Saturday, 29 August 2015

Setahun dah berlalu

Semenjak bertukar kerjaya ni, kerja aku asik buat lawatan ke ig baker2 serata tempat.. tp lebih suka tgk yg dekat2 dgn rumahla.. manalah tau nak order ke senang..  terliur2 tgk kek dan desert.. sedap sgt menengoknya... nak buat sendiri kene tengok tahap kerajinan.. dgn anak2 lg.. kalau diorg ok, senang la nak buat kerja..tp kalau asik duk melekat kat kaki je camne tu.. angan2 aku nak belajar buat dan design kek dgn kak yani..the kitchenguardian.. nak belajar dgn lea oven la.. dgn kak fadz la.. tp kak fadz jauh kt kuantan nun.. pastu berangan2 nk jd baker mcm mereka..cewah.. tapi memandangkan aku berenti kerja ni bukanlah untuk menjadi baker.. tapi untuk menjaga..mendidik anak2.. jadi maid kat rumah sendiri.. jadi driver anak2 pegi sekolah.. jd cikgu semak buku sekolah diorg.. jadi ustajah semak diorang ngaji.. jadi kawan sembang2 dengan diorg.. jadi penglipurlara.. baca buku cerita time nak tido.. jadi tarzan bila diorang main air dlm bilik air.. dan jadi hulk bila diorang bergaduh.. jadi nurse bila diorang sakit.. jadi penenang bila diorang mengamuk terutama bila cipta mainan dari lego pastu asik tercabut je.. adeh2.. mcm2 jugak nk buat.. aku memang tabik spring la kat baker2 di luar sana yg mmğ berkecimpung dlm dunia bakery ni sambil2 menjaga anak.. aku pun belum tentu boleh jadi seperti mereka.. cuma aku kalau xjd baker pun aku jadikan ia sebagai hobi je la..

Owh..baru perasan hari ni 29 Ogos.. hari ulangtahun pelarian bibik aku..ceh.. kemain lg aku ingat.. ye la geram tul aku.. lg 2 minggu aku nak masuk kerja.. dia lari pulak.. dah setahun rupanya ia berlalu.. tak pe lah.. jadi surirumah pun best juga.. lepas hantar anak2 pi sekolah.. kalau Aqlan mengamuk2 nk tdo..aku tdokan dia dulu.. pastu aku buat kerja rumah sambil tgk cite korea...heheheh.. kantoi..pastu byk kerja terbengkalai.. sbb asik sgt menengoknya.. ye la.. cite korea ni kene baca subtitle baru faham.. kiki.. okeylah.. nak bancuh susu anak plak ni.. nnt mulut dia asik duk menyebut nak susu..nak susu.. tak larat telinga nak dengar.. cerita jln2 belum habis lg..amik mood sikit nak menulis.. ok.. selamat hari merdeka!!

Wednesday, 12 August 2015

Dubai : Muzeum Dubai

Muzeum Dubai ni termasuk dalam pakej Bus Hop-on Hop-off.. sebab gambar mcm byk je nak letak.. xde apa sgt muzeum ni.. just dia tunjukkan kehidupan org2 dulu di Dubai.. Dubai ni cepat membangun dan merupakan negara arab yg termaju.. sebut je la apa je yg termahal, semua ada di Dubai kan.. negara ni kalau boleh semua benda nak ada kat negara depa..sebab nak bg rakyatnya menikmati  keseronokan di negara sendiri tanpa pergi ke luar negara.. tetiba lari tajuk dr bab muzeum..haha.. pastu Dubai ni kira hub perniagaan dan perdagangan.. dan menjadi tempat transit bg negara di sebelah timur nak ke barat dan dari negara barat nak ke timur.. bila dah transit kt Dubai ni.. apalagi DO BUY laaa... haha.. perfume..jubah dubai.. kacang.. dan mcm2 lg..

Baru nak masuk bab muzeum.. korang tgk gambar je la.. gambar tu dah menceritakan segalanya..



Adam dan Aqil masing-masing dah tertidur dlm stroller.. 




Aku pun tak faham motif burung yg diawet ni di gantung.. okla.. tutup bab muzeum.. psst.. sbnrnya muzeum negara pun aku xjejak lg.. opps.. maafkan daku...  aku lebih berminat nak tengok suasana dan kehidupan orang di negara lain.. baru rasa terbuka sikit minda.. dan yg paling aku suka ialah menikmati keindahan Alam ciptaan Allah.. rasa tenang dan seronok..

Aku nak tunjuk kat korang.. stesen Metro MRT Dubai.. bagi aku sangat canggih, cantik.. dan nampak sgt moden..  macam taraf2 airport pulak aku tgk..


Pastu.. waktu malam diorang suka bersantai2 atas rumput.. tp aku tgk ramai lelaki je la..


Ok.. tu sahaja tajuk muzeum dan tajuk yg menyimpang dari muzeum..haha.. kitorang amik tour sbb senang.. bawa anak kecil ikut je la diorg bawa pi mana.. kalau nk jalan sendiri2 payah sbb nk transport lh.. ada juga hari yg kitorang pi jln sendiri .. tu pun sbb husband dah tau tempatnya.. xde la susah2 nak cari..

Saturday, 8 August 2015

Dubai : Naik Big Bus Dubai hop-on hop-off Tour

Sebenarnya aku xingat dah harga pakej ni.. kitorang amik sekali dgn pakej naik cruise beserta dinner sekali.. orang lain semua pi bawa couple memasing..  ada couple yg muda.. ada couple yg dah berumur.. kitorang pulak dok bawa anak2.. haha.. nasib la..

Naik bas ni dia bawa kita jalan2 sekitar bandar di Dubai.. dia tunjukkan bangunan2 yg famous.. shopping mall yg mahal giler..sampai tak boleh langsung amik gambar kat situ.. jadi kitorang cuci2 mata je la.. pastu dia bawa gi tgk kawasan perumahan yg mahal giler.. perumahan yang dibina di atas pulau buatan.. nama kawasan ni ialah Palm Jumeirah.. salah satu banglo mewah ni dimiliki oleh Shah Rukh Khan.. sekali setahun camtu dia akan ke dubai bersantai dgn familinya lah. Pulau buatan ni pulak bentuknya macam pokok kelapa..atau pokok tamar.. ala2 mcm hotel kat Sepang tu la..Gold Coast Sepang..

Duduk kt atas bas senang nak cuci mata tengok pemandangan kt Dubai ni.. bangunan byk yg petak2..



Tak tau nama masjid ni .. sebab main snap je dari atas bas..


Hotel Burj al-Arab.. hotel paling tinggi di dunia.. 321m dibina di atas pulau buatan.. dan merupakan salah satu hotel yang termahal di dunia.. rate 1 malam $15000.. pastu pinggan mangkuk sudu garpu diperbuat dari emas.. huu.. nak dekat sun set dah time ni.. amik gambar pun dr atas bus..


Terowong yang dibina dibawah dasar laut yang menghubungkan darat dgn pulau buatannya...Palm Jumeirah tu la..


Pintu masuk hotel yang termahal di dunia.. Hotel Atlantis.. dlm ni ada aquarium yang terbesar.. water park.. gelanggang tennis di terbuka di tingkat atas..so..kalau nak tengok pemandangan dubai secara langsung tanpa dihalang oleh kaca.. naikla ke atas ni.. tapi aku tak masuk pun hotel ni.. bas berenti depan hotel pastu tour guide cerita pung pang pung pang psl keunikan hotel ni pastu pusing balik.. hari pun dah malam.. 

Pastu tour ni bawa kitorang pi tengok Burj Khalifa.. pemandangan waktu malam plak.. 


Lepas tgk Burj Khalifa, kitorang naik cruise sambil dinner


Rupa paras cruise yg bawa kitorang dinner.. berlampu2 lagi.. 


Dapat pisau makan terus jd pendekar.. aksi ini dipantau.. sila jgn takut..heheh..




Antara menu yang dihidang di atas cruise.. tema ala2 cleopatra gitu..
Sementara pengunjung makan, kitorang disajikan dgn beberapa persembahan..
Tap..tiba2 lampu padam.. kain baju orang yg buat persembahan tu berlampu2..tiba2 dtg plak mende alah ni.. si pendekar adam takut.. lalu menangis dan memeluk ayahnya.. hahaha


Gambar kitorang yang huru-hara.. makan dgn bdk2 mmg la xleh nak duduk diam.. 
Tak byk gambar kitorang dlm ni.. sbb camera goyang.. kalau bkn tgn org yg tangkap gmbr ni goyang, bdk2 pulak gerak2.. mmg sabo je la..
Sebelah meja kitorang tu pelancong dari Algeria.. pengantin baru.. honeymoon kt sini.. 
Pemandangan yg dpt dilihat dr atas cruise ni.. cruise ni ada 2 tingkat..boleh mkn kat atas dan kat bawah.. kitorang pilih bawah sbb ada aircond.. kt atas.. kwsn terbuka .. panas wey.. 

Balik tu dah lewat sgt.. teksi pun payah nak dpt.. huhu.. sabo je la.. 

Dubai : Burj Khalifa

Assalamualaikum.. setelah sekian lama aku peram cerita ni.. dah lama giler kot aku pegi.. 2013.. skg dah 2015.. haha.. dah basi pun.. tapi nak cerita juga sebab nak simpan sbg kenang-kenangan.. lps ni ntah bila la akan sampai ke sini lagi.. 
Antara tempat2 yang menarik ialah Dubai Mall..

Terdapat akuarium yang sangat besar dlm shopping complex ni..anggaran ketinggiannya 3 tingkat shopping mall ini.. xyah masuk dlm la..tengok je dari luar dah cukup..tiba2 terbayang macammanala kalau pecah ke akuarium ni, mau tak lari lintang-pukang semua orang termasuk ikan-ikan ni semua..

 Tengok ada jerung lagi

Ada air terjun..dan patung org terjun..


Di sini juga terletaknya bangunan tertinggi sekali di dunia iaitu Burj Khalifa.. kira shopping mall ni mcm suria KLCC la..kalau kat Malaysia adanya bangunan yang tertinggi iaitu twin tower..
Ketinggian Burj Khalifa telah menandingi ketinggian twin tower..tp skg ni aku xpasti la kot ada lg bangunan yg lebih tinggi dari Burj Khalifa ni..

Punyala payah nak amik gambar ni..siap baring2 lagi laki aku..hihi..bdk2 dlm stroller mmg tak nampak la.. nasibla korang.. heheh

Alhamdulillah kitorang berpeluang naik bangunan yang tertinggi sekali di dunia ni.. kalau tengok dari atas ni mmg xnampak sgt pembangunan kecuali di kiri kanan jalan utama di Dubai ni yang dinamakan Sheikh Zayed Road.. lebar sgt highway ni.. kiri 8 lane..kanan 8 lane.. negara ko ado? Huhu.. mmg xjem la camni kn.. sepanjang jalan utama ni la banyak bangunan2 yang tinggi2.. selain drpd tu mmg tak.. 


Bangunan Burj Khalifa ni ada 124 tingkat.. nak naik atas ni husband aku dah booking online.. harganya AED 125.. kalau beli kt kaunter giler mahal weh.. AED 400.. kanak2 berumur 0-3 tahun FREE.. so, berbaloi2la bawa Adam dan Aqil..hehe.. 



Umpan Adam dgn hp nk bg leka.. mmg leka la.. nk bergambar pun pyh nk pandang kamera.. tp jgn biasakan di rumah ok.. tengok org2 kat belakang tu kemain santai lg kan.. hehe.. 



Hai Adam.. khusyuk naw dia..



Si Aqil pun sama.. sampai muncung2 mulut..


Hohoi..ni mmg parah.. sampai meniarap lg tgh2 orang lalu lintas.. 


Anak sapa la ni wei... xberenti lg tgk upin ipin..


Aku sergah je, boleh pulak dia pusing belakang.. haiya.. Aqil..Aqil..

Last2 dah dekat time nk turun bangunan ni.. diorg dah mengamuk2..dan pak guard/ staff bangunan tu pun bagi kitorang yg ada anak kecik ni masuk lif dulu.. bagus jugak diorang mengamuk.. line pjg tu nk tunggu giliran masuk lif..

Time 2 tahun lepas dan waktu melancong ni la diorg guna hp.. sekarang mmg tak la.. asal diorang pegang hp aku.. aku tegah.. kalau nk tgk tu pun video yg belajar2.. abc ke.. doa dhuha ke.. sekejap je.. xde la aku nk bg diorg ralit sgt dgn gajet2.. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...