Thursday 16 November 2017

Arissa ~Start Makanan Pelengkap~Makanan baby 6-8 bulan

Assalamualaikum..
Sedar tak sedar baby Arissa dah nak masuk 8 bulan. Mula agak nerves nk mulakan Arissa dgn solid food. Ntah papekan padahal anak dah masuk 4. Aku start bagi Arissa makan masa umur dia 180 hari~6 bulan la.. aku mulakan dia dgn bubur nasi kosong 3 hari..pastu baru puri sayur carrot 3 hari.. puri brokoli 3 hari..kalau ikutkan 4 hari tp aku mcm xsabar dan boring asik mknn yg sama.. so far Arissa xde alahan .. bila dia dh ok dlm penerimaan mknn dan agak gelojoh juga ketika mkn, mana taknya masa umur dia 4-5bln mcmtu dh terliur tgk org lain mkn, aku xnak mulakan makanan pelengkap terlalu awal.. perut baby belum bersedia lg nk terima mknn+sistem pencernaan baby belum matang sblm umur 6bln.. tang ni aku ikut guideline.. lagi 1 byk aku baca kt blog2 org, diorg start bg puri buah dulu drpd puri sayur.. kalau ikut bos aku dulu kt Jab Kesihatan Neg Selangor, bahagian pemakanan dia ckp bagi puri sayur dulu baru buah sebab bila kita dah start buah dulu, baby akan suka rasa buah yg lebih manis, bila nk bg sayur nnt bby xnak sbb sayur biasanya kurang rasa. 

So better bg sayur dulu, bila baby dah boleh terima sayur, baru kita perkenalkan buah. 

Cara aku, walaupun aku tak bekerja, kerja di rumah memang banyak ... aku prepare puri sayur banyak2..dan puri buah sejenis. Antara sayur yg aku gunakan ialah carrot, brokoli, kacang buncis, labu manis dan kacang peas. Buah pula, setakat ni buah epal. Pernah juga beli buah lai.. tp xsempat dipurikan, abg2nya dah habiskan dulu.. Stimkan dan blend, pastu frozenkan dlm bekas ais berpenutup. Bila dah beku, aku pindahkan kiub2 puri tersebut ke dalam ziplock, catat puri apa dan tarikh. Beli bekas  tu kat Daiso.. harga RM5.60. Pastu dlm 2-3hari sekali aku akan masak bubur nasi+stok ayam yg dibuat sendiri@ayam.. Biasanya aku akan keluarkan siap2, malam sebelum atau awal pagi kiub2 puri sayur dlm bekas kecil dr freezer ke chiller. Aku akan keluarkan 3 ketul, 1 utk sarapan, 1 utk mkn tengahari dan 1 utk mkn mlm. Kdg2 aku bg puri epal sebagai snek, tu pun tgk keadaan..kalau nampak dia mcm lapar je.. 


Dari kiri puri brokoli, puri epal, puri carrot


Puri kacang peas~setelah dikeluarkan dr bekas ais.
Puri japanese sweet potato.. sedap, yg ni kadang2 aku bg dia makan macam tu je, kadang2 campur dlm bubur nasi
Yg ni puri carrot+saleri+kentang-sayur2 yg aku masukkan masa buat stok ayam. So sekali kerja je lah.. stok ayam dapat..puri sayur dapat..
Puri labu manis.. nak cari butternut squash xjumpa2 lg..
Stok ayam yang aku buat sendiri..ayam dan tulang ayam dh tenggelam dalam tu tak nampak dh..masukkan carrot, saleri, bawang kuning sikit.. xigt ada letak bawang ke tak yg ni..kdg letak..kdg tak letak..xde tambah bahan perasa..xde gula.. xde garam.. biarkan rasa semulajadi ayam dan sayur2an je ok..
Stok ayam yang telah siap utk dibekukan.. masa nak buat bubur nasi, campak 1 ke 2 ketul dlm tu..baru rasa sedap sikit baby makan.. xde la plain sgt.
Yg ni pulak..lepas aku tapis stok ayam, ada sayur2 n daging ayam... so, aku blend utk jadikan puri..belah kiri tu isi ayam, belah kanan tu geng2 sayur dr stok ayam. Kdg2 geng2 sayur stok ayam ni aku campak dlm bubur nasi.
Bekas2 yg aku gunakan utk buat puri ni semuanya berpenutup.. ini bertujuan utk mengelakkan kontaminasi silang dlm freezer kita tu..tak nak ada bau lain pulak yg melekat pd puri tu.
Bila puri2 tu dah beku, aku keluarkan dan masukkan ke dalam plastik ziplock. Catatkan tarikh dan nama puri.
Yang ni pulak bubur nasi+stok ayam yang sudah diblend. Aku akan masukkan dalam bekas kecil2 utk sekali makan. Dlm bekas tu agak2 je la letak bubur nasinya sebab nanti aku akan tambah lg puri sayur dlm tu masa nak makan.. agak2 Arissa habis.. xde la penuh..dlm setengah atau 3/4 bekas tu. Biasanya aku masak utk 2-3 hari macamtu.
Kadang2, aku buat bubur nasi tu tambah stok ayam+jagung manis sikit+kacang peas sikit..tu kaler dia lain mcm sikit.
Kalau rasa yg sama masa makan yang berturut, biasanya aku tengok Arissa mcm boring..mula la dia dongak2kan kepala la.. xnak buka mulut la.sembur2la...jadinya, apa yg aku buat ialah rasa yang berbeza setiap kali waktu makan.
Contohnya: 
Sarapan: bubur nasi+puri brokoli
Tengahari: bubur nasi+puri labu
Malam: bubur nasi+puri kacang peas/kcg buncis
Kali ni aku dah terus masukkn ayam dalam bubur tu siap2.. usia Arisaa pun dah nak masuk 8bulan.. aku tak sempat lagi beli ikan utk bg Arissa makan..

Selain nasi, aku juga pernah bagi Arissa makan spagetti+stok ayam pastu blend. Ada masa aku bagi oats+puri epal. Kadang2 beras putih+beras perang. 

Masa umur Arissa 6 bulan, aku bg tekstur bubur yang sedikit cair... semakin bertambah umur, aku bg tekstur yg lebih pekat lagi..kang nanti bila dia dah start tumbuh gg, tekstur bubur akan berubah lagi.. lebih kasar supaya dapat melatih dia menggunakan gg, gusi dan rahang semasa makan.
Semoga Arissa membesar dengan sihat ye nak..

Thursday 19 October 2017

Breadmaker Panasonic SD-P104

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama ku survey2 breadmaker, akhirnya dapat juga beli.. asalnya survey dari tahun lepas lagi.. tp ntah tiba2 tak jadi beli.. tahun ni baru survey balik dan hasilnya terbelilah breadmaker brand Panasonic SD-P104 ni..
Pada 14-15 Okt 2017 yg lalu, kat Aeon  ada sale sempena Deepavali, harga utk breadmaker ni RM699 setelah diskaun. Harga asalnya kalau xsilap aku RM899 ke RM900++ aku tak igt pulak. Bila nak beli sekalinya tak ada stok kat Aeon Cheras Selatan. Pastu call Aeon Equine, diorang pun xde stok. Diorang cakap kalau stok dah sampai nanti diorang call.

Esoknya, pegi Seng Heng saja la tengok2 kot ada sale juga.. sekalinya harga ahli mmg sama dgn harga sale kat Aeon.. kehkeh.. saje je diorang ni.. Husband aku cakap hari tu beli washer-dryer ada voucher boleh redeem.. RM375 tu.. sapa nak bagi cik kak oii.. boleh la guna utk beli breadmaker ni cuma top up sikit je lg.. Alhamdulillah dapat juga beli...akhirnya bayar cuma RM 324 je.

Nyaris2 tahun lepas nak beli Panasonic P2001W, saiz dia besar sikit dari SD-P104. Husband aku cakap alang2 nak buat roti biarla besar sikit sebab anak ramai kang tak cukup..haha.. padahal aku risau ntah sedap ke tidak..ntah jadi ke tidak rotinya.. aku survey2 tak de pun review pasal P2001W ni.. tu yg xjadi beli. Sebab kat oversea mungkin no siri dia lain kot.. Yg aku beli ni ramai juga yg beli tp mostly chineese la.

Aku berkenan juga brand Kenwood BM 450, baca review dia ckp terlalu sensitif sbb ia touch screen.. pastu xdpt nak tgk nombor dgn jelas. Katanya BM450 better dari BM250.. design dan bentuk Kenwood BM450 mmg elegan la.. tp kalau xpraktikal xyah la..
Ni lah rupanya gajet terbaru.. harap2 rajin la meroti.. malam hari breadmaker tu sampai terus aku test2.. tp aku mmg xreti buat roti.. bentuk roti pun pelik.. tp tibai je la..

Malam ni aku try buat roti paun pulak.. ntah jadi ke tidak ni.. harap2 jadi ler..

Friday 13 October 2017

Rutin Surirumah~

Assalamualaikum..
Sejak dah beranak 4 ni memang bertambah bz.. sampai tak sempat nk jenguk blog sendiri.. apatah lg up status kat fb.. lg jarang.. baca pun sepintas lalu je apa2 yg lalu kat wall. Birthday kawan2 pun dah lama xwish.. 

Sekarang ni aku banyak tengok ig je.. teruja tgk blogger2 share gambar diorang masak2, baking2.. rasa nak buat roti sendiri tapi aku tak pandai uli.. pernah try nak buat roti tp keras keletung..haha.. masa nilah rasa nak ada bread maker. tengah survey2 bread maker mana yg paling ok. sebab anak2 aku suka sangat makan roti, rasanya dah tiba masa nk buat roti sendiri. 

Sejak menjadi surirumah ni, aku jadi superduper busy, jadi driver hantar dan amik Aqil pergi dan balik sekolah, mujur si abang sulung tu van yang amik dan hantar balik rumah.. mandikan si baby yg dah 6 bulan lebih dan abg baby yg dah 3 tahun lebih ni, sediakan makanan diorang, belum lagi dengan nak hadap perangai anak2 yg macam2 kerenah, pening kepala wei.. tapi puas hati sebab dapat tengok anak2 membesar depan mata. 

Aku suka tengok orang yg pandai masak macam2.. nak jugak jadi mcm tu.. aku waktu tengahari masak mana yg sempat je. ringkas2, kalau ada balance lauk mlm tadi, makan yg tu je lah.. tak pun tapau je tepi jalan atau Kedai Makan Gulai Panas.. balik dari amik Aqil, kadang2 singgah mana2 kedai kot2 nak beli barang2 dapur yg dh habis. lepas zohor biasanya aku tidurkan Arissa, aku pun rehat sekejap.. lepas tu baru gigih nak masak utk makan malam atau baru nak sidai kain, mesin basuh tu nak basuh je dah 3 jam.. kadang aku start lambat, lambat la dia siap.. time tu ngam2 matahari dah kat belakang rumah, jadi bila aku sidai baju, sekejap je dah kering.. pukul 3 -4 dah boleh angkat baju. tapi kalau hari mendung dan gerimis sikit2 macam hari ni.. rasa lemau je nak buat kerja rumah.. time ni barulah guna dryer..

Petang lepas asar, baru aku start vacum rumah dan kemas rumah..kang laki balik tak la nampak rumah mcm kapal pecah.. haha.. rumah aku ni kalau sehari tak vacum memang berhabuk semacam.. kadang2 settle masak, vacum tak settle.. bila settle kemas rumah mop, lap habuk, vacum segala masak pulak tak settle.. aku sorang je ke macam tu.. tak siap2 kerjanya.. haih.. kalau anak meragam lagi delay la masa nak settle2 semua mende..

Bab gosok baju, selalu buat hari sabtu atau ahad.. kalau weekend tu ada program lain atau keluar jalan ke, terbantutla kerja menggosok baju.. kang malam2 buta stay up gosok baju.. tu pun gosok mana yg perlu je.. ada lagi balance yang tak settle.. adeh... 

Lepas Adam balik sekolah dalam pukul 4.30-4.45pm cmtu, nak suruh dia mandi dan solat asar je dah makan masa berejam.. time tu la dia lapar sangat2 la.. padahal dia nak tengok tv sambil makan, tu alasan dia.. mmg balik sekolah aku tau lapar, tp lepas makan sikit2 tu pegi la mandi dan solat asar.. ni kdg sampai pukul 6.30pm baru nk pi mandi.. adehh.. lepas maghrib, ajar Adam, Aqil dan Aqlan baca Qiraati.. Aqlan tu kalau sempat je dan mood dia ok baru ajar. Ajar Qiraati kalau nak cepat kene bahagi2, sorang baca dgn aku, sorang baca dengan ayah dia.. Lepas baca Qiraati baru makan malam, tengok keadaan sama ada aku atau ayah dia suap atau makan sendiri.

Kalau time nak dekat exam, atau hari exam, masakla Adam mengadap belajar dgn ayah dia. Biasanya ayah dia ajar BM, BI, Math, Sains, PJK. Aku pulak, Bahasa Arab, Pendidikan Teras Islam, Jawi, Quran, Seni. Kadang2 mana2 je ikut dan. Adam kalau belajar dgn ayah dia memang fokusla, tak bergerak dari kerusi kecuali nak minum atau ke tandas. Kalau dgn aku, kdg2 dia boleh ngelat2 lagi.. main2..  

Baru2 ni Adam habis exam akhir tahun, harap2 dapat markah yang cemerlang, setakat ni markah dia atas 90 , ada 1 subjek je yg 80 lebih.. Adam ni mmg kene bg perhatian lebih.. kalau tak nanti dia xfokus dan main2..

Okla, penat dah luah kt blog..misi survey bread maker perlu diteruskan!!!

Tuesday 29 August 2017

Tadika Part II

Assalamualaikum..
Lama sungguh tak bersiaran.. tak sempat wei.. nak menguruskan anak 4 orang, kelam kabut dibuatnya.. tak dan nak menghapdet blog.. 

Dah lebih setengah tahun dah ni..kejap je dah bulan 8.. Dah nak masuk bulan September dah pun.. Tahun ni Aqil sekolah di Smart Reader Kids.. tahun lepas dah booking kat Sekolah Tadika Khalifah Bestari RM100.. kononnya kot2 la Adam dpt Al-Amin, so, Aqil boleh lah sekolah tadika under Al-Amin..senang nak hantar dan ambil.. hangus je la RM100 tu..  Pastu sekalinya Adam dapat sekolah kat Seri Abim, Sg Ramal.. so, booking la si Aqil kat tadika under ABIM juga. RM 100 juga bookingnya..

Last minute, husband aku tanya pasal silibus utk 5tahun.. cikgu tu cakap basically 5 tahun pun kebanyakan yg dtg baru first time bersekolah..mean masa 4tahun xsekolah lagi. Jadi cikgu tu cakap 5tahun ajar yang basic2 je.. kami bertukar fikiran utk cari sekolah lain untuk Aqil sebab takut Aqil bosan bila belajar yg asas. Aqil ni pada kami dia agak advance sebab dia dah sekolah sejak umur 3 tahun dan diri dia sendiri yg bersemangat utk belajar plus ingatan dia agak kuat. So, tahun ni husband target nak bagi Aqil improve BI dan nak bagi dia berkawan dengan kawan2 yang berlainan bangsa sebab plannya sekolah rendah nanti nak sekolah agama. Sekarang la masanya bagi dia kenal dan kawan yg berlainan bangsa. Nanti sekolah agama jumpa Melayu Islam sahaja.. 

So far tengok perkembangan Aqil okla kat Smart Reader ni.. ayah dia target nak Aqil pandai speaking English.. teacher dia ckp kat rumah pun kene cakap BI. Setakat sikit2 tu boleh la.. lebih dari tu serahkan pd en suami lah ye.. haha.. 

Smart Reader ni ada exam juga.. cuma dia xde la nombor2 ikut ranking.. hari tu Aqil xsempat study sangat pun..sempat baca sikit2 sebab balik kampung sblm raya.. Tawakal je lah.. Alhamdulillah Aqil boleh jawab.. semua subjek dia dpt 100%.

Masa report card day, teacher dia cakap Aqil cepat belajar dan dia boleh ajar kawan dia mana yg tak faham. Cuma Aqil kalau sentap sebab adala dia terbuat salah ke.. kene marah dgn teacher ke..terus merajuk masuk bawah meja.. mood pun terus spoil..hai.. Aqil2.. kat rumah pun sama.. ibu dah masak sangat perangai Aqil.. Harap2 tak sampai ke besar ye Aqil..

Sekolah ni bagusnya teacher akan tunggu murid2 kat tepi Papa Rich pukul 7.30am-8.00am. Teacher sendiri yg akan buka pintu kereta dan pimpin tgn murid.. pastu murid2 beratur dgn diiringi guru ke sekolah diorang yg berada di tingkat 1. Aku dgn baby dan toddler ni payah juga nk hntr ke atas.. balik sekolah pun sama.. pukul 11.50 -12.10pm camtu diorg dh tunggu.. dan hantar murid2 ke kereta.. drive thru je hantar dan amik Aqil ke sekolah.. senang utk aku yg ada anak kecik ni..

So far, aku tengok Smart Reader ni banyak improve vocab Aqil. Bagusla.. setiap hari Jumaat dan sblm school holiday mesti ada homework.. Selalunya aku suruh dia siapkan hari Jumaat jugak lepas balik sekolah supaya lepas tu dia dah tak hadap homework lg, bolehla main ke tgk tv dengan riang.. tapi kengkadang aku dh lemas sgt dia asik ngadap tv aku bg je dia buat dlm buku kerja yg beli sendiri. Mujur la dia ni mmg jenis yg sukakan cabaran.. cepat je siap kerjanya.. 

Cuma sekolah ni kurang sikit pelajaran agamanya.. cuma ada jawi, iqra' aku xsure la.. tp aku kat rumah ajar sendiri iqra' tp sejak Adam Sekolah Abim, terus tukarkan dia dgn Qiraati. Kat sekolah ni xdela solat dhuha. Tahun depan plan nak hantar Aqil sekolah islamic balik sbb fokus utama tahun ni nak dia improve English je. 

Yang aku suka Smart Reader ni, bila dia ajar vocab sekali dgn gmbar..so budak terus akan igt maksud nya. Contohnya mcm dlm gambar ni : 



Kadang2 dia akan guna perkataan lain utk benda tu, so secara tak langsung aku juga belajar.. improve vocab aku jugak..hikhik.. 
Pernah 1 kali tu, dlm homework dia aku tak tahu maksud cob siap google lg nk tau ape kebendenya.. ada gambar, tp xdpt agak sekalinya rupanya cob tu bun jagung.. adeh.. 
Manela aku tau.. 

Biasanya homework yg teacher dia bg merangkumi semua subjek yg dia belajar. Yg aku nmpak sekolah ni, bila budak dah biasa tulis.. byk homework secara tak langsung ia melatih budak pandai tulis dan bonusnya tulisan dia cantik.. 

Dah terlipat2 dah homework sheetnya.. haha



Utk yuran pulak, setiap 3 ke 4 bln sekali bayar.. dia ikut term. Bukan byr bulan2.. 

Monday 27 March 2017

Pengalaman bersalin Anak ke-4

Assalamualaikum...

Last check-up sebelum bersalin hari tu hari khamis.. waktu tu Doc Seri cakap kepala baby dah engaged kat bawah.. jangkaan berat baby ialah 3.2 kg.. 😨😨
Baby2 sblm ni 3.11 kg, 3.05 kg dan 2.8 kg..
Besau betul kali ni.. Dulu masa Aqlan Doc estimated 3.2kg gk, tp keluar 2.8kg.. kira ok la.. kali ni..aku dah risau2.. takut kene gunting atau terkoyak dan jahit byk tu yg paling digeruni.. dalam masa yg sama, aku amalkan la petua tak nak bagi byk terkoyak time meneran ialah sapukan minyak kelapa dara kat perineum.. aku buat pun tak la setiap hari.. rasa nk sapu aku sapu la..

Waktu jumpa doc tu husband aku ckp kalau tak bersalin juga jumaat, sabtu atau ahad, nk induced je. So ahad mlm tu admit, isnin baru induced.. aku dah cuak2 dah.. tak nak.. sakit woo... tanpa tak sengaja air mata aku dah meleleh dah.. mcm dah pasrah je nk kene induced.. aku doa harap2 baby keluar lebih awal tanpa induced..

Sabtu 18 Mac 2017 - kakak aku buat kenduri aqiqah dan majlis kesyukuran serta doa selamat sempena pembukaan kedai Az- Zain Bangi.. kedai tu dah lama buka tp belum buat lg kenduri.. so makan2 dulu.. waktu ni contraction sikit2 je.. xde lg rasa nak bersalin..

Petang tu husband dah booking hi tea kat Harrods KLÇC berdua je.. ala2 dating gitu.. hehe..  anak2 semua ibu yg jaga.. cuti2 sekolah ni mudahla sikit..



Lps minum ptg, solat maghrib dan sempat lg pi tengok wayang cerita king kong. baby dlm perut cemas bila dgr bunyi kuat king kong tu.. aku duk pegang je perut.. byk juga aksi2 yg mendebarkan dlm tu. Keluar je cinema terus pi makan kat Chilli's.. first time makan kat situ.. sedap juga makanannya.. mashed potato dia sgt sedap.. makan sampai pukul 11 lebih.. lps mkn, terus ke rumah kakak ipar sebab sepupu diorang dr johor datang.. diorang mmg sangat peramah.. borak2 sampai pukul 2 pagi.. sampai rumah dah pukul 3 pagi..


19 Mac 2017 - Dalam pukul 9 lebih pagi aku mcm dah rasa sakit contraction yg lain drpd biasa.. sakit tu dh rasa sampai ke pangkal paha.. kekerapan dia mcm 30-40min sekali.. sambil tahan2 sakit tu aku kejutkan husband ckp mcm dh rasa sakit sikit2 la.. mlm td tdo lambat jd dia pun nk bgn lmbt la hr ni.. dia ckp tunggu dah 5 kali sakit contraction bru kejutkan dia..  amboii... boleh pulak cenggitu... hari ni sbnrnya plan nk pi usrah kat sg buloh.. bila dh mcm ni terpaksa batalkan niat nk join usrah tu.. jadi masa tak rasa sakit contraction tu.. aku buat2 la kerja rumah sikit.. basuh baju.. sidai baju.. lipat kain.. lepas dah siap tu aku duk minum susu kurma yg super sedap tu sambil on channel korea.. sambil2 baring tu aku rasa lagi contraction yg mcm td dan terasa sesuatu keluar.. aku cek .. rupa2nya dah keluar tanda lendir2 merah kecoklatan.. terus la aku kejutkan husband.. bang dah keluar tanda la.. jom la pegi hospital.. terus dia terjun dr katil dan bergegas bangun.. Hari tu doc Seri dah bgtau, kalau keluar tanda je terus ke hosp .. jgn lewat takut terberanak dlm kereta pulak.. sbb aku ada history smpi hosp je dah 10cm.

Dalam pukul 12 lebih tghri kitorang keluar rumah menuju ke PCMC. Mujur hari ni hari Ahad.. mmg tak jem sgt la.. alhamdulillah.. sampai hosp, terus menuju ke labour room. Midwife buat ctg dan cek bukaan baru 2-3cm..so, kitorang mintak nk makan tghri dan solat zohor dulu. Sambil tu hantar borang kt admission kaunter kat bawah.. Staff kata jgn keluar dr hosp tau.. mkn kat dlm je.. kitorg ckp ok. Sambil jln menuju ke restoran Kre ate tu ada juga sesekali contraction dtg menyerang..

Siap makan dan solat dlm pukul 3.45pm terus pi labour room balik.. then dpt bilik.. stay dulu kat bilik sementara tunggu bukaan lebih banyak.. aku sempat tido2 dulu sbb mengantuk sgt.. mlm td tdo lambat.. husband aku dh bantai tdo lps subuh td..aku ni xtdo2 lg.. lps solat asar cek bukaan lg, dah 4 cm. Diorg tanya nak epidural tak? Aku mula2 teragak2 nak amik ke tak sbb aku kan xjdi induced.. aku plan kalau induced mmg nak amik epidural.. kalau dh baby ni sendiri nak keluar, kononnya tak nak la amik.. tp memandangkan sakit contraction dh makin sakit, aku dh mcm lemah je.. lg2 Dr Seri offer aku suh amik supaya aku tak rasa sakit masa nak bersalin ni.. pastu aku tya staff, kat sini ramai tak yg amik epidural? Dia ckp mostly amikla.. so aku pun mcm dah goyah.. terus aku cakap kalau macam tu saya nak lah.. hehe..

Nak dekat maghrib masuk labour room.. solat2 dulu.. pastu diorg nk cek ctg, tekanan darah, cek bukaan, bg ubat berak dan cucuk epidural.. kali ni doc lain yg cucuk epidural.. dulu Doc Annurada.. kali ni Doc Ana.. lps dah cucuk tu, terus rasa kebas kaki kiri aku.. belah kanan tak kebas.. masa contraction still lg aku rasa sakit esp pangkal peha kanan aku..

Aku bgtau staff nurse yg aku masih lg rasa sakit.. Dr Ana dh siap2 bgtau kalau still rs sakit, tambah lg dos.. so, diorg pun naikkan dos epidural tu.. lps tu dh makin kurang rasa sakit.. bila bukaan dh 9cm kalau xsilap aku, Doc Seri pun masuk.. dia nk cek bukaan dgn tidak sengaja, air ketuban aku pun pecah.. tp rupanya kali ni sikit je air ketubannya.. dulu ms Aqlan aku rs mcm byk je.. terasa2 air hangat mengalir ms kene pecahkan ketuban..

Dari semasa ke semasa Doc Seri dan staff nurse cek bukaan.. sampailah diorg dah nampak rambut.. terus diorg suruh teran.. aku mmg dah tak rasa sakit.. tp bila suruh teran.. mujur aku boleh teran.. apa yg aku dah baca dlm blog org tips2 sewaktu meneran, aku pon praktiskan la.. mula2 tarik napas... pastu tahan... waktu tahan napas tu la kita teran sekuat hati... pastu baru lepas napas.. pastu tarik napas lg... tahan... teran sekuat hati... lepas napas.. terus kepala baby dah keluar, alhamdulillah.. rasanya mudah bersalin kali ni berbanding yg lepas.. dulu aku rasa kucar kacir je saat2 meneran. Kali ni well prepared la sbb tunggu baby ni la lambat sgt keluar, so, aku sempat la tambah2 info tips meneran la...  tips2 tak nak koyak la..

Tepat pukul 10.28pm baby girl aku pun lahir.. lepas keluar je baby dibalut dgn towel dan diletak atas dada.. terasa beratnya baby ni.. amik ko.. berat dia 3.5kg.. paling besar antara anak2 aku yg lain..
Sekali lagi bersyukur sgt sebab tak de koyak dan xde jahit.. alhamdulillah.. kiranya tips yg dishare dlm blog tu menjadila.. so, korang yg tgh pregnant tu, rajin2 la amalkan vco tu.. ada gk aku bc yg tak menjadi... jgn marah aku eh kalau xmenjadi.. tu semua terserah pd Allah yg berkuasa menentukan..  banyak2 lah berdoa..






Monday 13 March 2017

39 weeks tapi belum bersalin~

Assalamualaikum..
Hari ni aku dah 39 weeks tapi takde lagi tanda2 nak bersalin.. cuak juga nak tunggu bila la nak bersalin ni..

Waktu anak first, Adam dulu aku lewat 4 hari dari tarikh due.. tu pun husband aku dah suruh pi serah diri sebab risau takut baby berak dlm perut. Waktu tu aku relax2 je pi hosp, sempat mkn mlm kt kedai mkn lps tu terus check in kat hospital. Pagi esoknya baru induced- tghri waktu zohor baru bersalin. Masa ni tak tau lg rasa sakit bersalin, punyala aku menolak sebarang ubat tahan sakit.. konon nak rasa sakit bersalin.. epidural tak nak.. sekalinya mmg sakit weii.. doc bg suntikan petidine utk kurangkan rasa sakit.. memang lalok la sambil tahan sakit..

Waktu anak kedua, Aqil - cepat 3 minggu.. due 23 jan, bersalinnya 6 jan.. mana tak cepatnya, jarak umur diorang setahun sebulan.. hehehe..  laluan dah ada, tak sempat kuncup dah buka semula.. 😅.. aku sakit2 kat rumah start dr pukul 4 pagi lg.. igt sakit perut nk membuang.. rupanya dah mmg contraction.. kejap sakit... kejap hilang... bila hilang tu igt nk pi kerja la.. sekalinya sakit lg.. husband pun pakat kita mc jela.. jom pi spital cek..sampai spital dah buka 10 cm.. tu mmg horror giler sbb jem org nk pi kerja lg.. dgn tak bersedia mental nk bersalin.. haha.. time ni mmg tak sempat nak amik apa2 ubat tahan sakit.. tp sakit dia boleh tahan la dr induce rupanya..

Waktu anak ketiga pulak, Aqlan - 38 weeks minta induced sebab husband aku nak balik Iraq dah.. nanti tak sempat nk lama2 dgn baby.. boleh camtu sebabnya.. haha.. tapi doc seri cakap baby dah matang.. kira dah boleh je kalau nak bersalin.. disebabkan husband aku nak induce, jadinya aku mintak la epidural.. sebab aku rasa sakit sgt dh.. bukaan baru sikit tp dah rasa sakit yang amat..

Kali yang keempat ni.. konon nak tunggu sehingga betul2 baby dah bersedia nak keluar.. surprise je la waktunya bila.. aku dah cakap awal2 kat husband, kali ni katakan tak nak pada induce... hehehe.. biar baby keluar sendiri.. tu yg tunggu2 ni.. bila la baby ni nak keluar.. aku tgh type post ni pun sambil menahan sakit contraction yg dtg sekali sekala.. aku anggap ia braxton hicks je sebab xregular lg..

Doakan aku dipermudahkan bersalin dan selamat semuanya ye..

Wednesday 15 February 2017

Persiapan Bersalin Kali ke-4

Assalamualaikum..
Hari ni dah masuk 35w 3d. Jadinya persiapan bersalin aku dah buat la sikit2..
Perut dah semakin berat aku rasa.. penambahan berat badan pun dh banyak.. berat sekarang dh 56kg.. sebelum mengandung berat dlm 44-45kg.. dh 11-12 kg tu, lepas bersalin ni harap2 dpt turun dgn jayanya.. Bila scan doc tunjuk baby girl, alhamdulillah.. tp harap2nya betul lah.. risau weh, first time nk dpt baby girl ni.. mcmmana la.. hehe..

So, set bersalin aku dah beli.. Beli kat Lazada je..
Harga set ni RM 246 free postage, so far ni harga termurah yg aku jumpa.. tak tau la kot ada lagi yg lebih murah..

Pastu hari tu aku dok confius2 sama ada nak beli uncang mandian herba AURA atau pun herbal bath Tanamera atau kedua2nya sekali.. last2 aku decided beli uncang mandian herba AURA je.. beli 3 kotak percuma sabun herba AURA.. RM 100 free postage..
Puas aku cari sapa yg jual uncang mandian ni.. last2 aku jumpa dlm FB Aura Inner. Dalam 1 kotak ada 3 uncang mandian. So, aku beli 9 uncang la.. aku mmg suka pakai uncang ni time pantang sbb best.. rebus 1 uncang pakai bbrp kali sampai air dia dah kurang warna dan bau herba.

Baju baby pulak, mmg byk baju abg2 dia.. tp aku tgk mana baju yg putih2 tu dah kuning2 warnanya.. mana baju berwarna pekat still ok lg.. so aku beli la baju rompers pink2 5 helai dan 2 pasang mitten and booties.. hehe.. ada 1 lg bedung berzip warna pink aku beli, tp xde dlm gambar..


Aku ada beli juga vco Tanamera kat Lazada.. RM 40.80.. yg ni xmurah pun.. tak tau harga kat luar berapa.. sbb dlm  Lazada pun xde yg murah aku tgk.. sebelum ni aku pernah beli extra virgin coconut oil kat vietnam.. dah namanya myk kelapa, bau pun sama je la.. aku sapu2 kat perut. konon nk try sapu kt bwh tu tp belum try lg.. aku baca kat blog org kalau sapu atau urut kt bwh tu boleh mengurangkan koyakan sewaktu bersalin atau tak terkoyak langsung.. tu yg rasa nk try..

Kanan myk kelapa beli kat vietnam.. kiri yg Tanamera tu..

Selain tu aku ada beli baju jalan utk baby.. tu pun merangkap baju raya la kot.. beli time crismas sale.. murah la sikit.. tu semua beli kat mothercare KLCC. situ aku rasa byk pilihan berbanding ioi mall.


Pampers aku beli saiz s 2 bungkus masa tahun baru cina.. ada sale kat big aeon.

Setakat ni tu je la yg aku dh beli.. yg lain guna je la yg lepas2 masih ok lg..

Saturday 4 February 2017

Persiapan Bersalin Kali Ke-4 tapi tak siap jugak.. kahkah..

Assalamualaikum..lama tak update blog..sedar2 dah masuk bulan Februari..
Skg ni dah pregnant 34w.
Banyak lg persiapan yang belum settle..huhu.. sebenarnya kali ni nak try set bersalin amway.. kedua2 kakak aku dah pernah try utk anak pertama mereka.. semangat katanya baru anak sulung kan.. diorang kata best.. bila dh anak kedua dan seterusnya xde dh set2 bersalin ni..haha..aku pun dah pernah cerita pasal set bersalin yg pernah pakai sebelum ni.

Dah seminggu jugalah aku duk survey2 dan godek2 blog orang psl set2 bersalin ni. Dan ada juga tanya kwn2 diorang pakai set bersalin apa. Malam td tengok kat Lazada, murah jugakla set bersalin Nona Roguy (NR). Kali ni mcm nk pakai NR jugak sbb mcm pyh je nak beli set bersalin Amway tu. Kakak aku member tp dia dah lupa no ID dan dia pun tgh tak sihat sekarang. Kesian pulak nk suruh dia pi beli.

Aku duk kira2 kalau beli loose item lg mahal drpd beli set. Baik beli set.. cuma lulur tu tgk dulu baby camne, Adam dulu tak tahan bau lulur, muntah2 time menyusu walaupun dah cuci sblm tu.. kesian betul.. sampai ke besar ni dia memang peka sikit dgn bau2.. 

So, hari ni aku nak order:
1) set bersalin NR- Harga Lazada RM246
2) Herba mandian Aura - 2 kotak x 3 uncang = 6 uncang (RM70), kalau 5 kotak RM160 + free delivery (aku xsure nak beli brp kotak)
3) Brown Soap Tanamera - Harga Lazada RM 18 
4) Tanamera Cold Press VCO - RM 40.80  

Masa aku pantang anak ke-3, aku ada amalkan Ephyra yg minum2 dlm sachet tu, ada la dlm 2 kotak aku consume.. hasil dia mmg kulit dan wajah aku nampak berseri. Tu jiran2 kat kg mak aku la yg kata. lps tu aku dah xminum dh.  kali ni xsure lg nk amik ke x. Jamu2 ada juga amik tp lepas bby dah besar sikit dlm 3 bln cmtu. tu pun tak konsisten. Aku amik Kacip Fatimah Phyto Plus yg dihasilkan oleh UTM. Masih ada balance lg. Exp Jan 2018. ada masa lg kalau nk smbung mkn lps bersalin nanti.. hehe.. Ada juga aku makan jamu manjakani kwn aku punya, tp tak konsisten jugak la aku mkn..lps tau aku pregnant terus aku bg kakak aku mkn sbb dia baru lps bersalin time tu.. tak tau la dia makan ke tak.. huhu.. 

Dah anak ke-4 ni, tula aku berazam nak pantang betul2, nak gunakan semua set yg ada dlm set bersalin tu. Membazir je tak guna..

Baju baby beli sikit2 tak basuh lg.. sebab jantina berbeza, nak tak nak beli jugakla sikit2 tu pun baju jln.. rompers beli 5 helai sbb tergoda kt kedai baby tu.. asik2 beli baju rompers girl utk hadiah kwn2, hati ni meronta2 nak beli jugak utk baby sendiri.. hihi..

  

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...