff yang kat kaunter pun salah juga, dia pi klik petrol, mungkin dia tak dengar kot aku cakap diesel. Last2 kat situ juga diorang settlekan minyak tu. Cuma lama la nak tunggu mekanik diorang datang. Dia keluarkan/sedut minyak semuanya dulu kemudian flush dengan minyak diesel sikit dlm rm10-20 lepas tu baru isi minyak diesel semula. Mujur kereta belum start lagi. Diaorang cakap, kalau dah start kereta dan bergerak, habis la minyak petrol tu dah masuk dlm enjin, terus rosak la. Ada juga kes mekanik tu cakap, baru kereta dia gerak beberapa meter dan tak boleh jalan dah. Nak baiki enjin tu pulak mahal, adalah dalam RM20 ribu.. Mak aii.. mahalnya. 

3 comments:

  1. Nampak donut macam tak boleh gerak dah. Gerammm sebab tak berani buat. Nak kena roll, tekan bulat, tunggu naik dan goreng. Huwaaa banyak proses tu, tak rajin lagi nak buat. Donut memang favorite

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya buat shortcut, bulat2kan lepastu penyekkan dia, biar dia 15 min lebih kurang baru tekap yg bulat tengah dia dengan nozel, lepas tu baru biar dia naik sekali ganda. cuma tak sama besar la sebab saya malas juga nak roll dan tekap guna acuan donat tu..hihi..

      Delete
  2. Sedapnya donut. Dulu waktu anak-anak masih kecil rajin mendonut. Makan yang masih hangat, berketul-ketul maduk perut!

    ReplyDelete

London: Hyde Park

Hai, bersambung lagi jalan-jalan kat Hyde Park. Lebih kurang pukul 5.00pm kami keluar dari hotel menuju ke destinasi masing-masing. En suami...