Wednesday, 4 September 2013

Istighfar yang Berkesan

Alhamdulillah minggu lepas dapat juga menghadirkan diri mengisi hujung minggu dengan pengisian yang benar2 menyentuh jiwa ku.. Pengisian itu telah disampaikan oleh Ustazah Radhiah.. Saya cuba ceritakan sedikit sebanyak apa yang saya dapat  untuk dikongsikan kepada anda semua..Mudah-mudahan ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kita semua terutama dalam kita menyusuri liku2 kehidupan menuju alam yang kekal abadi..saya sangat risau sekiranya bekalan saya masih tidak cukup..jadi, sampai-sampaikanlah ilmu ini kepada orang yang anda sayangi...harap-harapnya ilmu yang bermanfaat dapat membantu kita di akhirat sana..

Istighfar merupakan zikir memohon ampun daripada Allah atas segala kesilapan yang kita lakukan..Menurut ustazah, istighfar yang dilakukan bersungguh2 sebenarnya sangat memberi kesan kepada kehidupan kita..Waktu yang paling mudah Istighfar ini diangkat oleh malaikat ialah di sepertiga malam..beristighfarlah bersungguh2 sehingga menangis..Allah sangat suka dan cinta kepada orang yang selalu mengadu apa sahaja kpd Dia..iaitu mendahulukan Dia sebelum org lain..

Istighfar yang berkesan dapat menenangkan hati, memperbaiki hubungan suami isteri yang bergaduh, membuka pintu rezeki dan Allah mudah mengqabulkan doa hamba-hambanya.. sebab itulah, sekiranya apa yg kita mohon kpd Allah masih belum diqabulkan, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada kita..waktu inilah kita perlu bermuhasabah dan memohon ampun drpd Allah atas segala kesilapan yang kita lakukan..kadang-kadang kita tak sedar kesilapan yang kita lakukan...

Ustazah ada menceritakan (ni kisah benar) bahawa ada sepasang suami isteri yang bergaduh..bertengkar mulut..akhirnya si isteri mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah, membungkus pakaian untuk pulang ke rumah ibu bapanya..si suami pula berasa hilang arah tetapi mengambil keputusan untuk beriktikaf di masjid..selama dua jam si suami beriktikaf di masjid beliau beristighfar memohon ampun kpd Allah atas segala salah yang dia pernah lakukan..dia berasa bersalah sgt kerana mungkin sbb dia yang menyebabkan pergaduhan itu berlaku..kemudian dia pulang ke rumah..apabila dia tiba di rumah, rupa-rupanya si isteri berada di dalam rumah..si isteri tu berkata selama dua jam yang lalu, perasaan dia sgt huru hara, tidak tenteram dan rasa bersalah sgt terhadap suami...terus si isteri kembali semula ke rumah suaminya..mereka saling bermaaf-maafan antara satu sama lain atas kejadian sebelum itu..

Kata-kata "Sedangkan Lidah Lagikan Tergigit, Inikan Pula Suami Isteri" sangat bertepatan dengan keadaan sebenar dalam mengharungi kehidupan rumahtangga, pastinya ada berlaku sedikit salah faham yang akhirnya menyebabkan salah satu pihak marah dan satu pihak pasti merajuk atau satu pihak marah dan merajuk dalam satu masa..sedangkan yang satu pihak lagi tak tahu nak buat macammana..nk pujuk macam tak jalan..nak luah tak tahu nak luah pada sapa..kalau boleh hal suami isteri jangan cerita pada sesiapa..kerana takut lain pula jadinya..perkara kecil dah jadi besar...apa yang orang lain fikir sebenarnya tak sama dengan apa yang kita rasakan, alami dan apa yang kita fikirkan..sebab itulah kita perlu luahkan segalanya hanya kepada Allah..Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.. Peranan syaitan ialah memporak-perandakan rumahtangga yang dibina.. kalau sebelum kahwin, syaitan akan membisik2kan supaya pasangan lelaki dan perempuan akan lebih dekat..dekat...dan dekat lagi sehingga terjadi sesuatu yang menyalahi agama iaitu berzina.. sedangkan bagi pasangan yang telah berkahwin, syaitan sentiasa mencari jalan untuk memisahkan manusia.. 

Sebab itulah pentingnya kita sentiasa beristighfar kepada Allah..lagi satu ayat yang sangat berkesan ialah Ya Latif...Ya Latif.. Ya Latif...ayat ini dapat melembutkan hati orang yang sedang marah...memang sangat berkesan..cuma kita perlu banyak bersabar..sebab kesan dia bukan tang tang tu jugak na...pastinya Allah mahu melihat tahap kesabaran kita dalam mengharungi ujian dan cabaran dariNya.. Fikirkan yang positif, pasti yang positif juga akan berlaku pada kita..apa yang saya katakan ini adalah untuk panduan diri saya sendiri dan semoga ia bermanfaat kepada semua... ceria selalu..\(",)/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...