Wednesday, 28 August 2013

Surprise yang surprise =P

Dlm bathtab ada petals lg..
Candle light dinner
Bukak lampu kejap..
Biarlah gambar yang menceritakan segalanya..hehe..benda dh lama berlaku tapi baru nk update..sepatutnya anniversary ke-3 bulan 11 thn lps, tengok... dh lamo benor berlalu..tp sambutnya bln 3 thn ni..skg ni pulak dah nak dekat anniversary yg ke-4..

sambut berdua je dgn suami..anak2 tinggal dgn bibik..hihi..sekali sekala perlu luangkan masa berdua sahaja kan.. dating setelah bernikah.. 


Pemandangan dari tingkap hotel..sebenarnya mmg sgt surprise dgn kejutan ini sbb ingatkan mkn2 biasa je kat kedai2 makan biasa..rupanya kat hotel.. aku sangat terharu...nangess... 

Dapat bunga jugak~ Terima kasih Tuhan kerana pertemukan aku dengan dia~

Monday, 26 August 2013

Bibik Oh Bibik

Entry ini agak pjg..sila jgn mengantuk..
Bibik aku skg ni kontraknya nk habis dah..bermakna, hampir 2 tahun dia berkhidmat dgn kami..namun, dia tak nak sambung berkerja dgn kami lg..walaupun suami aku dh tawarkan bonus, naik gaji lg..tapi dia tetap xmau..xpe lah..mungkin ada hikmah disebaliknya.. setakat ni aku berpuas hati dgn kerjanya..mmg rajin, xpayah suruh2, dia dah boleh buat..cuma mula2 tu mmg kene train dulu lah..ajar mcmmana cara kita buat, baru suruh dia buat..nak2 tang cuci2 najis ni..ye la risau jugak muntah budak, kencing budak kdg2 risau jugak cukup 3 kali atk dia cuci..paling xberkenan kalau cuci tak ikut hukum syara'.. bab jaga budak mmg ok la..sbb aku tgk dia sgt bersabar lagi2 bila berhadapan dgn kerenah Adam yg suka nangis kuat2 dan akan menangis lama bila apa yg dia nak tak dapat..huhu..

Setakat ni dah beberapa kali kami bertukar bibik..ada yg lari, ada yg tak nak bekerja lg sbb anak aku tak nak dgn dia, dah elok2 nk kerja tiba2 ckp dia dtg sini mak dia tak tahu..(kira mcm tak mendapat keizinan dan keredhaan ibu la ni) pastu xnak kerja pulak, ada yg nak sangat kerja dgn kitorang tapi sangat bermasalah.. communication fail..kita cakap lain, dia faham lain.. suruh ambil tudung dia bagi baju.. suruh basuh tong sampah, dia pi basuh plastik yg ada sampah dlm tu..poning kepala den.. pastu siap terkunci kat bilik air lg.. aiiyaa!! dah byk kali ajar cara bukak pintu blk air, siap aku masuk sekali dlm bilik air tu pun xpaham2 lagi.. naknya kalau dia terkunci time aku gi kerja, takkan nak harapkan anak aku setahun lebih ketika tu nak tolong dia bukakkan pintu bilik air utk dia.. oh tidakkkkk... (sila jerit gaya boboiboy yg terkejut bila diumumkan tarikh peperiksaan).. haha.. ni pengaruh tgk boiboiboy yg beratus ribu kali tgk..ni mmg kes parah.. apa lagi, kitorang mmg reject la bibik yg macam tu, hantar balik kat ejen..last2 dpt la bibik yg skg ni dan dpt bertahan hampir 2 tahun..

Pada aku, sebenarnya kita ambil khidmat pembantu rumah ni pun macam nasib2 je.. kalau dpt yg ok, okla..kalau dpt yg tak ok, tak ok lah..cumanya kita hanya mampu berdoa je semoga dapat bibik yg ok..yg menutup aurat, jaga solat, dapat jaga anak2 kita dgn baik, bersihkan rumah, gosok baju.. sekurang2nya beban kerja2 rumah tu dah ringan sikit.. biasanya memasak mmg aku la..cuma dia akan bersihkan balik setelah aku kelecahkan dapur.. hua..hua..

tang perangai bibik ni mmg sgt2 kena hati2, kalau boleh jgn biasakan bercerita pasal keluarga dgn bibik..kalau boleh biar ada gap antara majikan dgn pekerja..bkn apa, kang diorg pijak kepala kita pulak bila dia tahu apa kekurangan kita..

jgn biarkan diorg menggunaka hp sesuka hati, ejen aku sdri pesan, kalau boleh jgn bagi diorg guna hp persendirian..sbb kang diorg akan mula bermain hp dan contact dgn ntah sapa2 ntah..ada yg bercintan cintun pulak..kang kerja rumah pun tak boleh fokus..cuma aku bagi bibik aku call kg dia sebulan sekali slps dpt gaji..tu pun guna hp aku..cuma utk memudahkan aku contact dia dr tempat kerja atau di mana2 shj, kitorg akan letakkan satu hp di rumah utk memudahkan aku tanya dia ttg anak2 aku..atau suruh dia keluarkan ikan ke..ayam ke.. cili kering kisar ke utk aku masak blk kerja nanti..hp tu pun yg topup sekali setahun, boleh call in je..call out xboleh..

kalau boleh jgn ambil yg terlalu muda atau terlalu tua.. terlalu muda kang, tak sabar nk melayan kerenah anak2..yg terlalu tua pulak kang tak larat nak buat kerja..

tip2 yg aku bagi ni merupakan pandangan aku je berdasarkan pengalaman sendiri dan ahli keluarga yg mempunyai bibik..terpulang utk korg nak layan bibik korang mcmmana..

Paling aku tak berkenan ialah cara dia gosok baju..kdg2 ok..kdg2 x ok..suami aku kata, setiap org ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. kelebihan dia ialah dia jaga anak kitorg dgn baik, jadi kelemahan dia bab gosok baju.. suami aku ckp tutup sebelah mata je la..tudung pun aku gosok sendiri..maunya aku jerit di pagi hari hanya krn gosok tudung tak ikut piawaian aku..

Bila ada bibik ni, kurang sikit privacy..jadinya kalau nak bercerita mmg kene cover..pantang betul kalau berziarah ke rumah saudara mara, dia pulak duk sibuk2 nak dengar apa kita borak dgn sedara mara..buat2 suap2 anak makan ke.. apalagi, keluarlah suara arahan, bibik pegi dapur tolong2 apa yg patut..anak2 biar saya yg suap..nak2 sedara aku pulak jawa..suka la dia ngomong jowo..huhu..mmg tak berkenan..

Lagi satu yg mmg aku perasan, bila keluar ke mana2 biasanya kami anak-beranak akan memakai baju yang sama kaler..nk matching la konon..haha..tapi kdg2 aku xde pula kaler yg sama mcm suami dan anak2, tengok2 dia pulak pakai baju nak matching dgn suami dan anak2 aku..aku mmg hangin lerrrr... apalagi, aku suh dia naik pi tukar baju kaler lain.. bukan sekali dua okey dia buat mcm tu..aku rasa mcm byk kali.. kdg aku dh boleh agak dia akan pakai baju apa..sbb biasanya kitorg akan tukarkan baju budak2 dulu..sbb tu dia pilih kaler yg sama mcm diorg..bila aku ckp kat suami aku, suami aku kata..jgn fikir bukan2.. ni perkara kecil je..perkara yg lebih besar ialah mcmmana dia jaga anak2 aku...okey aku akur..mungkin perasaan aku je kot..  kadang2 sebelum kitorang decide nk pakai baju apa, kitorg dh decide baju apa dia akan pakai yg pasti perlu kaler lain dr kitorg.. ntah la aku cukup sentitip..pd suami aku perkara kecil, tp pada aku perkara besar..huhu.. 
 

aku sangat berharap agar slps ni aku dapat bibik yg lebih baik dan lebih ok lagi.. aku cakap kat suami, kalau selepas ni sukar utk dapat bibik yg ok, aku lebih rela berhenti kerja utk jaga anak2 dan uruskan rumahtangga..tapi kalau dapat yg lebih baik, aku teruskan lah bekerja makan gaji sehingga pencen..aku akan berhenti pun kalau aku rasa stress yang tak dapat ditampung di tempat kerja..hehe..tapi, kalau rasa berbahagia dan kadar stress yg boleh dikawal dan diuruskan, aku teruskan je la bekerja....perkhidmatan pembantu rumah ni pun aku ambil masa anak2 masih kecil, bila dah besar sikit, pandai jaga diri, aku rasa tak perlu dah ambil bibik bibik ni..

Monday, 12 August 2013

Hukum Daging Korban dan Aqiqah dimakan bukan Muslim

Pening gak kepala aku memikirkan boleh ke jamu orang bukan Islam makan daging aqiqah ni..sebab aku nak buat open house sekali dengan kenduri aqiqah Aqil..jiran sebelah aku ni pun India..dan rakan sejawatan aku pun ada yang Cina dan India..aku pun cuba2 cari hukum berkenaan perkara ini dan ada gak tanya2 ustaz..
 
Artikel ni saya ambil dari  SINI

Written by admin   
Monday, 08 November 2010 16:32
Himpunan pendapat ulama tentang hukum daging korban dan akikah dimakan bukan muslim.

Penulis Kitab Kasyf al-Qina menyatakan mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban kepada orang Yahudi dan Nasara. Mazhab Hambali pula mengharuskan memberi hadiah daging ko...rban sunat kepada bukan Islam, tidak harus menghadiahkan daging korban wajib kepada mereka.

Dalam al-Bajrimi dinyatakan tidak harus memberi makan daging korban kepada bukan Islam. Dinyatakan juga dalam Kitab al-Majmu` disebutkan harus memberi makan daging korban sunat kepada fakir miskin ahli zimmah, tidak harus memberi mereka makan daging korban wajib.

Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab, disebutkan bahawa Ibn al-Munzir menyatakan ulama sepakat daging korban boleh diberi makan kepada fakir miskin Islam, namun mereka khilaf mengenai memberi makan daging korban kepada fakir miskin kafir ahli zimmah.

Imam Hasan al-Basri memberi keringanan mereka memakannya. Abu Thur juga berpendapat demikian. Disebutkan juga Imam Malik lebih suka ia diberi makan kepada selain fakir miskin bukan Islam. Al-Lith menganggapnya makruh, namun berpendapat jika dimasak harus diberi makan kepada mereka berserta fakir miskin Islam.

Ibnai Qudamah dalam al-Mughni wa al-Syarh al-Kabir dan al-Syarbini dalam al-Iqna' menyebutkan mazhab Maliki berpendapat makruh menghadiahkan dan memberi makan daging korban kepada orang Yahudi dan Nasrani.

Mazhab Hambali, al-Hasan, Abu Thur, berpendapat harus memberi hadiah dan memberi makan orang bukan Islam, kafir zimmi daging korban sunat, tetapi daging korban wajib, seperti korban nazar tidak harus.

Hukumnya sama dengan hukum zakat dan kifarat sumpah. Mazhab Syafie pula berpendapat tidak boleh memberi hadiah dan memberi makan orang bukan Islam daging korban sunat atau wajib.

Ibh Hazmin dari Mazhab Zahiriyah dalam kitabnya al-Muhalla menyatakan tuan punya korban boleh memberi makan kepada orang kaya dan orang bukan Islam atau dia menghadiahkan sedikit daripadanya.

Berdasarkan pendapat itu, kesimpulan yang boleh dibuat:

l Mazhab Syafie berpendapat haram memberi makan daging korban sunat atau wajib kepada bukan Islam.

l Mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban sunat kepada bukan Islam dan tidak harus (haram) memberi mereka makan daging korban wajib, seperti korban yang dinazarkan, sama seperti hukum zakat.

l Mazhab Hambali berpendapat harus menghadiahkan daging korban sunat kepada orang bukan Islam dan haram menghadiahkan kepada mereka daging korban wajib.

l Semua ulama mazhab sepakat (ijma') memberi atau memberi makan daging korban atau aqiqah wajib kepada bukan Islam adalah haram.

Ini bererti hanya ulama Mazhab Syafi`ie saja yang berpendapat daging korban sunat atau wajib tidak boleh (haram) diberi atau diberi makan kepada bukan Islam. Majoriti ulama lainnya berpendapat harus memberi mereka makan daging korban sunat, tidak harus jika korban wajib.

Dalam konteks Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada penganut pelbagai agama, pendapat majoriti ulama yang mengharuskan orang bukan Islam diberi atau diberi makan daging korban sunat lebih baik diterima pakai.

Tujuannya adalah untuk menunjukkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam memang ada sistem yang mesra bukan Islam dan dapat memelihara perhubungan silang agama.

Di samping itu, menerima pakai pendapat majoriti dapat memberi ketenangan kepada orang Islam sendiri, kerana mereka tidak berasa bersalah untuk menjemput jiran kalangan bukan Islam menghadiri majlis kenduri mereka.

Thursday, 8 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi semua pembaca blog ini..mohon ampun dan maaf andainya ada kata-kata saya yang mengguris hati kalian..tujuan saya berblog ni pun sekadar untuk berkongsi pengalaman, idea yang tak seberapa dalam menghias rumah dan beberapa tip2 pemakanan yang saya boleh berikan disebabkan kerjaya saya juga sangat berkait dengan pemakanan..jadi rasanya tidak salah untuk saya berkongsi ilmu dengan kalian..andainya ada yang salah, minta perbetulkan..

 

Sunday, 4 August 2013

Persiapan Menyambut Hari Raya

Assalamualaikum..

Dah lama tak menulis entri..mungkin bulan2 puasa ni tak larat nak menggerakkan jari di keyboard computer kot..hahaha..

Tahun ni tidak begitu teruja untuk mencuba pelbagai resepi baru semasa berbuka puasa..kenapa eh? sebab rasa M begitu menguasai diri atau sebab encik suami tiada di sisi..?? huhu..makan sekadarnya..apa yang ada..adik lelaki aku yg selalu beli makanan di pasar ramadhan..kadang2 aku pun beli gak..maknanya tahun ini tidak berjaya untuk tidak menjejakkan kaki ke bazar ramadhan..huhu..dush..dush..tapi mmg beli sikit2 je..buka puasa mkn yg ringkas2 je..sahur baru mkn nasi..sehari sekali je mkn nasi..pasti lebih selim melim raya ni...

Persiapan raya buat ala kadar je.. kuih tunjuk dah hampir penuh dlm kabinet tu..hehe..tahun ni insyaAllah kami nak buat open house..jadi kuih2, kerepek, kacang pun beli aje...satu2nya kuih raya yg dibuat sendiri tahun ni ialah almond cluster sahaja..cuma target aku nk buat tart buah untuk open house..agak2 berjaya tak?huh..kene nekadkan hati ni.

Sama macam kuih raya tahun lepas..almond cluster..resepi boleh tengok kat blog Ana Suzana eh..
  Baju raya, pakai baju masa kenduri adik lelaki aku hari tu dan sepasang dah beli sblm puasa, sepasang lg mak mertua bg, owh ye..ada sepasang lg rupanya..aku terbeli kt butik Prof Muhaya..mujur ada diskaun di bulan ramadhan..hohoho..cam byk lak bajunya ek..

Baju anak2 pun aku beli kat Manjaku Bangi je..malas lak nak redah Sogo semata-mata utk mencari baju diorg..semput gak tengok harga baju budak2 ni ye..lagi2 anak lelaki..fuh..seluar jeans pun dah 6o hengget lebih..berkenan lak kat baju Baby Kiko..mcm smart je tgk adam dan aqil pakai..ni leh pakai utk raya..
Sila abaikan seluar, ni test baju je..he..
Smartnya..ehem..

cuma aku byk cari baju lengan panjang, tp bkn utk raya, sbb nnt plan nk berjalan2 ke sesuatu tempat tu..apakah tempat tu?? nanti eh aku cite setelah kami balik ye...hu...tak sabarnya.. 
Aqil...
Aksi Adam menggayakan baju..dia yg buat sendiri, terkejut aku..xsangka dia boleh buat macam tu sapa yg ajar eh...aku rasa mesti dia ada tiru sapa2 ni.. kemungkinan besar ayah dia kot..hahaha..

Balik dari Manjaku, adam dah kepenatan sangat..ye la aku dah curi masa tido petang dia..mana tak mengamuk..masa nak beratur bayar, dia dah minta aku dukung dia...huuu...berat wo nak angkat budak ni ..ada la 13 kilo lebih..tambah aku beli pampers 2bungkus dan baju2 diorang tu..mau pengsan sblm sampai ke kereta..kereta aku dah la park jauh sbb ramai sgt org..parking penuh..byk kali aku berenti amik napas..

Lepas pi Manjaku, sempat gak aku pi PKNS cari kopiah budak..songkok diorg dah ada..Aqil pakai songkok Adam tahun lepas, just beli songkok Adam je ikut saiz skg..pakai turun temurun leh jimat sikit..hehe.
RM5 utk 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...