Saturday 26 November 2016

Tadika

Assalamualaikum..
Lama dah sebenarnya nak berkongsi sedikit sebanyak pengalaman menghantar anak di tadika. Ye lah, skg ni ibu bapa sdg sibuk survey2 dan tercari2 tadika apa yg terbaik utk anak mereka. Apa yang nak aku kongsikan kat sini hanyalah pandangan aku sendiri dan pengalaman kami menghantar anak ke tadika. Setiap ibubapa pastinya mempunyai pengalaman yang berbeza dan pencapaian anak-anak yang berbeza pada setiap sekolah tu. Walaupun sekolah tertentu tu bagus, tapi mungkin tidak serasi dgn anak, jadinya hasilnya pun berlainan la. Fahamkan maksud yg aku nak sampaikan ni.

Adam, anak sulung aku masa umur dia 4 tahun, aku hantar dia ke Tadika Pasti. Kalau nak ikutkan umur sebenar dia masuk sekolah tu baru 3 tahun lebih lah sebab dia ni baby akhir tahun, lahir bulan 12, mmg nmpk mcm kecik sgt la nk blaja2.. hehe.. Disebabkan anak aku ni sblm ni duduk dgn maid, jdnya bila aku hntr dia umur 4 tahun untuk dia bersosial sikit2 dgn kawan2.. kenal2 dgn cikgu dan kasi dia blaja2 la.. ye la drpd duduk dgn maid baik la dia blaja2 sikit2 kan.. 6 bulan pertama aku hantar dia half day. Masa tu aku masih bekerja, jadinya awal pagi aku hantar dia dan balik tghri tu amik transport hantar kat rumah. Masa tu bila aku tanya dia, apa yg dia belajar kat sekolah? dia diam je. Sapa kawan Adam? Dia diam je. Adam ni memang pendiam sikit, malu2. tu masa awal2 la.. kalau skg..mmg tak la.. asik cakap je.. tu dulu masa mula2 sekolah. Bln 6 tu aku bersalin anak ketiga (Aqlan), then aku tgk xbanyak perubahan yg Adam dpt, so aku hantar dia full day pulak.. tu pun lps aku tanya2 cikgu dia Adam mcmmana. Cikgu tu ckp, kalau hantar sampai ptg mmg byk yg dapat belajar. Doa2, zikir2, solat, lagu2 dan macam-macam. Memang betul, slps aku hantar sampai ptg, mmg byk perubahan yg aku nampak pd Adam.. Dia dah mula kenal nama kawan2.. bercerita pasal kawan2. kdg2 dgr dia nyanyi2 walaupun sebutan dia salah, tp mujur aku dpt tangkap lagu apa dia nyanyi..haha.. aku dulu pun pernah jd cikgu tadika/taska tau..  yang lawaknya.. aku dengar dia nyanyi "Anak Soleh di dapur.." tp rentak dia macam lagu nama2 rasul tu.. "Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh..." haha.. tak ke lain sgt tu.. bila aku nyanyi lagu rasul tu, dia  kata.. "Ha.. lagu ni la.. " .. hehehe, nak tergelak2 aku.. Ni cerita 2014, Adam. Si Aqil pulak masa Adam sekolah 4 thn (walaupun dia baru 3thn lbh), kiranya umur Aqil 2 tahun lebih (baby awal tahun, 6 jan) so Aqil ni selalu cakap kat maid aku "Ayah kerja..ibu kerja.. Adam sekolah..tinggal Aqil sorang2 kat rumah.. Aqil bosanlah.. Aqil nak sekolah lah juga.." Aqil ni mmg petah sikit bercakap berbanding Adam.. umur 2 thn lbh dia dh pandai cakap.. Hari2 maid aku cakap dia nak sekolah.. Semangat betul si Aqil ni.. aku fikir, manalah ada sekolah yg nak terima budak umur 2 tahun ni..adehh.. 
Masa aku dlm pantang, aku bincang dgn pengurusan Pasti, boleh tak nak masukkan Aqil sekejap dlm seminggu je bg dia rasa sekolah2.. mujur aku juga AJK dan ada juga sikit2 tolong2 aktiviti Pasti tu..so, senanglah..Bila aku tanya Aqil, "Aqil belajar apa kat sekolah?" "Aqil belajar2".. balik sekolah dgn kopiah senget dia senyum2.. kelakar aku tgk.. masa tu ada hari aku pakaikan baju sekolah adam, ada hari aku pakaikan baju biasa tp kopiah Pastilah..







So far aku tgk perkembangan Adam okla kat Pasti, aku just nak bagi dia pandai bergaul dgn org, dpt pandai baca doa2, blaja sikit2 okla. Bulan 11 tahun 2014 aku confirm letak jawatan, then bincang dgn husband tahun depan kami nk hantar Adam kat Genius Aulad (GA) la. Ni sbb terpengaruh dgn kakak akula.. dia hantar anak kat situ..katanya bagus.. Rumah aku dgn Genius Aulad, agak jauh juga.. dlm 15-20min. Tapi disebabkan aku dah berhenti kerja, jadi bolehlah aku jd makcik driver, hantar anak pi sekolah.. heheh..

Tahun 2015, mulalah episod kami menghantar anak2 ke GA. Walaupun Aqil baru 3 tahun, tp disebabkan keinginan dan semangat dia sendiri nak sekolah, maka kami pun bagi je la dia sekolah.. Aku dgn husbd selalu tanya2 teacher perkembangan Adam dan Aqil di sekolah. Teacher ckp bagus la Aqil, dia cepat belajar.. buku2 3thn dia tak usik pun, dia sibuk tgk buku 4 thn kwn2 dia punya.. bincang2 dgn cikgu, tukarkan je lah Aqil ke buku2 utk 4 thn.. last2 boleh.. lega aku.. Yang aku suka GA ni dia fokus membaca BM dan BI, jadi bdk2 cepat membaca. Masa pembelajaran kat GA ni pukul 8.30am-11.30am, hari Jumaat 8.30am-11.00am. Petang kami amik kelas reading pukul 1.30pm-4.30pm. Jumaat kelas reading 1.30pm-4.00pm. Tghri stay kt GA je lah.. Lagi 1, kat GA ni buku2 bawa balik so, kita boleh pantau anak2 baca sampai mana..kat rumah boleh ulang lagi. Bila nak tukar buku yg seterusnya dia akan bg note, bawa buku sekian2.. Diorg guna buku Bacalah Anakku, utk BI buku Adam and Dina dan Iqra'. Tiada peperiksaan di GA, just diorg buat penilaian by perkembangan dan prestasi masing2.





Tahun 2016, kami tukarkan Adam dan Aqil ke AlBaghdadi Playtime Centre (APC). Sekolah ni berhadapan je dgn GA. Husband aku berminat nak bagi pendedahan kat anak2 hafazan surah2 juzuk Amma. Aku pulak suka sekolah ni sebab aktiviti dia menarik.. ada baking- bdk2 buat cookies pastu bw balik-kat rumah was2 nak mkn..haha..saiz cookies ada bsr..ada kecik, memanah, ujikaji sc, simulasi haji (bdk2 pki kain ihram..comel sgt), bayar zakat, bdk2 ada yg jd pembayar zakat dan A'mil, shopping di Aeon Big, jual2 kat Karnival Keusahawanan, pegi rumah anak yatim, ziarah masjid-solat dhuha dan sedekah di tabung masjid, letak makanan atau minuman dlm peti sejuk di masjid tersebut, lawatan kidzania, sukan dan lain2.. Aktiviti dia buat bdk2 rasa enjoy sekolah.. kat sini 50% Quran, 50% akademik. Pada pendapat aku sendiri, anak2 aku jd slow sikit dlm membaca. Sebab, buku tak bawa balik. Jadi, aku susah nak pantau bdk2 ni baca sampai mana.. kene beli 1 set buku lg utk kat rumah, tp payah la sbb kdg2 bdk2 bkn igt baca smpi mana..BM guna buku Bacalah Anakku dan BI guna buku Read Easy. habiskan buku BM dulu baru buku BI. Tak seiiring, kalau lambat habis BM, xmasuk2 lg BI. Tu yg tak bestnya.. 
Dari segi hafalan pulak, bdk2 cepat hafal.. byk juga surah2 yg diorg dah hafal. Kalau kat GA surah2 lazim mcm surah An-Nas, Al-Falaq, Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Fatihah, Ad-Dhuha.. ayat Qursi.. Kalau kt APC lebih dari tu. Diorg xguna iQra', modul tersendiri oleh AlBanghdadi, buku Tamhid..baca sambil guna alat yg ketuk2 tu.. so far, diorg boleh baca ikut pjg pendek. 
Setiap orang mempunyai potensi dan keupayaan yg berbeza, begitu juga anak2 aku. Kalau dlm kelas Al-Quran, Adam kene join bdk2 5 thn sbb bdk2 yg 6 thn ada yg lg advance..mgkin bdk2 tu dr umur 4 atau 5 thn dh sekolah situ, jd cptla sikit. Adam baru msk utk 6 thn, jd lambatla sikit. Aqil pulak dia lg advance dr bdk2 umur 4 thn, jadi dia kene join bdk2 5 thn. Aqil pun nampaknya cepat menghafal dan bacaan dia lebih jelas berbanding Adam. Aqil juga pernah jd johan utk hafazan 5 tahun, padahal dia baru 4 thn..Alhamdulillah.. Masa Majlis Konvokesyen, Aqil dan kwn2 (campur2 umur 4,5,6) 3 lelaki dan 3 perempuan buat persembahan hafazan baca surah An-naba'. Mula2 baca ayat 1-20, pastu ayat 20-1, pastu baca ayat ganjil, pastu baca ayat genap, pastu cikgu suruh mana2 parent suruh bdk2 ni baca 3 ayat dr surah ni. contohnya bacakan ayat 3,9 dan 18.. Nanti bdk2 ni baca lah.. aku cukup kagun dgn sorang bdk ni, namanya Hanif, 6 tahun.. 3 anugerah dia dpt masa Majlis Konvokesyen tu.. mmg mantapla hafazan dia. Baik je bdk dia.. xde main lari2, nmpk mcm dh matang.. dia pun salah seorang dr peserta yg buat persembahan hafazan dgn Aqil..



Aqil dapat tempat ke-3 terbaik 4 Tahun
Adam tamat 6 tahun di APC, dapat sijil dan Al-Quran..

Satu lg perkara yg aku nak bgtau, nak masuk darjah 1, macam2 exam yg akan dilalui oleh anak2, itulah realiti pendidikan kita di Malaysia, kat APC xde exam, so, bergigihla kami laki bini buat mcm2 kerja tambahan utk Adam, bg dia latihan jawab2 soalan. Anak lelaki lain dari anak perempuan, anak lelaki, kita kene hadap dia depan2 baru kerja dia jalan. Aku pi dapur kejap, atas buku dia dah ada ultraman dan raksasa tgh berlawan.. aduii.. Pasal pemilihan sekolah rendah untuk Adam aku kene buat entry baru, rasanya hari tu dah ada 1, mungkin kene buat sambungan sikit.. Kat Sekolah Pasti ada exam, jd bdk2 mesti dah biasa jawab exam terutama bila nak jawab exam masuk sekolah rendah nanti..

Kesimpulannya, setiap sekolah ada kelebihan dan kekurangannya masing2.. takde yg perfect mcm yg kita nak.. tapi hargailah apa yg anak2 dapat, bgla pujian dan semangat utk dia buat yg lebih baik lagi. Kami tukar2kan sekolah anak sebab nak cuba dan nak tahu apa yg ok, apa yg tak ok dan nak anak2 ni dpt perkara yg berbeza2 dr setiap sekolah, tak nak bg diorg jemu terima perkara yg sama setiap tahun. Terpulangla pd setiap org. Ni pandangan dan pengalaman kami je. 





8 comments:

  1. Feel free to visit my blog for my sharing :)
    http://mrsingenieur.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. i ada hantar anak i kat XX dkat rumah i kat Shah Alam. Lepas 2 tahun, tak brapa pandai nak baca, tulis & mengira. Naik gelabah terus bila terfikir mcm maner anak i nak masuk sek rendah. pastu terdgr member i hantar anak gi Q, pastu i pun cuba jgak. dlm 3 bln je, nampak beza positif yg besar. anak i pun jd lg rajin & lebih suka blaja.

    sad to say, XX tak brapa relevant dr segi akademik utk menyediakan anak-anak masuk sek rendah. nasib baik ada Q, kalo tak, rasanya tak anak i tak konpiden masa kat sek rendah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HJ... share la awk anta ank awk kt tadika mne.. i mean yg "Q" tu.. hehe

      Delete
    2. salam...boleh tau x tadika apa tu...tengah cari tadika utk anak ni...tq ya

      Delete
    3. Apa benda tadika XX, Q bagai ni? Cakap je la terus terang.

      Delete
  3. Bole sy tau XX tu apa..so dat nti bole aware utk anak2 sy..

    ReplyDelete

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...