Wednesday, 15 July 2026

Pengalaman Haji: Arafah

 Group kami bertolak ke Arafah ialah pada 8 Zulhijjah 1447 pada waktu malam selepas solat maghrib dan isyak secara jamak tamam. Sebelum bertolak kami berkumpul di lobi hotel untuk mendengar taklimat ringkas dan membaca niat haji beramai-ramai. 

Selesai membaca niat haji, disunatkan bertalbiah terutama dalam perjalanan ke Arafah, ketika ini, rasa sayu dan rasa mcm tak sangka sgt dapat tunaikan haji pada tahun ini. Sungguh rasa bersyukur diberi peluang untuk melaksanakan rukun islam ke-5 ketika ini.

Group kami kebanyakannya melaksanakan haji tamattuk, ada beberapa orang sahaja yang mengerjakan haji ifrad. Kami suami isteri buat haji tamattuk. Sebanyak 4 bas yang membawa kesemua ahli group kami. Alhamdulillah 3 bas sampai di Arafah pada waktu tengah malam. Ada 1 bas yang terlewat sampai sebab masalah lalulintas. Mereka tiba di Arafah sebelum waktu subuh.

Sebenarnya bas aku dengan suami bas no.4, tapi disebabkan ada kesalahfahaman berkenan no bas yang tertera pada kad kami, kami ingat bas kami no.1. Jadi, kami naik la bas no.1. Staff yang ditugaskan untuk menguruskan bilangan jemaah takde cakap apa2pun, kami ingat memang betul je la nombor bas kami ni. Sekalinya, Tn Hj Z bgtau masa dah sampai Arafah, bas no.4 short 2 penumpang..lahh.. rupanya kami la tu yang tersalah naik bas..😅adehh.. mujur Tn Hj Z tak cakap apa2 sebab bila kira2 semua jemaah cukup je bilangannya..

Antara barang-barang yang dapat ketika di Arafah.. Ada termos, payung, set personal care, bantal, tuala, selimut, zikir digital dan batu melontar.

Alhamdulillah, tahun ini Tabung Haji memilih Syarikat Nozoly sebagai penyedia perkhidmatan dan penginapan rasmi untuk jemaah haji Malaysia. Banyak kemudahan yang telah dinaik taraf daripada kemudahan pada tahun sebelum ini. Tilam pun selesa. Walaupun kami mengambil pakej, tapi disebabkan kami kan kuota tambahan tabung haji, jadinya penginapan kami berdekatan dengan khemah muassasah, cuma bezanya kedudukan kami sangat dekat dengan tempat makan, tandas dan tempat turun bas. Memang strategik sangatla kedudukannya. Ada juga dikalangan kami minta kat Tn Hj Z, boleh tak nak upgrade khemah yang lebih baik lagi seperti khemah2 pjh lain yang lebih eksklusif, tapi memang xde khemah kosong dah, yang ni je yang tinggal. Bagi aku, yang ni pun dah cukup baik. Teringat cerita2 haji dari mak dan arwah kak lin dulu, rasa dulu lagi mencabar kot. Kami bertuah sebab paling dekat dengan tandas, jadi cepat je lah dapat giliran. Tak tunggu terlalu lama. 

Dalam senarai barang-barang yang perlu dibawa ke Arafah dan Mina yang aku dapat dari kawan2 share atau dapat kt fb, ada juga sebenarnya barang2 yang tidak perlu. Buat berat beg je bawa. Tapi kan kita tak tahu, jadi bawa je la. Bila dah lalui baru kita rasa..ala..yg ni xyah bawa pun xpe.. 

Antara barang yang orang suggest bawa:

1. Penyangkut S - Kat belakang pintu tandas kebanyakkannya sudah ada penyangkut, xyah bawa banyak.. Bawa 1-2 je dh cukup, itu pun kalau nk sangkut tudung kat tempat amik wudhuk.
2. Kipas usb - Bagi aku, rasa tak perlu sebab spray muka dgn air lebih function drpd guna kipas, sebab kalau guna kipas masih tetap rasa hawa panas tu. Kecuali korang bawa kipas yang siap dgn penyembur air, at least dapat angin+air sejuk sikit. Dah la aku bawa 2 kipas, husband bawa 2 kipas-berat woo. patut boleh kurangkan keberatan beg. Nak ke Arafah Mina ni kena limit bawa barang dan pakaian. Bawa benda yang benar2 perlu sahaja. Tips yang paling penting kan.. kalau phone panas, terutama iphone cepat je panas, kitorang spray air kat bhgn depan dan belakang phone, lepastu kan cepat je sejuk phonenya.. try la.. lepas spray tu, lap la dgn tisu atau kain tuala kecik. kang masuk pula air dlm celah2 phone.
3. Power bank-Aku bawa 2, Ya Allah.. aku ni mcm buat latihan angkat berat je. Sebenarnya tak perlu, bawa 1 pun cukup kalau korang sejenis yg suka tangkap gambar/video byk2, bateri cepat habis. Macam aku yang takde la byk sgt tngkap gambar, xyah pun xpe. Dah ada tempat pengecas, banyak pulak tu.


Kalau bernasib baik dapat khemah yang tilamnya dah ada port pengecas, lagila senang. Kami kan kuota tambahan, jadi xde port tu. Port yang mcmni je ada tapi okla kan. Apa-apa pun Alhamdulillah.

Sebelum ke Arafah, dapat tips dari dari orang yang dah pegi haji, diorang cakap kat Arafah xperlu mandi sebab kebanyakkan yang mandi nanti demam. Ntah la xpasti juga kebenarannya atau kebetulannya. Kitorang pun kalau boleh taknak buang masa berlama2 dlm tandas, buat perkara yg perlu je. Buang air, gosok gigi dan ambil wudhuk. Ada masa kena tunggu lama, ada masa sekejap je. Mungkin kena tengok keadaan la kot. Yang penting kan, ambil wudhuk beberapa jam sblm masuk waktu sebab bila tiba nak dekat-dekat masuk waktu solat, dah macam suatu perjuangan nak masuk tandas.

Suasana dalam khemah di Arafah, dah ada tempat penyangkut tudung. Tempat tidur, tempat makan dan tempat solat adalah tempat yang sama. Ketika inilah baru para jemaah berkenal-kenalan dan bertegur sapa. Sebab sebelum ni kita hanya jumpa dan rapat dgn teman sebilik. Kalau jumpa kat cafe pun sekadar senyum je tak kenal sangat kan. Di sinilah ukhuwah terbina.

Suasana sarapan pagi pada 9 Zulhijjah.. Cantik sangat langit ketika ini. Xde gambar sendiri, amik gambar suasana je. Gambar sendiri ada kat phone orang lain. Dah lupa nk minta. 

Tempat ambil makanan, tempat kami berkongsi dengan jemaah haji dari Irkaz Travel dan petugas TH. Ada nampak Lisa Surihani, tapi tak ambil la gambar dia. Ada juga nampak Tomok. 

Selesai sarapan, cepat2 masuk khemah semula. Ustaz bagi masa uruskan diri sebab pukul 9 ada Quran session, lepas tu solat Dhuha. Rehat sekejap dan makan tengahari. Masuk je waktu solat zohor, Solat Zohor dan Asar jamak takdim tamam berjemaah. Ustaz baca khutbah Arafah. Then ustaz mengetuai bacaan zikir2 Arafah, lps habis zikir2 tu boleh keluar khemah utk berdoa. Waktu zikir tu adalah waktu paling mencabar sebab lama dan kita berperang dengan cuaca panas dan rasa mengantuk. Kita nak mohon doa dari Allah kena bersihkan hati dulu, ustaz kata. 

Waktu Dhuha, en suami cari port siap2 utk berdoa tapi tempat ni akan panas setelah gelincir matahari. Jadinya dia cari port lain juga utk yg slps zohor nanti.

Ni gambar org depan aku. Xde gambar kami, gmbr kami kat phone husband. Serius sebenarnya tak sempat nk bergambar sangat sebab tak sempat, masa begitu pantas berlalu.. Terlalu banyak yang nak mohon pd Allah. Kitakan hambaNya yang lemah..banyak dosa. Aku pernah cakap kat husband, sempat ke bang kita nak baca semua doa2 ni, doa sendiri, doa anak2, doa yg org kirim.. Pastu husband cakap, kenapa fikir negatif, fikirlah kita dpt baca semua doa2 tu. Betul juga kan. Biasa aku tgk kt fb suami isteri baca doa sama2 pastu isteri aminkan doa suami.. Kami tak sempat buat macamtu. Kitorang baca doa sendiri2. Kadang aku fikir, macam ni kot nanti kalau kat Padang Mahsyar, kita sibuk dengan diri sendiri,  kita mengenangkan nasib dan dosa2 sendiri lebih dari fikir org lain. Yang penting aku sempatla baca doa utk suami. Dan dia cakap dia ada baca doa utk aku. Cuma tak dapatla nak aminkan doa yg dibaca bersama2. 

Menurut ustaz, waktu menjelang Maghrib pada Hari Arafah adalah detik kemuncak yang paling mustajab untuk berdoa. Dalam tempoh ini rahmat dan pengampunan Allah SWT melimpah ruah, dan Baginda bersabda bahawa sebaik-baik doa adalah doa pada hari tersebut. Ketika ini, ustaz suruh keluar dari khemah dan berdoalah mengadap kiblat betul2 waktu sebelum maghrib. 

Kadangkan aku rasa tak cukup waktu, ok ke doa aku tu, betul2 menusuk ke dlm jiwa ke.. tapi bila ustaz/ustazah  cakap dan aku ada baca juga doa ni tak terhad kpd satu hari dan satu waktu, setiap saat dlm hidup ni adalah ruang untuk merintih kpd Allah. Cuma yg specialnya hari Arafah adalah hari di mana Allah dan malaikat turun ke langit dunia untuk menunaikan hajat manusia, membebaskan manusia dari azab neraka dan menurunkan rahmatNya. Semoga Allah menerima segala amalan kita, mengabulkan doa2 kita, mengurniakan nikmat kemanisan beribadah kpdNya, membebaskan kita dari azab api neraka dan semoga Allah kurniakan kita haji yang mabrur. Semoga yang belum menunaikan haji, direzekikan menunaikan haji pada tahun yang terbaik, pada tahap kesihatan yang terbaik dan dipermudahkan segalanya. Ameen.

Bas aku yang no4, kali ini naik bas yang betul ye.. Bas yang terakhir meninggalkan bumi Arafah..dah kosong dah ketika ini. Jam 12.59am. Jemaah muassasah ada yang dah gerak sejak petang lagi. Sebenarnya, sementara tunggu bas dari lepas isyak ke tengah malam tu, aku dah tertido2 kat khemah sebab mengantuk sangat. Tunggu bas lama sgt, bangun tidur pegi toilet. Masa dalam toilet tu, terdengar pekerja2 terjerit2 hajjah..hajjah.. rupanya bas dah sampai.. dia takut ada yang tertinggal bas..mujurla dia cari aku kt toilet.. en suami pun dh call banyak kali.. aku la org yg last naik bas.. beg yg berat tu staff tu tolong angkatkan..

Jam menunjukkan pukul 1.16am, bas kami tak berhenti di Muzdalifah. Bas kami melalui Muzlifah menggunakan kaedah murur.

Kaedah murur dalam ibadah haji adalah skema pergerakan jemaah dari Arafah ke Mina yang dilakukan dgn cara melintas atau melepasi Muzdalifah menaiki kenderaan (bas) tanpa turun untuk bermalam(mabit). Ia berfungsi sbg langkah keselamatan untuk mengelakkan kesesakan melampau dan melindungi jemaah yg berisiko tinggi. 

Kawasan Muzdalifah sangat terhad, jika semua jemaah dari seluruh dunia turun dan bermalam di sana, ruang yang ada jadi terlalu sempit (0.29m persegi) seorang. Keadaan ini berisiko menyebabkan rempuhan, sesak nafas dan masalah kesihatan kpd jemaah warga emas atau kelainan upaya. Tak semua pjh guna kaedah murur. Menurut Tn Hj Z, pjh2 ni cabut undi sapa yang turun Muzdalifah, sapa yang guna kaedah murur ni. Jadi, group kami dapatla kaedah murur ni. Laluan bg yg murur dgn yang berhenti di Muzdalifah tak sama. Laluan murur ni dia guna laluan berpagar khas. Memang lancar je la laluannya. Ada kawan husband pjh juga tapi tak murur, dia cakap berjam2 dalam bas.. dia cakap aku geram je tengok bas kuning yang lalu laju je kat Muzdalifah tu..hihi.. rezeki lain2.. cuma kitorang tak dapatla merasai bermalam di Muzdalifah yang orang kata berbaring berlantaikan bumi dan berlangitkan bintang-bintang di angkasa. 

Jemaah dari negara lain sanggup berjalan dari Arafah ke Mina melalui Muzdalifah. Syarat wajib haji adalah bermabit di Muzdalifah walaupun sebentar tu dah dikira sah. 

Lebih kurang pukul 1.40am bas kami tiba di Mina. Kiranya lebih kurang 40 minit ambil masa. InsyaAllah kalau ada masa, nak nukilkan sekali pengalaman di Mina pula, sebagai kenangan.

Tuesday, 14 July 2026

Selesai isi borang PKSK

 Assalamualaikum.. 

Awal2 pagi hari ni, sebelum subuh lagi kakak dah isi borang permohonan sekolah khusus untuk Ammar. Sekarang dialah yang menjadi pengganti ummi mengisi borang permohonan untuk adik-adik. Semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Aku pun lepas hantar anak-anak pegi sekolah, baru on laptop dan isi borang permohonan. Semoga ada rezeki buat Aqlan dan Ammar untuk panggilan pertama. Setiap tahun ada je perubahan yang dibuat berkenaan permohonan ni. Dengar cerita, kalau kita mohon MRSM premier, kalau lepas markah PKSK, akan dipanggil untuk jawab UKKM pula.  Kitorang memang tak mohon MRSM lah selepas 2 kali kecewa. Mungkin rezeki tidak di situ. 

Minggu ni Aqlan ada exam dalaman. Setiap malam duduk study dengan dia lah. Arissa pula, ayah la yang tengok-tengokkan kerja sekolah dia. 

Semalam, Kak Yan datang hantar durian dari kg. Otw dia balik sini dia singgah rumah aku dan rumah kakak. Alhamdulillah. Dapat merasa durian yang kali ni baru ada rezeki, itupun mak kata, berkongsi rezeki dengan monyet. Mak dah call masing2 minggu lepas, sapa yang free hjg minggu minta ambil durian, Kak Yan kebetulan memang cuti peristiwa jadi, dialah yang free. Kami yang ada anak darjah 6 ni, hjg minggu ada je aktivitinya.. kadang rasa bersalah juga dah lama tak balik kg. InsyaAllah, cuti sekolah nanti kami balik ye mak.


Saturday, 11 July 2026

Aktiviti Hari Sabtu

 Assalamualaikum..

Sekejap je dah hujung minggu. Hari ni sepatutnya Aqlan ada kelas tambahan, tapi hari ni dia jadi wakil sekolah untuk pertandingan Hafazan di Sekolah Al Amin Gombak. Maka, pagi2 lagi kami berempat pun mengiringi dia ke sana. Aqlan dapat saguhati dalam pertandingan ini. Tak pe lah Aqlan, mungkin ada banyak lagi yang perlu diperbaiki. Adat pertandingan kan, ada menang, ada kalah. 

Sekarang dah buka link kemasukan ke sekolah-sekolah khusus. Aku belum buka lagi link. Minggu depan ni Aqlan exam. Muallim kata, result ni nanti akan digunakan untuk apply PKSK tu. Risau juga ni. Banyak lagi yang belum study. 

Minggu ni tak lawat Aqil kat sekolah dia, minggu lepas dia baru balik. Tu pun ada barang yang dia minta pos kan. Minggu lepas dia call dia cakap selipar toilet dia hilang, puas cari tak jumpa. Tu yang dia minta poskan selipar. Tapi tadi dia call, selipar dia dah jumpa balik. Alhamdulillah.. macamtu la kehidupan di asrama, kalau ada rezeki jumpa la balik barang tu.. kalau tak, wakaf/sedekah je la.

Adam pula minggu ni dia jadi  wakil Putrajaya untuk bertanding dalam pertandingan Pracerpen Daiee Pena dalam tulisan jawi di Smkakl. Esok keputusannya.. Seriau juga nak menanti hasilnya. Semoga  Adam dapat mengumpul pengalaman sepanjang berkampung di sana. 

Thursday, 9 July 2026

Tanaman Pokok Lagi

 Selasa lepas, Aqlan dan Arissa ajak pegi Gadek Nursery Cheras. Balik sekolah singgah sekejap. Aqlan cakap dia nak beli kaktus dan venus fly trap. Rasanya sebelum ni harga dia RM12.90, tapi yg ni harga dia RM28. Macam mahal la pula. Tak jadilah beli. Beli kaktus je utk Aqlan. 3 pokok RM10. Okla, kaktus senang sikit jaga daripada succulent. Arissa punya succulent hari tu dah togel je..haha.. Tak reti la mcmmana nak maintain dia sentiasa cantik berseri. Korang pernah tanam/jaga succulent tak?

Togel dah kan..hahah
Dah melentok-lentok pokoknya.. 😂

3 pokok kaktus Aqlan
Sebelum ni dia beli 2 kaktus dan 1 succulent, succulent tu dah innalillah.. jadi koleksi kaktus dia 5 dah la.
Ni pula pokok pilihan Arissa, dia dah frust dgn succulent dia, dia nak pokok yg senang nak jaga.. tapi mak dia pun baru je berjinak-jinak dgn orkid ni.. sama2 belajar.
Ni pokok kaktus yg aku beli 2 minggu lepas dengan Adam, beli kaktus ni sebab nak penuhkan kawasan tanah tu supaya kucing tak berak. 
Pokok ni pun beli sebab nak elak kucing berak, tapi kan.. kucing tu still berak lagi..😩.. pagi tadi macam ada bau-bau tahi kucing.. cari-cari kat tanah tak jumpa, rupanya dah melekat kat tepi pasu pokok ni, dah kering dh..
Ni pula pokok yang Arissa pilih, tak tau la senang ke tak nak jaga pokok ni. Lemon Cypress namanya.
Fiddle-leaf fig (Ficus lyrata)

Fiddle-leaf fig ni pun baru nk belajar jaga dia, setakat ni ok cuma ada juga nampak daun dia macam kering2 bahagian hujung dia. Mungkin kurang air kot. Daun dia ni pun kena lap juga sekali sekala supaya tak ganggu proses fotosintesis.

Tuesday, 7 July 2026

Tanaman Pokok Hiasan

Pokok Aglaonema Silver Bay dikenali juga sebagai Chinese Evergreen. Pokok ni senang nak jaganya. Cepat je merimbun. Suka tengok corak daunnya. Sebelah kanan pasu pokok ni la tempat kucing selalu berak. Hari-hari mesti ada. Pening kepala fikir macammana nak elakkan kucing berak kat situ..

Aglaonema Silver Bay

Pokok Rubber Plant atau nama saintifiknya Ficus Elastica pun jenis yang senang nak jaga, setakat ni tengok dia subur ja. Kadang-kadang atas daunnya berhabuk, jadi kena rajin-rajinkan diri mengelapnya sekali sekala. Kalau daun tu berhabuk, nanti akan mengganggu proses fotosintesis, sebab tu kena rajin lap. Sebenarnya tempat pokok tu selalu kena tempias air hujan, bila daun tu basah, habuk cepat melekat.

Rubber Plant

Pokok orkid pemberian Fadhilat, sahabat di Sabah,  sekarang dah mula mengeluarkan anak pokok yang comel. Inilah kali pertama bela orkid. Harap-harapnya dapat hidup dengan baik.




Sekarang ni tengah merajinkan diri tengok youtube, penjagaan pokok orkid dan cara nak repot pokok orkid. Pokok orkid ni kalau dia tak nak berbunga, kena tengok juga akar dia. Mungkin ada akar yang dah rosak. Kalau akar dia dah melimpah2 macam nak terkeluar dari pasu, tu tandanya kena tukar pasu. 

Pokok English Ivy ni pula, tengah belajar macammana nak jaga dia. Setakat ni kalau ada daun yang kering-kering tu, aku cantas dan buang je. Kalau dah rimbun sikit baru nak try biakkan dia. Aku suka pokok ni sebab corak dan bentuk daun dia tu.

Sunday, 5 July 2026

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum..

Hari ni, Ahad. Macam2 nak buat, terpaksa bahagi-bahagi tugas dengan en suami. Kalau ikutkan hari ni Aqlan ada tuisyen BI tapi teacher dia cancel last minute. Aqil pula balik asrama hari ni. Dah beli tiket bas dari TBS ke sekolah dia. Jumaat lepas, sekolah Aqil ada report card day, so untuk pertama kalinya kami laki bini ke sekolah Aqil, tahun lepas memang tak dapat la nak datang sebab masih di Sabah. Jadi, tahun ni kami cuba untuk datang, boleh jumpa cikgu2 dia dan minta nasihat subjek mana yang perlu diperbaiki lagi. Result Aqil, setakat ni alhamdulillah ok, cuma dia perlu baiki subjek BM dan Sains. BM dah tau dah kenapa, Aqil ni kena banyak lagi minta dia lebih rajin baca buku cerita atau apa2 bahan bacaan. Dia kurang kat situ. Sains pula, kali ni dia careless. 

Lepas hantar Aqil kat TBS, en suami ke sekolah Adam pula, dia outing hari ni. So, en suami bawa Adam makan dan beli barang keperluan sikit. Aqlan pula, pukul 3 pm ada ujian saringan USIM-Quest, kena jawab secara online tapi dalam masa yang sama kena masuk zoom meeting juga, wajib buka kamera supaya pengawas boleh nampak tingkah laku student sama ada calon dibantu atau jawab sendiri soalan. Ibu bapa, abang dan kakak kena duduk jauh2, biar calon berjuang sendiri..hihi.. 

Arissa pula, kena buat latihan 3 subjek, 2 ms. Lepas dah siap latihan, baru boleh main. Begitulah aktiviti kami hujung minggu, bila ada anak darjah 6 ni, tak tau nak selit kat mana waktu nak balik kg. Mungkin kena tunggu cuti sekolah baru boleh. Kak sulung pula hari ni bawa anak2 arwah Kak Lin mana yg free tu pegi jalan2, main kat waterpark. 

Saturday, 4 July 2026

Buat IC Aqlan

Hari ni Aqlan ada kelas tambahan Tajwid dan Bahasa Arab, lepas ambil dia kat sekolah, terus gerak ke UTC Sentul untuk buat IC dia, kemain jauh kan kami pergi. Ye la kalau buat kat JPN Kajang, Isnin hingga Jumaat je dia buka, malas nak cutikan dia semata-mata nak buat IC, dah la minggu lepas 3 hari dia tak pegi sekolah, MC sebab lelah. Sampai  UTC Sentul dah pukul 1pm, mujur tak lama sangat kalau berurusan kat sini. Dulu masa Adam dan Aqil pun, buat kat UTC juga, tapi UTC Sabah, Kota Kinabalu. Sementara tunggu IC siap, aku bawa Aqlan makan dulu, sebab dia dah lapar. Aku pula tak nak makan lagi sebab risau balik kang drive ngantuk pula kalau makan kenyang2 ni. Last2 bungkus je, sekali dgn makanan Aqil dan Arissa. En suami pula katanya diet tak nak makan.. hehe..yelah tu. Tapaw nasi kerabu dan nasi dagang.. lama tak makan. 

Masa tengah makan, cek qr yang diorg bagi untuk semak sama ada kad dah siap ke belum, mulanya masa kat kaunter pegawai tu cakap, kad akan siap dalam masa 24 jam, esok datang la semula untuk collect. Tapi aku tengok, ramai je mcm dah boleh ambil terus. Mula2 cek, dalam proses. Kali kedua cek, dia tulis, kad sedia diambil. Alhamdulillah, boleh dapat terus. Esok banyak benda nak buat. Tak terkejar nanti. 


Lepas settle ambil IC Aqlan, terus gerak balik rumah. Hantar Aqlan dan makanan ke rumah, aku terus keluar semula nak cari tailor untuk jahit seluar Aqil, sementara orang tu jahit, aku jalan-jalan cuci mata kt kedai Eco yang berhampiran..hmm.. bukan cuci mata, cuci dompet sekali..haha.. tapi beli barang yg memang perlu. okla kan.. tak sampai RM20 pun. Beli selipar tandas, scoop tanah utk gardening, bekas tos sudu garfu, cekak rambut, plastik zip lock dan tisu. Bekas tos sudu garfu yg lama tu dah kuning2, warna asalnya putih.. bekas tu mmg aku tinggalkan kt Kajang je, tak bawa pindah Sabah.. mungkin dia dah dimamah usia kot, tu yg kuning2.. sayang.. 

Sekian untuk laporan hari ini, semoga aku rajin menulis lagi. hihi

Saturday, 27 June 2026

Cerita Kakak

Anak saudara ada call, anak sulung arwah Kak Lin, kitorang panggil dia Kakak. Kakak call cakap result sem 2 utk tamhidi dah keluar. Alhamdulillah dia dpt 4.0 flat. Cumulative points utk 2 sem tu dia dpt 3.87. Lepas utk dia dapat interview ke course medic dan dental. Moga-moga semuanya dipermudahkan dan kakak berjaya dpt belajar dental mcm arwah umminya. 

Beberapa hari sebelum pegi haji hari tu, kakak ada call aku, nangis2 sebab dia terlalu sedih bila teringat akan umminya. Minggu aku pegi haji tu merupakan hari dia menduduki exam akhir sem 2. Di kala kwn2nya call ibu masing2 minta doakan kemudahan dan kejayaan dalam menjawab exam, dia call aku sambil menangis2, lama.. dia cakap, kakak sedih, kakak serabut, kwn2 kakak semua dh byk study, tapi kakak belum start lagi, kakak tolong abi isi borang online Ali utk masuk darjah 1 tahun dpn. Nak isi borang tu bukan sekejap, amik masa lama, kena isi butir2 bapa, ibu.. semua tu.. kakak sedih sebab bila tang kena isi bhgn ibu tu dia lagi sebak sebab dh xde kenapa perlu nk isi lagi. Aku pun sedih dan cuba sedaya upaya utk tenangkan dia. Walaupun aku ni sbnrnya pun tak kuat sgt. 

Aku pun bagitau dia, "Kakak, Allah sayang kakak, Allah uji kakak dengan kehilangan ummi seawal usia 19 tahun, sebab Allah nak kakak kuat dan bergantung hanya pada Allah". Sebenarnya kata-kata itu pun ditujukan untuk aku juga, sebab aku juga hilang tempat aku mengadu dan bercerita. Sebenarnya Allah nak kita mengadu hanya kepadaNya. 

26/6/26 merupakan hari ulangtahun kelahiran arwah Kak Lin, sempena hari tu, abg ngah sekeluarga buat satu majlis tahlil dan sambutan birthday Ateh dan Ali sekali. Family kami belah pahang semua datang berkumpul di rumah mereka, kecuali family Nasrun ja sebab isterinya tengah sarat mengandung. Jadi, malam tu kami berborak2 cerita sedih, kdg cerita kelakar, kdg cerita inspirasi..mcm2 cerita yg diborakkan sampai pukul 4.oo pagi.. lepas tu dh kena paksa tidur sebab nak bangun subuh pulak nanti. sekejap jela tidurnya. 

Lepas subuh, aku bantai tidur sampai pukul 8.00 ke 9.00 pg camtu, org lain semua sarapan. Lepas sarapan terus diorang nak gerak balik dh. Mak, abah, Jannah nak gerak ke rumah nenek pula. Family Izzat pula terus balik Pahang sebab dia ada kerja yang nak disettlekan. Tapi sebelum tu, kami nak ziarah kubur arwah Kak Lin. 

Sampai je kat kubur, aku tengok dah makin bertambah jumlah kubur, last aku lawat kubur Kak Lin sebelum pi haji ada 1-2 row baru, skg dah 6 row. 


Aku dan Jannah, last meninggalkan kubur.. nangis2 dulu.


Thursday, 25 June 2026

Aqlan Tak Sihat

 Assalamualaikum 

Semalam, aqlan demam, batuk, hidung tersumbat dan asma, bawa dia pegi klinik sekalinya doc refer ke hosp sebab oksigen dia rendah 91-92%. Dia juga mengadu susah nk bernafas. Terus bawa dia ke hospital yang paling dekat dgn rumah. Admit hosp, malam en suami jaga, siang aku pula jaga selepas hantar Arissa ke sekolah.

Masa ambil neb kat klinik 
 
Masa kat emergency room kt Columbia Hospital, tengah tunggu nak ambil darah dan ambil neb lagi. Lepas dah ambil neb, oksigen dia baru naik 95%


Masa dah admit, ambil neb lagi, setiap 6 jam kena ambil.

Antara keempat2 anak, Aqlan la yang agak teruk kalau kena asma. Dia kalau bgtau tak boleh bernafas tu, memang kena cepat2 bertindak. Belah en suami yang ada asma, belah aku alhamdulillah tiada. Dapat MC 3 hari. Jadi, berehat la ye Aqlan. 

Monday, 22 June 2026

Kembali semula ke Tanah Air

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sudah kembali ke tanah air pada 19/6 yang lalu. Lama naw nak betulkan balik rutin. Nak update blog, asik tergendala je. Pagi2 je mesti mengantuk, kalau boleh tak nak la mengantuk pagi-pagi. Tapi kan, itulah mata ni lepas hantar anak pi sekolah, automatik je layu..kadang tu, risau microsleep tgh2 drive, sanggup park tepi jalan yang ada org park kereta utk tidur sekejap. Bila mata dah ok sikit baru gerak balik.

Hari balik hari tu, hari Jumaat, sampai rumah sebelum solat Jumaat. Abang ipar, ibu dan ayah mertua yang jemput di airport. Letak je beg, yg lelaki terus bergegas ke masjid untuk solat Jumaat. Petang tu kakak sulung aku datang dgn Tasnim. Aufa tak ikut. Masa nak jemput diorang kat kereta, tengok2 sekali pokok ros. Ada 1 pokok ros mati. Id Candy Avalance. Pokok-pokok yang lain alhamdulillah survive. Ada satu pokok tu, tengah berbunga lebat masa cuti sekolah, aku minta Aqil sent gambar, tengok2 dah kering bunganya, hari tu dah pesan kat Aqil minta dia cantaskan bunga yang dah kering tapi tak dibuatnya. Segan pula nk minta tolong ayah mertua buatkan, dia dah siram2 pokok tu pun dah kira ok. 

Pokok mati tu xpe, boleh beli yg baru..haha..kalau tak, xde alasan nak beli pokok baru. Kali ni aku beli pokok kat nursery yg dekat dgn rumah je..pokok ros yang xde Id,  bunga warna kuning, cantik..cuma bau dia tak kuat sangat,hampir xde bau. Selain tu, beli juga pokok English ivy, pokok danish rose dan pokok pothos. Danish rose ni, kecik2 je pokoknya. Nak ambil cabaran try bela pokok ni. Dulu pernah beli pokok ros cameron, tapi tak boleh survive. Kali ni tak tau la mcmmana nasibnya.

Baru2 ni, kucing liar area rumah aku ni suka sangat datang berak kat tanah celah2 pasu. Padahal dah letak alas cucuk2 yg beli kt Daiso tu, tapi tak berkesan. Sebab tu kena cari lagi pokok lagi yang boleh tutup, mungkin tak cukup tertutup lagi kot kawasan tanah tu. Selain tu, aku beli juga la scoop tahi kucing, walaupun tak bela kucing, mcm kena beli juga. Mujur la RM1.50 je beli kat DIY. 

Ingat nak beli 1 pokok je untuk gantikan pokok ros yang mati, tapi ramai pulak yg mengikut..Hahah


Unik kan bentuk bunga ni, suka jenis yg pelik2 mcm ni, walaupun xde bau..xpelah..

Sunday, 10 May 2026

Terima Kasih Ya Allah atas Jemputan ini

 Sambungan yg semalam. Ngantuk sgt mlm td. Pagi ni sambung balik. En suami kata, kita jumpa kat Klinik MZ terus lah lepas maghrib. So, mlm tu terpaksa tinggalkan Aqlan dan Arissa study sendiri utk exam esoknya. Tawakkal jela.. Aku pun bergegas ke Klinik MZ. Alhamdulillah semuanya selesai. Surat tawaran haji dah keluar. Klinik boleh key in result terus ke link TH tu, vaksin aku pun dah amik, my sejahtera dah update. Cuma bacaan kolestrol kitorang tinggi sikit dr aras normal. Tapi lepas utk pegi haji. Skg ni makan kena berpada-padalah. Umur pun dah 40lebih. Mungkin faktor tu juga kot. 

Berbaki beberapa hari je lagi sebelum tarikh berangkat. Sebenarnya aku plan hujung tahun ni baru nak join Kursus Asas Haji kt masjid berdekatan rumah. Dari tahun lepas lagi aku dh tgk2 youtube pasal kursus haji, baca buku travelog haji oleh Prof Kamil. Baca blog catatan haji. Cuma mmg tak sangka secepat ini Allah menjemput kami. Ya Allah terharu sangat. Semoga kami benar2 bersedia mental, fizikal dan hati untuk menyahut seruan haji. 

Jumaat lepas, aku dah en suami settlekan document. Install aps Saudi Visa Bio&MyNIISe. Saudi Visa Bio tu mencabar kesabaran untuk membuatnya. Kena scan jari, ibu jari kiri, 4 jari selebihnya. Pastu ibu jari kanan pula & 4 jari kanan yg selebihnya. En suami buat sekejap je. Part aku, lama naw nk settle sebab mungkin kulit jari perempuan kan nipis, selalu guna sabun2 tu yg dia lama nk scan. Dah scan, dia suruh ulang lagi.. ulang lagi.. mmg byk kali la buat tak lepas2. Lps tu, tangkap gambar visa haji, then bergegas ke Menara TH di KL untuk serahkan passport dan document tersebut. Sepanjang hari Jumaat tu hujan je, econ dlm pej TH tu rasa sejuk betul. Badan aku pulak mcm dedar2 sebab smlm tu baru lps cucuk vaksin. Dah mcm baby pulak..asal cucuk je demam..haha. Kaunter TH tutup pukul 12.15pm. Nombor kami belum dipanggil lagi, so nombor kami akan dipanggil slps solat jumaat. 

En suami solat jumaat di Menara TH je then sambung menunggu nombor giliran. Dalam pukul 2.40pm mcmtu baru settle. Terus gerak ke Menara Selborn untuk ambil brg haji dari TH Travel dan sedikit briefing mengenai perjalanan haji nanti. Dapat luggage beg, saiz besar dan saiz hand luggage, sling beg, kain ihram, telekung mini, tudung tuala, al quran tafsir, payung dan buku doa2. Nanti waktu daftar masuk baru dia bagi tudung, t shirt utk lelaki, begpack dan apa ntah lagi. 

Settle semua tu terus bergegas ke sekolah Aqlan dan Arissa.. minta maaf la anak2 lambat ambil hari ni.. sampai sekolah diorg dh pukul 5.30pm.. Arissa ckp igtkan ibu tertidur sampai terlupa nk amik diorg. Haha.. 

Kesimpulannya kan. Walaupun kita dah rancang nak buat itu ini. Tapi rupanya Allah ada perancangan yg lebih baik lagi. Semalamnya ms en suami nk gerak ke airport dia tanya, kalau dpt panggilan haji ni nak pegi ke tak? Aku cakap, kalau dpt tawaran haji, kita pegi lah haji. Nak travel pun sbnrnya rasa serba salah sebab tak settlekan haji lagi. At least kalau dah settle haji, nk travel tu xla rasa bersalah sangat. Peluang dtg sekali sahaja ni, akan dtg kita tak tau macammana. Kesihatan kita pun kita tak dpt jangka. Mak aku cakap, xpe lah jgn risau. Allah akan ganti yg lebih baik lagi. 

Dulu2 aku selalu doa supaya dpt tunaikan haji sblm umur 40tahun. Tapi sampai umur 40tahun, masih belum dpt lg panggilan haji. Lpstu aku tukar doa supaya Allah beri peluang untuk aku tunaikan haji pada tahun yg terbaik buat aku. Alhamdulillah.. Allah dah perkenankan pd tahun ini dengan pelbagai ujian sblmnya. Aku tau ini merupakan ujian buat aku dan suami sblm kami benar2 melalui fasa2 dalam pelaksanaan kerja haji nanti. Semoga Allah permudahkan jalan ini, kurniakan kpd kami kesabaran, kesihatan yg baik sepanjang berada di sana, dpt melakukan ibadah dgn sebaik-baiknya di sana, semoga kami dpt menjadi tetamuNya yang teristimewa dan Ya Allah semoga Engkau terimalah ibadah kami dan semoga kami mendapat haji yg mabrur. Aminn. 

Manusia merancang, Allah juga merancang

 Assalamualaikum…

Khamis lepas sebenarnya en suami ada business trip ke Tukmenistan, flight direct dr KLIA ke Tukmen menaiki Tukmen Airlines. Baliknya dia naik Emirates transit di Istanbul. Disebabkan transit di Istanbul, en suami berhasrat nak bawa aku jalan-jalan di Istanbul dan lajak sikit ke Cappadocia. Kiranya selepas habis kerja dia di Tukmen, aku fly dr KLIA ke Istanbul, then kami jumpa di Istanbul. Tiket flight, hotel dan ground travel agent di Cappadocia semua dah booking. Nak dijadikan cerita, Rabu sehari sebelum berlepas, kwn en suami ada forward nombor seorang pegawai Tabung Haji ni. Dia ckp kalau nak buat rayuan haji try la contact dia. Sambil2 meeting En suami pun try la wassap dia, bgtau yg kami suami isteri dah buat rayuan 2 kali tapi tahun ni tak dapat, boleh tak kalau dia masukkan nama kami untuk tahun depan. 

Tak lama lps tu, pegawai tu terus call semula en suami katanya ada 2 tempat kosong ni, urgent. Bakal haji tu tak fit utk teruskan haji. Rupanya dia eksiden, agak teruk juga keadaannya. Jadi, diorang tolak tawaran. Pegawai TH tu tanya en suami kalau encik dah bersedia kewangan dan menepati syarat2 yang ditetapkan, boleh dia forwardkan nama dan butir2 diri kami suami isteri untuk isi kekosongan itu. MasyaAllah.. sungguh tak terduga dengan jemputan ini. Aku doakan semoga org tadi diberi kesembuhan dan beliau dapat mengerjakan haji pada tahun depan. Syarat2 yg dimaksudkan ialah mestilah sudah mendaftar haji, dia tengok juga tahun berapa daftar, kalau baru sangat daftar xboleh juga, mesti dah pernah apply rayuan haji melalui THijari dan mestilah bersedia dengan kewangan yg mencukupi. 

Malam rabu tu, kami tunggu juga ada feedback samaada betul2 ke kami boleh dapat atau tidak, sebab surat tawaran belum keluar lagi. Haji tu pesan, esok buat dulu medical check up. Sementara nak tunggu result medical check up tu, mungkin surat tawaran sudah keluar. Dalam masa yg sama sebenarnya trip tu hampir2 cancel sebab ada prob apa ntah kat sana. En suami dh sedih memikirkan byk cost yg akan burn sekiranya trip dia tu xjadi. Yela, kami dah booking mcm2 kot. Dah plan itu ini. En suami bgtau la org kat Tukmen tu skg ni tiba2 dpt panggilan dr Tabung Haji. Kalau betul2 dapat baru dia tak pegi trip tu. Kalau xdapat, dia teruskan je la. 

Jadinya, pagi khamis tu kami pergila buat medical check up. Mulanya kami nk buat kat Klinik S ni tapi doktor kat situ cakap, kami tak boleh proceed sekiranya tiada surat tawaran haji. Ok, xpe.. Pegawai TH tu ada ckp, mmg ada klinik xboleh buat, tapi ada juga klinik yg boleh buat. Bergantung kpd budi bicara msg2. Last2 kami buat kat Klinik MZ, doktor situ kata boleh. Lepas settle medical up, kami sarapan kt kedai makan yg berhampiran. Then, pegi sekolah Adam kejap hantar baju melayu sekolah dia, bertuah punya bdk, esok nak pakai, boleh dia tinggal baju kt rumah. Lps tu kitorang pun balik rumah utk kemas2 baju en suami nk pegi trip tu. Flight dia pukul 7.15 tapi by pukul 3 dah kena gerak ke airport. Tengah kalut2 kemas kain baju, klinik tadi call cakap result medical check up dh keluar. Tapi kitorang xsempat nk pegi petang, bgtau result tu ambil esok je. 

Lebih kurang pukul 6.30ptg, masa tu en suami tengah santai2 di lounge KLIA nak tunggu boarding je tiba2 dpt panggilan dr pegawai TH, katanya surat tawaran dah keluar. Apalagi, kelam kabut la pakcik tu call sana sini, cancelkan trip dia. Alhamdulillah. Bersyukur sgt sebab bos dia sgt memahami dan benarkan dia untuk menerima panggilan haji. Luggage dia dah masuk perut kapal dan terpaksa ambil balik. Mujur semuanya lancar. Panjang pulak cerita hari ni. Sambungannya nanti aku cerita eh. 

Monday, 4 May 2026

Anak-anak Exam Minggu ni

Assalamualaikum

Selamat Hari Isnin semua..Minggu ni 3 anak exam. Adam dah mula dari minggu lepas lagi. Aqlan dan Arissa pula hari ni baru mula. Semoga mereka dapat jawab soalan dengan betul, tepat dan tenang. Aminn. Aqil dah selamat dah minggu lepas dah settle exam. Sekolah dia tukar plan, exam dulu baru sukan. Sekolah Adam pula sukan dulu baru exam. Risau betul la dgn Adam ni. Dah la minggu lepas dia busy dgn taekwando. Tak tau la sempat ke dia study tu. Hujung minggu baru ni, mengadap dia la nak pastikan dia study, kalau tak, dia main game atau tidur. Kitorang mmg dah simpan phone dia. Tapi rupanya Jumaat mlm tu dia ada kelas tambahan Bahasa Arab, dah terlepas pulak. Info tu share dari kwn2 sekelas dia. Bukan dari group parent. Cara kita dulu tak sama macam budak sekarang, phone hari ni dah macam satu keperluan. Cumanya, memang kita kena pantau. Kalau guna untuk kebaikan, kebaikanlah yg dapat. Begitu juga sebaliknya. 

Aqlan, at least dia ada join tuisyen. Jadi kurang sikit risaunya. Arissa pula ikut mood dia, kdg ok.. kdg tak ok. Bila suruh buat latihan dlm buku, ada je alasan nak mengelak.. mcm2 kan. Malam tadi tanya dia, ada tak topik yg Arissa rasa susah nak faham? Bila dia bagitau topik pecahan tak wajar, aku pun ajar dia. Bila dia dh faham baru dia seronok nak jawab soalan. Itulah, kdg2 aku terlepas pandang perkara ni. Sebenarnya yang dia tak nak buat soalan tu bila dia tak faham dan dia rasa susah nak jawab. Aku cakap kat dia, nanti Arissa join la tuisyen mcm Aqlan. Sebelum ni pernah juga tanya dia, dia cakap tak nak. Tapi tengokla result dia exam ni, kalau tak berapa ok, kena juga tuisyenkan dia. Kalau tak...tuisyen dengan ibu jelah, bukan ibu tak boleh ajar, cuma ibu nak jaga emosi ibu dan emosi Arissa.. hehe.. Budak2 ni kalau aku cakap, kalau tak nak belajar dgn ibu, belajar dengan ayahlah.. Semua lari..tak nakk.. sebab diorang tau guru besar rumah ni lagi garang.. hahaha.. nasib la nak..




Sunday, 3 May 2026

Pokok Ros pun Stress, ingat manusia dan kucing je..

 Lebih kurang dua minggu lepas, aku kan ada cerita yang aku ada tanam pokok ros. Silap aku mungkin sebab dah lama tak menanam, jadinya terlupa step yang betul. Sebenarnya sebelum ni pun pernah jadi tapi cuma tak ingat kejadian tu. Selepas beberapa hari tukar pokok ros dari polibag ke dalam pasu, daun-daun pokok mulai kekuningan. Yang aku ingat pokok pertama hingga ke lima kot aku terlebih letak baja. Yang pokok-pokok kemudiannya tu aku dah kurangkan kuantitinya. Ada 1-2 pokok je yang ok daunnya, masih hijau. Yang lain semua tak ok. Last2 aku buangkan hampir kesemua daun pokok ros. Togel je la dia. Alhamdulillah sekarang kat tempat daun yang telah dibuang tu, macam dah kelihatan tunas-tunas baru nak keluar. Syukur sangat. Setelah tanya chatgpt dan baca-baca balik tips menanam ros ni, rupanya pokok ros ni tengah stress sebab baru tukar pasu. Sepatutnya tak perlu letak baja byk2 sangat. Baja tu akan menyebabkan akar pokok terkejut. 

Sepatutnya lepas beli tu, letakkan di tempat redup, elakkan matahari terus, tapi ada pengudaraan..biarkan 1-3 hari untuk beri masa pokok ros adapt dengan tempat baru. Lepas tu baru tukar pasu. Letak tempat redup, elakkan matahari terus dan ada pengudaraan tu dah betul, cuma.. tak bg masa untuk dia adapt di tempat baru itu mmg kesilapan aku.. dan yg paling silap besar ialah terlebih letak baja..huhuhu.. Pengajaran betul. 

Mana tak cemas bila tengok daun pokok mulai kekuningan kan..pasu ni sebenarnya aku dah letak kat luar, ni bawa masuk balik sebab nak bagi dia rehat sini dulu. Kang nanti letak luar balik. 

Sebenarnya bagi penanam pokok kan.. kalau tengok tunas baru keluar pun dah rasa seronok. Belum lagi bila pokok ni belanja bunga.. Kat luar tu ada pokok yg survive,olog namanya dah keluarkan 2 kudup bunga.. lupa pulak nk snap.. tak sabarnya nak tunggu..heheh..


Sunday, 26 April 2026

Aktiviti Hujung Minggu

 Sabtu 25 April 2026

Hari ni sebenarnya ada mesyuarat PIBG sekolah Aqlan dan Arissa, mulanya memang nak pergi, tapi husband sakit kaki, kena gout pula.. Last2 kitorang tak jadi pergi.. Sepanjang hari memerap je la kat rumah. Minggu ni Adam tak balik. Sepanjang Ramadhan dan Syawal yang lalu, setiap minggu dia balik bermalam. Untungla. Dapat join open house rumah saudara-mara dan kawan-kawan. 

Ahad 26 April 2026

Hari ni pula kami melawat dan bawa Aqil outing. Walaupun minggu depan dah nak balik, tapi sebab minggu lepas kami tak datang melawat, jadi kami mengambil keputusan untuk melawat dia juga. At least boleh la belikan barang2 keperluan dia di asrama, tak lah dia bawa berat-berat bila dia pulang semula ke asrama next week nanti. Aqil selalunya kami hantar dia naik bas kat TBS je. Bas tu pula sekolah dah sediakan, jadi..mudahla sikit bagi kami, tak perlu nak hantar dia ke Bentong. Selepas Aqlan habis tuisyen, terus hantar dia dan Arissa ke rumah masi dia. Sepupu dia dah seronok2 dah nak jumpa diorang. Jadi, saya dengan husband berdua jelah yg akan datang melawat Aqil. Adam pula minggu ni dia ada tournament taekwando kat Putrajaya.  

Makan tengahari kat Lemang Tokki..ramai betul orang, geng-geng rider memang suka datang sini.
Lepas lunch dan solat, minum2 petang dan lepak sini sekejap
Share-share je kalori
Sebelum balik selpie dulu..Next week tinggal 1 paper je Aqil, paper muzik. 
Takde rezeki untuk dapat pingat bagi Adam.. kawan dia ada yang dapat. Adam dah lama sangat tinggalkan taekwando, last masa darjah 5..bila pindah Sabah dah tak join.. pindah semenanjung baru sambung semula.. xpe, ambil pengalaman dulu.

Last sekali sampai rumah masi nk dekat isyak.. sblm tu byk juga tempat persinggahan..Tom yang bambam..Arissa masih lagi takut nak pegang kucing..

Thursday, 23 April 2026

Menanam ros semula

Sebelum berpindah ke Sabah tahun 2022 yang lalu, kesemua koleksi pokok ros dan pokok bunga berpasu, saya hantar ke rumah kakak sulung iaitu Kak Yan di PJ, siap order lalamove untuk angkut pokok-pokok tersebut. Banyak dan pasu berat pulak tu.

Sekarang ni dah pindah semula ke semenanjung, jadinya planter tepi rumah tu dah tak terjaga, kucing liar suka berak kat situ. Kat area luar pagar depan pula, ayah mertua dah tanam pokok kelapa pandan dan serai. Tapi serai tu, mula saya ingatkan lalang, dok bising2 kat husband kenapalah pekerja pemotong rumput tu tak potong sekali lalang tepi pokok kelapa tu. Last-last saya potong dan clearkan sendiri lalang tu, sekali tengok lahhh rupanya serai. Tapi dah tak berapa sihat..banyak yg dah kering-kering, dalam rumpun dia ada banyak siput babi. Saya terus bungkus siput tu masuk dalam plastik sampah. Minta maaf ye siput, saya terpaksa buang awak sebab takut awak rosakkan pokok lain yang bakal ditanam pula.

Jadinya beberapa hari sebelum beli pokok ros baru, duk scroll2 tiktok, youtube, ig dll semata-mata nak tengok pokok ros org lain. Macammana diorang boleh jaga dengan sangat baik, merimbum daunnya dengan bunganya lagi yang sangat cantik dan banyak. Teringin juga nak tanam semula ros berId ni. Kebetulan pula, kawan setaman kat sini, Kak Eiza upload gambar pokok ros yang anak bujang dia tanam, dia tukang siram je katanya. Anak dia sekarang tgh sambung degree, cuti hujung minggu je balik. So, anak dia selalu minta mak dia update perkembangan bunga2 ros tu. Dah keluar bunga ke belum. Hehe. Macam tu la pencinta pokok ros, kalau boleh hari2 nak belek2 bunga bunga, setiap jam nak tangkap gambar bunga. Bunga ros ni ada fasa2 berkembang dia. Kalau awal pagi bentuknya cuppy2, bila dah tengahari sikit dia dah kembang semangkuk..kang nanti esoknya dah gugur pula.. Tengok juga ros jenis yg mana, kadang ada yang tahan lama.. kadang ada yang cepat je luruh. 

Saya plan nak pegi sendiri kat Taman Serungkai Mawar, Sendayan untuk beli pokok ros. Boleh pilih2 sendiri nak yang mana. Tapi sebelum tu, singgah dulu rumah Kak Eiza nak melawat garden dia. Saya ni memang suka sangat tengok garden, rasa tenang je. 

Bestnya ada halaman rumah yang boleh bercucuk tanam.


Koleksi keladi yang ada di rumah Kak Eiza.






Rose id Princess Sakura, cantik la bunga ni. Ingat nak beli id ni, tapi dah terlebih list pulak. Ingat nak beli 6 free 1 pokok. Jadi hanya 7 pokok rose je yg boleh dibeli buat masa ini.

Koleksi pokok ros yang ada kat rumah Kak Eiza. 

Lepas melawat garden Kak Eiza, saya terus bergerak ke Sendayan untuk beli pokok ros kat sana. Sebelum ni pernah beli di Bandar Baru Salak Tinggi, tapi nombor contact dia saya dah takde. Masa pindah ke Sabah tu terus left group2 yang tak berkenaan. Termasukla group ros Qistina Garden. 
Di luar Taman Serungkai Mawar, terdapat pokok yang sangat cantiknya bunganya. Nama pokok ni Sandpaper vine purple. Lawa kan. 

Saya plan nak beli 6 pokok ros, free 1 pokok + 7 pasu + 6 paket free 1 tanah khas ros dan baja zety rose 3 paket free 1 paket sekiranya jumlah pembelian ni lebih dari RM500. So, saya nak fokus dulu jaga pokok ni, kalau dah rimbun dan menjadi, baru plan nak try beli ros tree pulak. Kalau ros tree ni pokok dia tinggi lagi. Kena tanam dalam pasu seramik atau tanah liat yang lebih besar, baru dia stabil. Saya tak boleh nak beli banyak-banyak sebab kekangan ruang. 

Hasil tangkapan dari Taman Serungkai Mawar. Park sini dulu, esoknya baru tanam. 

Antara id yang saya dah beli ialah:

1) London Eye

  2) olog - menurut seller tu, id ni suka berbunga banyak2 tapi dia tak suka hard prunning, nanti dia merajuk. So, kalau dia nak berbunga tu, biarkan dia berbunga.


3) Strawberry moon

4) Anne Sophie Pic

5) Madamoiselle Meiland

6) Cyrano de bergarac

7) Candy Avalance


Hasilnya selepas dipindahkan ke dalam pasu. Harap-harap mereka hidup dengan subur dan rajin berbunga ya. Pokok kelapa pandan tu dah besar dah dalam 4 tahun la kot umurnya kira sepanjang saya berada di Sabah. Next time, saya akan update lagi pasal ros ni bila dah berbunga. Banyak juga entri yang tertangguh. Saya nak juga cerita pasal pokok indoor yang saya dah beli. Tunggu nanti ye. 

Pengalaman Haji: Arafah

  Group kami bertolak ke Arafah ialah pada 8 Zulhijjah 1447 pada waktu malam selepas solat maghrib dan isyak secara jamak tamam. Sebelum ber...