Wednesday, 24 December 2014

Turki: Hari kelima di Pamukkale

Ni gambar dari en google eh..

Pamukkale membawa maksud Cotton Castle (atau Istana Kapas ) dalam Bahasa Turki.. di mana kawasan ini terbentuk dari mineral yang membentuk teres2 yang berwarna putih. tempat ni agak tinggi macam bukit dan teres2 kolam air panas terbentuk..suhu kolam air panas ni mencecah ke 35 darjah celcius.. sangat cantik pemandangan di sini..nampak macam tempat bersalji padahal tak... cuma hari tu kitorang xdpt nk bergambar byk2 kt sini sebab tau la kan travel dgn budak2 ni mmg sgt mencabar.. Kat sini la nk solat zohor jama' dgn asar pastu Adam dan Aqil bergilir2 nk "berry" plak.. nk cebokkn diorg satu hal.. dah kene beratur pjg..   Masa yang diperuntukkan di sini amat limited sebab petang ke malam (xigt da..) adalah flight ke Istanbul semula.. Dari tempat turun van persiaran ke teres2 mineral ni  sangatttttla jauh.. nikmatilah pemandangan yang rasa macam muka kita ni  tertepek kat buku sejarah..haha.. macam padang jarak padang tekukur pun ada tapi tempat ni mmg byk sejarahnya..

 Pemandu pelancong menerangkan tempat ni..

Jauh nak berjalan ni..

Pemandu pelancong tu kata kat sini boleh rendam2 kaki sahaja.. tapi air dia agak beracun sebab tu xde orang berendam.. sorila, tak dapat amik gambar dari angle yang cantik sebab kene jaga anak2 dalam stroller.. husband je yg dapat turun bawah.. tapi xsempat juga nak bergambar byk2 sebab kesuntukan masa..huhu..

Kolam air panas dalam Antique Pool ni boleh berendam..tapi memang bykla mat saleh-mat saleh dalam tu..dan pakaian mereka faham2 je la.. mujur aku rabun..jadi xnampak sgtla..haha..

  jernih air dalam kolam ni..

Ni pun gmbr dr google jugak... Subhanallah cantiknya!!

Petang ke malam tu kitorang berlepas ke Istanbul semula dan sambung jalan-jalan kat sana lagi..



Tuesday, 23 December 2014

Aqlan Danish dah 6 bulan


Assalamualaikum.. lama sungguh aku xupdate blog.. bz sesangat la sejak menjadi surirumah ni.. kdg nk pegang hp pun xsempat.. Usia Aqlan Danish dah 6 bulan, iaitu 180 hari ..hehe.. aku siap kira lagi.. alhamdulillah setakat ni Aqlan masih fully breastfeed.. semoga berjaya sehingga dia berusia 2 tahun.. Mulanya aku bg bubur nasi blender.. sikit2 je dulu, sebagai permulaan..  dia mkn ok..abg2 dia semangat nk tgk adik dia makan.. Kali ni rasa semangat nk try macam-macam resepi bubur baby 6 bulan..abang2 dia sebelum ni carrot/brokoli/bayam/kentang/ labu balik2 tu je.. kali ni ingat nk pelbagaikan lagi jenis mknn.. contoh bubur nasi+jagung ke.. kurma ke.. puree epal atau pear..hehe.. semoga berjaya!!


Ni contoh bubur nasi yang dah diblender.. kuantiti sedikit sbb baru start je kan.. dalam minggu pertama macam ni la.. nanti dah masuk minggu kedua baru aku akan pelbagaikan dan kuantiti dia for sure la bertambah sedikit demi sedikit :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...