Wednesday, 16 July 2014

Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum..
Sambil2 menidurkan baby curik masa sikit untuk update blog.. Di tempat kerja aku, iaitu di klinik kesihatan, hampir setiap minggu, aku akan bagi ceramah pasal penyusuan susu ibu.. sebelum aku bersalin anak pertama lagi tugas bg ceramah aku dah buat walaupun waktu tu aku hanya ada teori sahaja, pengalaman tak de... kebetulan masa aku tengah mengandung tu, nama aku tersenarai untuk menghadiri kursus pengurusan laktasi 20 jam..so, kira pengetahuan aku mengenai penyusuan susu ibu bertambahlah sikit..alhamdulillah..

Sebenarnya tugas memberi ceramah kepada pesakit yang sedang menunggu sementara pengambilan darah kali kedua setelah minum air gula di klinik kesihatan ni bukanlah suatu perkara yang mudah sebab persediaan sebelum nak bagi ceramah tu penting.. pengalaman+ilmu sangat2 diperlukan..sebab aku bukanlah orang yang benar2 arif pasal penyusuan, ramai lagi diluar sana yang lebih arif dan lebih berjaya dari aku..aku pun masih banyak lagi yang perlu belajar.. 

Aku sendiri pun, gagal menyusukan anak pertama selama 2 tahun.. dia dapat dalam 6-7bulan sahaja, sebab aku dah mengandung anak kedua..waktu tu aku sedih sangat dan rasa bersalah sebab tak dapat menyusukan anak lama.. :( husband cakap janganla sedih sangat, mungkin rezeki dia setakat tu je utk menyusu susu bdn..selepas tu aku berazam untuk anak kedua nak menyusukan 2 tahun.. alhamdulillah dapat menyusukan dia lebih lama iaitu setahun 10 bulan..lagi 2 bulan je nak 2 tahun tu pun sebab aku dah mengandung anak ketiga..kalau nak ikutkan, aku nk je menyusukan dia tapi bila dia menyusu, aku bleeding.. dan doc nasihatkan aku utk stopkan breastfeeding sebab takut keguguran..siap doc bg ubat kuatkan rahim lagi waktu tu.. untuk anak ketiga ni mudah-mudahan dapat menyusukan dia 2 tahun..

Cabaran sepanjang menyusukan anak terutama masa berpantang anak pertama bila berhadapan dgn situasi mertua yang tidak begitu faham tentang penyusuan susu ibu begitu melemahkan semangat..mujur suami sangat memahami dan memberi sokongan.. dialah yang memberitahu ibunya pasal penyusuan susu ibu..apa yang boleh diberi..apa yang tidak boleh diberi..aku sebagai menantu kdg tak berani nak menyatakan pendirian..kat sinilah pentingnya sokongan dari suami..pertama sekali pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu haruslah dikongsi dengan suami supaya dia dpt bg sokongan pd kita terutamanya sokongan emosi..sgt penting ni.. 

Walaupun kita tak berjaya macam orang lain, tapi pengalaman ni lah yang aku kongsikan pada ibu2 untuk menjadikan mereka lebih bersemangat dan lebih berjaya dari aku.. sampaikan ada seorang ibu tu cakap, disebabkan sy dengar ceramah awakla sy berjaya menyusukan anak saya 2 tahun walaupun ketika itu agak payah sy mendapat sokongan dr org sekeliling termasuk suami sy.. terharu aku mendengar pengakuannya.. ada juga seorang ibu yang bgtau aku.. kenapa biras dia masa mengandung takde pun dipanggil utk dengar ceramah mcmni..padahal dia mengandung anak ke3, biras dia pulak mengandung anak pertama.. sebenàrnya pengetahuan tentang penyusuan susu ibu ni perlu kita dpt semasa setiap kali mengandung..terutama bg ibu2 yang baru mengandung anak petama lagi..kalau suami dengar lagi bagus..

Mungkin inilah limitasi yang tidak dpt dicover oleh klinik kesihatan sbb kadang2 bukan kita tak buat ceramah tp kadang2 ada ibu2 yg balik ke rumah setelah minum air gula..sebenarnya tak boleh balik sbb nnt bacaan tahap gula akan jd tak accurate.. kadang2 peserta ceramah, aku amik yg minum air gula je..yang tak minum  xdpt dengar.. kadang bila aku nk buat ceramah sementara ibu tunggu giliran nk jumpa doc, diorang dah buat muka..siap tanya lg lama tak?..lepas ni sy ada meeting.. suami dah tunggu la.. anak kt rumah xde org jaga.. mcm2 alasan diorg bg..diorang mcm malas nk dengar... xpe ni mungkin cabaran juga bg aku nk sebarkan ilmu mengenai penyusuan ni..sebab tu lah rasa terpanggil untuk menulis di dlm blog sendiri.. 

Mengenai sokongan dari suami dan keluarga tu kan..mmg sgt penting..alhamdulillah family belah aku mmg sgt2 menyokong penyusuan susu ibu..terutama kakak aku yg kedua (kak lin)..anak2 dia semua susu bdn rasanya dpt 2thn ..waktu mengandung pun dia masih boleh menyusukan.. suami aku pulak mmg sgt2 menyokong .. sgt bersyukur sbb dia sgt memahami dan sanggup membelikan aku breastpump yang best..masa anak pertama abg ipar hadiahkan spektra3.. pakai sampai 6-7bln..spectra3 kan berat..masa tu kerja aku byk kene travel sbb kene cover 3 klinik.. mmg berat nk hangkut breastpump, beg icepack,beg kerja,laptop..dah la masa tu laptop besar n berat..tambah2 kene naik turun tangga sbb waktu tu duk apartment yang xde lift..tingkat 3..bila anak no2, dia belikan laptop yg kecil dan ringan dan breastpump medela mini elektrik plus..sgt ringan.. skg ni anak no3, dia belikan medela fs..sgt2 terharu dgn pemberiannya.. ni menunjukkan yg dia sgt2 menyokong  dan memberi galakan kpd aku utk terus memberikan susu ibu kpd anak2.. breastpump tu dia ckp kalau xguna dah nanti boleh turunkan kpd adik aku..mujur   adik-beradik ramai perempuan..so tak la rasa membazir..

Aku sgt berharap agar sapa2 yg berpeluang mendengar ceramah penyusuan di klinik  cedoklah seberapa byk ilmu supaya dpt dijadikan pedoman dan panduan.. sebab byk kebaikan yg diperolehi bila menyusukan anak dgn susu ibu.contohnya antibodi baby lebih kuat, hubungan ibu dan anak lebih rapat, IQ anak lg tinggi, kurang risiko kanser payudara dan ovari, mempercepatkan pengecutan rahim dan sbgnya..

Tuesday, 15 July 2014

Pengalaman Bersalin ke 3 Part II

Selepas aku dibawa ke ward, baby memang sentiasa bersama dengan aku..(rooming-in), aku nak pastikan baby menyusu susu badan dengan kerap..walaupun aku xpasti berapa banyak susu yang dia dapat, tapi aku percaya perut baby sangatlah kecil dan susu yang dihasilkan sangat sesuai dengan saiz perut baby.. hisapan baby yang merangsang pengeluaran susu..yang aku perasan,  hari pertama mmg susu sgt likat sbb aku tengok, lepas menyusu je, baby macam muntah sikit, muntah bukan macam muntah susu yang putih tu tapi cecair likat..itulah yang dinamakan kolostrum..ptg tu tengok baby dah poo poo..najis dia mmg warna hijau kehitaman..banyak pulak tu..so, dengan itu, aku percaya la yg baby dapat susu..

Esoknya iaitu hari ke-2, doc dah sahkan yang darah baby adalah dari group  A, sama dgn husband, aku pulak darah O..disebabkan darah aku dgn darah baby berbeza, takut baby mudah dpt kuning..so, aku kerapkan baby menyusu je la..xnak jadi macam Adam dulu..lama jugak dia kuning dan terpaksa letak dia bawah lampu.. dulu masa anak pertama, xde pengalaman..harapkan teori je.. tak sama teori dengan pengalaman.. So, kali ni confident la sikit nak menyusukan baby..dah no 3 dah pun..  Setiap kali baby menyusu, aku rasa sakit sangat kat rahim..terasa macam contraction pulak..rasa sangat sakit, sampai kekadang aku dah sampai tahap yang tak tahan.. rasanya dulu masa anak pertama dan kedua xde pulak rasa sakit macam ni.. aku bagitau nurse, dia pun bg ubat tahan sakit.. nurse dan doc cakap, tu normal.. semakin bertambah anak, memang akan rasa sakit sikit..betul ke??  dia cakap ada yang anak no 2 pun dah rasa sakit.. mak ai, takut pulak nak tambah anak lg..kuikui..

 Kiss dari abang2.. muah..muah..

Aku dan husband decide nak sunatkan baby terus, iaitu hari ke-3..sementara baby masih belum pandai meniarap, better sunatkan je..masa Adam dgn Aqil dulu tak terfikir nak sunatkan diorang.. xpelah adik dulu sunat..tunggu Adam dgn Aqil sekolah rendahlah..kalau sekarang tak sesuai, diorang tengah lasak.. sunat sekarang dah tak macam dulu, sekarang ni aku tengok dia pakai ring kt "situ"..dlm masa 2 minggu ring tu akan tertanggal sendiri.. dan ring tu dah tertanggal pun dlm masa 2 minggu lebih sikit dan skg baby Aqlan dah “dewasa”.. hehehe..

 Reaksi setelah disunatkan..maintain je..control macho.. ehem..

Hari yang ke-4, baru kitorang discharge..bila baby confirm tak kuning dah dan aku pun xde masalah kesihatan yang lain.. tak larat nak berkampung di hospital lelama.. =) Alhamdulillah..

Jutaan terima kasih kepada staff Prince Court Medical Centre dalam memberikan khidmat yang terbaik sepanjang aku dirawat di sini.. Sayang u all..

Friday, 11 July 2014

Pengalaman Bersalin Anak ke3 Part I

Assalamualaikum..lama aku menyepikan diri..sebabnya dalam masa-masa menghitung hari ni..aku dah minta cuti awal 2 minggu dari tarikh due..due date aku 29/6/14 iaitu jatuh pada hari pertama ramadhan...uwa..kene ganti pose sebulan..dan kali ni aku minta cuti 3 bulan..bos dah bagi sebab sekarang aku dah ada kawan yg boleh gantikan tugas2 aku..kalau dulu, aku sorang2 sebab tu bos xbagi aku cuti 3 bulan.. sapa pulak nk tanggung tugas aku..minggu terakhir sebelum aku bercuti dah rasa contraction yg agak kerap..risau juga aku..kadang tgh drive nk pegi kerja 2 kali rasa contraction.. yg merisaukan aku ialah suami aku tak balik lg..hari jumaat baru dia tiba di KLIA. kalau boleh biarlah time aku bersalin dia sentiasa berada di sisiku...senang nk azan dan iqamahkan baby.. masa aqil dulu 37++ weeks aku dah bersalin..takut kali ni terbersalin awal juga..

Minggu pertama cuti, time tu aku dah 38w, tak de lagi tanda2 nk bersalin.. puas suami aku suh buat senaman yg mempercepatkan bersalin..contohnya naik turun tangga... 13 tingkat flat rumah mak mertua aku daki weh..dah bbrp kali naik turun tangga..tak bersalin jugak.. pastu basuh bilik air dengan bykkan mencangkung..jalan itik atau squad bagai dah buat.. baby mcm xnak keluar juga..sblm husband aku blk dh sakit2 mcm nk bersalin, bila  husband dah balik relax pulak baby tak nak keluar..sampailah ke minggu ke39 check up, doc kata kalau nk induce pun boleh..sebab bby dah matang pun..aku takut nk induce sebab sakit..lebih baik ia datang secara natural macam aku bersalinkan aqil..sakit xlama dan aku rasa boleh tahan, sebab tu sampai je hospital, dah buka 10cm.. masa adam dulu aku induce sbb dh lebih 4hari..suami suh induce je sbb xsabar nk dpt baby..tp sakit lama sikit la..masa tu 3jam juga menahan sakit..so, untuk anak ke3 ni, doc ckp kalau aku induce pun mungkin cepat je terbuka..bbrp hari sblm tu aku dh dtg ke hosp utk cek bukaan..sbb rasa mcm contraction makin kerap..tp bila cek, baru buka 1.5cm..so, balik la semula..puas juga aku berfikir nk induce ke tak..seriau weh...walaupun dah anak ke3..so at last..keputusan telah dibuat...

22 Jun 2014 - menyerah diri ke hospital, walaupun xde rasa sakit apa2 pun..
Pukul 11pm lbh dpt bilik..cek bukaan dah 2cm..so, ubat induce dimasukkn esoknya pukul 5.25am..

23 Jun 2014 - pukul 5.25 am, staff nurse dah masukkan ubat induce kt pintu rahim.. pukul 6.25 am nurse masukkan ubat cair najis.. mmg lepas tu rasa nk cepat2 je ke tandas.. contraction dah start dan dah rasa sakit sikit2..pukul 8 lbh am Dr Seri dtg.. aku ckp dah tak tahan sakit..dia offer aku epidural..mula aku teragak2 nak amik ke tak...last2 aku setuju sebab xtahan sakit sgt.. pastu dia pecahkan air ketuban walaupun bukaan baru 2cm..
Pastu pukul 9.45am terus masuk labour room..masa nak bangun nk tukar katil tu, aku nampak dah lendir2 bercampur darah kt katil.. Pastu dlm pukul 10am lebih aku terima inject epidural oleh Dr Anuradha.. doc pakar bius yg pernah inject aku masa kt icu time bersalinkan aqil dua tahun lalu..tak lama lepas tu mmg xrasa dah sakit contraction..relax je tunggu bukaan lebih besar..sambil boleh wassup dgn family n kawan2..betulla kata biras aku..bahagia bila pakai epidural.. lebih kurang pukul 11am, husband aku minta staff nurse cek bukaan..sekali tgk2 dh 8cm..dia kata dah boleh panggil Dr Seri.. sementara tunggu tu..contraction mmg makin kuat..terasa perut aku naik ke atas tp sakit mmg xterasa..ctg masih terpasang lg..bila contraction dtg, denyutan jantung baby makin laju.. Bila Dr Seri dah datang, terus dia cakap dah boleh teran ni..aku mmg xrasa apa2 cuma rasa sejuk giler je kt dlm labour room..ntah berapa suhu dia..bila contraction datang..aku pun teran..mmg agak pancit jugak meneran sbb rasa mcm kelaka..xrasa sakit..tp belasah je meneran..akhirnya tepat jam 11.46am, alhamdulillah baby Muhammad Aqlan Danish selamat dilahirkan secara normal..dan aku sangat2 bersyukur sebab kali ni xde koyakan, guntingan dan juga jahitan..alhamdulillah..bby seberat 2.8kg..paling kecil antara ketiga-tiga anak yg aku lahirkan..mungkin sebab dia kecik kot..tu sbb xde jahitan..

Selepas itu, bermulalah episod mengeluarkan uri atau plasenta..mula2 cuak jugak sebab dengar doc cakap..aik apasal susah sgt nak keluarkan..jangan jadi macam yang lepas dah.. yang paling merisaukan ialah uri lekat..bahaya wei..takut aku..staff nurse pun tolong tekan2 perut aku utk keluarkan uri tersebut..akhirnya, berjaya dikeluarkan.. baby, diorang just lap2 gitu, balut dan terus letak kat  tempat pemanas baby..pastu diorang biarkan je dulu..apalagi, aku suruhla husband aku amikkan baby untuk aku susukan..lebih cepat disusukan, lebih cepat susu akan keluar..skin to skin aku xbuat pun..ingat nak buat sendiri, tapi sebab macam sejuk sangat je, aku just menyusukan je..alhamdulillah, nampaknya baby pandai menyusu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...