Monday, 16 September 2013

Penangan Fujifilm X100s

Hasil survey tempoh hari, kami bersepakat untuk memilih Fujifilm X100s .. sebab aku tengok gambarnya sangat cantik, cuma bentuknya agak klasik seakan-akan kamera yg menggunakan kodak dulu2.. dulu2 mana mampu nak memiliki kamera pun..ingat lagi nak tangkap gambar, sewa kamera dari kedai kamera yang satu2nya ada di kampung aku tu..







Alhamdulillah...Ni la hasilnya menggunakan kamera tu.. memang puas hatilah..

Saturday, 14 September 2013

Apa Yang Dibeli di IKea

First sekali, memang aku beli ikut apa yang aku dah plan..cuma lari budget sikit..

Barang2 yang telah dibeli:
1) Bekas rempah
RM4.90














2) cadar katil single -RM 29.90












3) sarung bantalnya sekali- RM19.90














4) selimut
Mulanya aku aim nak beli yang ni
RM 8.90













Sekalinya aku terbeli selimut tebal sikit jenis kainnya RM59 lak tu..beli satu je la.. ingat nak beli yg atas tu 3 helai..ni yg lari budget

INDIRA 150x250 cm









5) Paper napkin
RM 11.90-100pcs














6) Shade  (kepala lampu tidur)-aku beli dua..


RM39.90 saiz 23cm



Ni table lamp base yang aku ada, ada dua base ni. Ingatkn padanla ia dgn shade yg saiz 23cm tu, rupanya ring dia tak match..kalau amik yang 14cm aku rasa macam xpadan sebab batang dia ni gemuks..


 Bila aku pasang kat base yang ni, ok..tapi mcm pelik..ke ok je??.. mata aku tengok mcm pelik sebab leher dia terdedah sikit..atau...kalau malas nak fikir dah, aku tibai je..tapi kalau selalu terpikir2 aku rasa mcm nak beli base lain je kat ikea tu..



 

Untuk yang batang coklat tu mula2 aku ingat nak beli shade yang macam gambar kat tepi ni tapi bila tengok saiz sebenar, rupanya kecik je saiznya..








Kesimpulannya: kene beli shade yang ngam untuk batang putih gemuk tu jugak dua bijik.. pastu ada lebih shade tu satu..nak buat apa?? perlu ke beli batang yang baru? hmmm... 

7) mentol lampu E14 satu dan E27 satu = tak beli

8) bekas accessory yg petak2.. 
Kalau xsilap RM12.90 utk 3 pcs

Thursday, 12 September 2013

Pemilihan Camera Compact

Beberapa minggu yang lepas, aku dok survey2 beberapa model camera compact..
Ni pun aku minta tolong kawan2 yg biasa amik2 gambar ni a.k.a Photoghrapher.. termasuklah adik aku sendiri..
Aku dan suami memang nak cari camera yang dapat memberikan imej yang cantik di samping tidak begitu besar seperti mana camera DSLR.. maksudnya, nak gambar yang cantik seperti camera DSLR tapi nak yg compact..senang dibawa utk travel.. terasa rugi kalau pergi ke tempat2 menarik tapi tak dapat merakamkan pemandangan yang indah..
Ni antara contoh jenis-jenis camera yang telah dicadangkan oleh mereka.. sebenarnya apa jua yang kita nak terpulang pada diri masing2 nak yang macammana.. diorang dah bgtau aku siap2 harga lebih kurang RM2500-RM 3500.. mungkin lebih sikit dari itu atau lebih kurang la..maka, bersiap sediala pecah tabung, korek lubang..haha..
Aku sempat buat solat istikharah sekali je utk buat pemilihan ni..hehe..macam nak pilih calon suami pulak.. tapi adik2, nak cari calon suami kene buat banyak kali tau, xcukup sekali je..hihi..


Canon Eos 1

Fujifilm X100

Nikon V1

Nikon J2

Sony Nex7
Fujifilm X100s
Nikon V2
Lumix GF3
Rambang mata nak pilih..banyak kene buat kajian ni..semua gambar2 ni aku google je..

Saturday, 7 September 2013

Ikea

Hujung minggu ni plan utk ke Ikea..nak cari barang sikit2.. Kakak aku nak buka klinik gigi, so, dia nak cari barang-barang keperluan di Ikea, apalagi..aku pun nak join sama...hehe..sebelum ke Ikea aku dah siap listkan barang2 yang nak dibeli sebab takut nanti terover budget pulak..korang pun tau kan sapa2 yang ke Ikea pasti rambang mata nak tu nak ni..kang terbeli barang yg bukan keperluan..

Barang2 yang nak dibeli:
1) Bekas rempah- perlu beli sbb bekas rempah yang aku isi dpt dari cenderahati pengantin, penutup dia mcm xberapa best.. Sebelum ni ada beli yg ikea punya..ok..

2) cadar katil single- kat rumah ni ada satu je cadar, bila basuh, kene tunggu kering baru leh sarungkan balik..sementara tu togel je..so, patut beli sebab leh tukar2..-pengajaran dari open house hari tu (keluarga yang stay kat rumah aku)

3) sarung bantalnya sekali

4) selimut-patut beli, sebab masa kenduri hari tu xcukup selimut, kesian tetamu..

5) Paper napkin- dah habis stok

6) Shade  (kepala lampu tidur)-dah tertanggal, sebab pindah2 rumah hari tu dah kemek2 dan bentuk dah tak cantek..ada 3 lak tu, kene beli..

7) mentol lampu E14 satu dan E27 satu, itu pun kalau murah dari RM13..kalau mahal xyah beli...

8) bekas accessory yg petak2..

Rasanya itu je kot.. harap2 mata aku tak merambang tengok mende lain...bahaya.. hehe..
sekarang perlu berjimat cermat..balik nanti aku update apa yang aku beli dan terbeli..uppsss.. =P

Wednesday, 4 September 2013

Istighfar yang Berkesan

Alhamdulillah minggu lepas dapat juga menghadirkan diri mengisi hujung minggu dengan pengisian yang benar2 menyentuh jiwa ku.. Pengisian itu telah disampaikan oleh Ustazah Radhiah.. Saya cuba ceritakan sedikit sebanyak apa yang saya dapat  untuk dikongsikan kepada anda semua..Mudah-mudahan ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kita semua terutama dalam kita menyusuri liku2 kehidupan menuju alam yang kekal abadi..saya sangat risau sekiranya bekalan saya masih tidak cukup..jadi, sampai-sampaikanlah ilmu ini kepada orang yang anda sayangi...harap-harapnya ilmu yang bermanfaat dapat membantu kita di akhirat sana..

Istighfar merupakan zikir memohon ampun daripada Allah atas segala kesilapan yang kita lakukan..Menurut ustazah, istighfar yang dilakukan bersungguh2 sebenarnya sangat memberi kesan kepada kehidupan kita..Waktu yang paling mudah Istighfar ini diangkat oleh malaikat ialah di sepertiga malam..beristighfarlah bersungguh2 sehingga menangis..Allah sangat suka dan cinta kepada orang yang selalu mengadu apa sahaja kpd Dia..iaitu mendahulukan Dia sebelum org lain..

Istighfar yang berkesan dapat menenangkan hati, memperbaiki hubungan suami isteri yang bergaduh, membuka pintu rezeki dan Allah mudah mengqabulkan doa hamba-hambanya.. sebab itulah, sekiranya apa yg kita mohon kpd Allah masih belum diqabulkan, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada kita..waktu inilah kita perlu bermuhasabah dan memohon ampun drpd Allah atas segala kesilapan yang kita lakukan..kadang-kadang kita tak sedar kesilapan yang kita lakukan...

Ustazah ada menceritakan (ni kisah benar) bahawa ada sepasang suami isteri yang bergaduh..bertengkar mulut..akhirnya si isteri mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah, membungkus pakaian untuk pulang ke rumah ibu bapanya..si suami pula berasa hilang arah tetapi mengambil keputusan untuk beriktikaf di masjid..selama dua jam si suami beriktikaf di masjid beliau beristighfar memohon ampun kpd Allah atas segala salah yang dia pernah lakukan..dia berasa bersalah sgt kerana mungkin sbb dia yang menyebabkan pergaduhan itu berlaku..kemudian dia pulang ke rumah..apabila dia tiba di rumah, rupa-rupanya si isteri berada di dalam rumah..si isteri tu berkata selama dua jam yang lalu, perasaan dia sgt huru hara, tidak tenteram dan rasa bersalah sgt terhadap suami...terus si isteri kembali semula ke rumah suaminya..mereka saling bermaaf-maafan antara satu sama lain atas kejadian sebelum itu..

Kata-kata "Sedangkan Lidah Lagikan Tergigit, Inikan Pula Suami Isteri" sangat bertepatan dengan keadaan sebenar dalam mengharungi kehidupan rumahtangga, pastinya ada berlaku sedikit salah faham yang akhirnya menyebabkan salah satu pihak marah dan satu pihak pasti merajuk atau satu pihak marah dan merajuk dalam satu masa..sedangkan yang satu pihak lagi tak tahu nak buat macammana..nk pujuk macam tak jalan..nak luah tak tahu nak luah pada sapa..kalau boleh hal suami isteri jangan cerita pada sesiapa..kerana takut lain pula jadinya..perkara kecil dah jadi besar...apa yang orang lain fikir sebenarnya tak sama dengan apa yang kita rasakan, alami dan apa yang kita fikirkan..sebab itulah kita perlu luahkan segalanya hanya kepada Allah..Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.. Peranan syaitan ialah memporak-perandakan rumahtangga yang dibina.. kalau sebelum kahwin, syaitan akan membisik2kan supaya pasangan lelaki dan perempuan akan lebih dekat..dekat...dan dekat lagi sehingga terjadi sesuatu yang menyalahi agama iaitu berzina.. sedangkan bagi pasangan yang telah berkahwin, syaitan sentiasa mencari jalan untuk memisahkan manusia.. 

Sebab itulah pentingnya kita sentiasa beristighfar kepada Allah..lagi satu ayat yang sangat berkesan ialah Ya Latif...Ya Latif.. Ya Latif...ayat ini dapat melembutkan hati orang yang sedang marah...memang sangat berkesan..cuma kita perlu banyak bersabar..sebab kesan dia bukan tang tang tu jugak na...pastinya Allah mahu melihat tahap kesabaran kita dalam mengharungi ujian dan cabaran dariNya.. Fikirkan yang positif, pasti yang positif juga akan berlaku pada kita..apa yang saya katakan ini adalah untuk panduan diri saya sendiri dan semoga ia bermanfaat kepada semua... ceria selalu..\(",)/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...