Friday, 22 January 2016

LOMBOK: Day 7 setelah terkandas flight cancel

Walaupun pahit untuk ditelan terpaksa redah juga.. mungkin Allah takdirkan kitorang untuk menjelajah Lombok lagi.. huhu.. kat airport semalam pun ada jumpa beberapa org yang mengalami nasib yg sama.. ada yg ke Bali naik boat pastu naik flight ke KL. Airport Bali kejap bukak kejap tutup.. tak tentu.. nasib2 je la..


Ok start hari ni dgn breakfast kat hotel. Spt biasa aku amik roti sapu butter dan jam strawberi.. mcm buat sendiri je jem ni.. dan amik nasi goreng+ayam bakar.. bdk2 ni kalau xhabis, aku jugak yg menghabiskan mknn diorg.. sayang tul.. kdg2 tu mula2 ckp nk mkn nasi goreng dah amik, tiba2 tak nak pulak.. nak mi goreng la.. kat sini first time aku jumpa pisang yang kulit warna hijau tp dlmnya masak. Manis juga. Nama pisang ni pisang lumut.

Welcoming drinks, hari ni baru claim.. smlm dah mlm mls nak turun cafe..

Selesai breakfast, kitorang plan untuk jalan2 lagi di Lombok.. kitorang ke Pantai Selong Belanak, Pantai Mawun. Perjalanan ke pantai2 ni boleh tahan lama juga.. mcm lebih dari 2 jam je.. macam arah ke Kuta Lombok dan Kg Sade.. tp tak singgah la.. sebab hari tu dah pegi kan.. pantai Mawun mmg cantik la..


Pantai Selong Belanak pulak tempat yg paling sesuai utk surfing. Majoritinya mat saleh la dtg ni. Gerai2 di sepanjang pantai Selong Belanak ni kebanyakannya jual air kelapa dan jagung bakar.. anjing banyak giler kat sini. Menakutkan.. kat gili xde seekor anjing pun yang kelihatan.

Ingat free duk bersantai kat kerusi tu rupanya kene bayar 1 jam RP 20 000.. duk atas pasir je le wei..

Adam dan aqil dari pegang2 pasir, akhirnya terjebak juga main pasir dan air laut.. dah la xbawa baju spare.. basah lencun la baju diorang..



Ni pemandangan pagi tadi.. singgah tepi jalan, snap2 gambar sket..

Sempat singgah Villa hantu ni.. xde pape pun kat sini.. just tgk pemandangan je kat gmbr atas tu je..

Kesimpulannya, keindahan pantai dan laut yg membiru tidak dpt dinafikan lagi.. memang terbaekla Lombok ni..

Thursday, 21 January 2016

Lombok: Day 6

4 Nov 2015 (Rabu)
Hari terakhir bercuti di sini.. disebabkan flight kami pukul 7.30 mlm, jadinya kami bercadang untuk berjalan-jalan lagi hari ni sampai tengahari pastu balik hotel, mandi petang baru check out then ke airport.. kononnya nak selesa2lah.

So, breakfast aku pilih pakej Go West Breakfast.. seperti biasa bagi aku roti pun dah cukup untuk perut aku.. jrg sgt aku mkn berat2.. lepas breakfast, pak supir kami Yasir, bawa kami ke Pusuk.. Pusuk ni merupakan tempat monyet yang jinak di tepi jalan.



Sempat lagi monyet ni cari kutu member..

Biasanya pengunjung akan memberi makanan dan bergambar bersama monyet2 ni. Makanan seperti pisang dan buah-buahan lain biasanya ada di jual di tepi jalan sebelum tiba di kawasan monyet2 ni.. pada pandangan aku, monyet di sini amat jinak berbanding di Bali masa aku honeymoon dulu.. di Bali monyetnya agak agresif sikit. Di sini monyet tak akan rampas makanan yang kita pegang melainkan kalau dia mmg dah nmpk.. sebab tulah Yasir suruh letak pisang dalam plastik hitam pastu balut dgn kain atau baju supaya makanan yang dibawa tidak kelihatan. Aku dgn aqlan tak berani pulak nak hulur pisang kat monyet tu.. aqil pun takut juga.. dia lontar ke tanah je.. Adam ada gak hulur dan monyet tu amik dr tangan dia.. Selesai memberi makanan dan bergambar di situ kami meneruskan perjalanan untuk mencari cenderamata untuk ipar2 dan anak buah yang masih tak cukup lagi. Yasir bawa kami ke Toko Arif. Kat situ banyak baju yang jual secara borong. Aku tengok ramai juga penjual yang dtg memborong kat kedai tu. Kitorang memborong juga..hehe harganya boleh tahan la sehelai boleh dapat kurang dari RP 50 000, tengok saiz.


Selepas puas memborong, kitorang balik semula ke hotel. On the way balik tu, singgah beli mie ayam yang sedap bak kata Yasir.. beli 2 bungkus.. murah.. kira RM3.00 je kalau ikut rate Malaysia. Okla kn..

Sampai hotel, terus order lunch dari cafe hotel.. sepatutnya bilik kami complementary dgn dinner.. tp hari yg first tu kitorang xamik dinner sbb balik hotel time tu kan blackout pastu camne plak nk gi cafe gelap2 dgn bdk2 nk menapak naik tanggaa bagai.. husband aku deal dgn manager utk tukarkan dinner tu dgn lunch hari last.. manager tu kata ok.. so kitorang order spagetti utk bebudak.. aku dgn husband mkn mie ayam.. mmg sedap lor..




Pastu bersiap2 utk check out dan bergerak ke airport.. masa nak check out tu.. husband aku minta kat reception nak welcoming drink bole.. sedap katanya.. rasa mcm rempah2 gitu.. kulit kayu manis.. limau nipis dan serai kot.. aku agak je.. aku ckp la kat reception tu ni good bye drink.. dia pun gelak je..

selepas check out tu Hotel Svarga ni ada bagi beg tangan anyam dari jerami.. katanya oleh-oleh dr Svarga.. cantik banget.. makasih ya..

Then kitorang bergerak ke airport.. perjalanan dr Senggigi ke Airport Lombok makan masa sejam lebih..
Bergambar kengkonon nk balik meninggalkan Lombok, sekalinya kene stay lagik...

sesampainya di airport, sesungguhnya tidak diduga rupa-rupa airport tutup.. semua flight cancel.. tiada satu flight pun dibenarkan landing dan berlepas gara-gara anak gunung rinjani meletus.. huhu.. dugaan tul.. lama giler duk deal dgn staff Air Asia psl tukar flight.. akhirnya dptla tukar tiket flight hari Jumaat ni.. tu pun sbnrnya belum pasti airport dah beroperasi seperti biasa atau belum..

Last2 kitorang amik keputusan untuk cari hotel lain utk stay bbrp hari sblm blk Msia. Cari hotel yg biasa2 je.. kitorang check in kat Sunset House 3 hari 2 malam. Hotel ni betul2 mengadap laut.. dengar bunyi deruan ombak. Wifinya tidak selaju di Vila Ombak dan Svarga..huhu.. harung je la.. toilet dia agak berbau.. bau yg tidak enak.. semacam bau tipikal lombok... uwekk.. malangnya kat area toilet dia xde lubang air.. anak aku ada yg dah tak tahan sgt kencing habis kene lantai dia.. agak tak praktikal xde lubang air di toilet.. terpaksa panggil housekeeping utk settle kan..


Cuma yg bagusnya hotel ni pakai hand shower senang aku nak mandikan budak2.. kat Svarga n Vila Ombak xde hand shower.. payah giler nk mandikan aqlan.. dah meraung2 dia bila mandi shower.. habis basah baju aku.. disebabkan hotel ni sgt dekat dgn pantai, lantainya agak berpasir.. mungkin angin tiup membawa debu2 pasir.. nk pijak pun mcm kt tepi pantai je aku rasa.. dah la xde selipar hotel..

Malam tu aku tak larat sgt dah letak kepala je terus tidur.. penat betul..

Wednesday, 20 January 2016

Lombok: Day 5

Lama giler memeram entri ni.. maafkan daku.. kesibukan melanda + kemalasan.. huhuhu..
3 Nov 2015 (Selasa)
Bangun pagi, solat subuh.. pastu bersarapan di hotel.. lif ke cafe rosak.. so, kene bakar kalori naik tangga.. mmg penat.. tingkat ke-5 ok...

cafe dia bersebelahan dgn swimming pool.. jenis infinity pool..mmg cantek banget sih.. makanan untuk sarapan pagi adalah ala carte.. aku pilih set yang roti2 beserta jem, butter dan omelette.


Yang menariknya jem yg disediakan adalah jem buatan sendiri..mcm yang mak aku selalu buat utk buat biskut jem.. jem nanas..  betulla konsep hotel ni dia mmg mengutamakan kesihatan.. tiada alkohol... tiada pork.. tiada MSG.. hotel ni mmg ada sijil halal.. jadi tidak ragu2 untuk makan di sini.


Lepas sarapan, aku sempat snap2 gambar sekitar hotel ni.. hotel ni mmg aku suka design dia.. modern look.. petak2 gitu. Suasananya pula ala-ala taman tropika.. byk pokok kelapa yang tumbuh di sekitar hotel. moh tengok-tengok gambar..
Infinity swimming pool..





Pukul 9.30 am kami bertolak ke Air Terjun Benang Kelambu. Jauh sungguh perjalanan dari Senggigi ke air terjun ini.. lebih kurang 2 jam juga perjalanannya.. siap tertidur2 lagi..tudung pun dah senget benget..anak tudung dah ke belakang.. rambut dah terkeluar2.. buruk benor nampaknya..haha..aku bangun2 je dah sampai kawasan sawah padi yang hijau mata memandang... mmg tenang sangat..

Nak masuk kwsn air terjun ada 3 pakej.. pakej 1 utk 1 air terjun je.. pakej 2 utk pegi 2 air terjun.. pakej 3 utk yg trakking jln kaki melalui anak sungai dan merentas hutan tp xsure tebal ke tak hutannya dan pegi 2@3 air terjun aku pun xsure sbb tak tgk sgt pakej tu sbb awal2 mmg xpilih kot pakej tu dgn bw bdk2 lagi. Kitorang pilih pakej 2 harganya RP240 000 dan sewa 2 motor RP 100 000. 1 motor besar bawa en husband, Adam dan Aqil. 1 motor lagi perempuan yg bawa aku dan Aqlan serta beg. Mujur ada perempuan yg bawa.. kalau x xtau cmne nak arrange moto..aku dah la lama giler tak bawa motor.. lagi pun jalan nak ke air terjun tu mmg dahsyat.. takut. Naik bukit tinggi.. turun bukit.. dgn jln tak ratanya..diorg ni mmg hebat bw motor dgn keadaan cmtu..

Sampai tempat turun motor..ingat dekat je dh smpai air terjun, rupa-rupanya kene turun tangga yg byk tak terperi.. tak kira plak berapa ratus anak tangga.. ngenge.. sekali pandang je jatuh cinta dgn air terjun ni.. Subhanallah.. mmg cantik sgt.. air terjun ni keluar dari celah-celah batu.. kira air mata air dari batu..bukan dr sungai atas.. air dia MasyaAllah, dingin sangat.. aku dgn Aqlan tak mandi, cam mls nk tukar2 baju.. en suami, Adam dan Aqil je mandi..

Nampak Aqil kesejukan

Lps dah puas menatap air terjun ni.. kami menapak naik tangga balik..huhu..penat yang amat.. bbrp kali berhenti nak amik napas.. hu... semputt..


Naik motor utk ke pintu masuk mula2 tadi.

Kami nak ke tempat air terjun yang kedua pula iaitu Air Terjun Benang Stokel.. dari tempat berhenti motor tadi, jalan kaki je ke air terjun ni.. bakar kalori lagi dgn menapak..hehehe..


Naik tangga lagi..


air terjun ni tak sedingin air terjun Benang Kelambu..tapi cantik juga..


Lepas dah puas melihat keindahan alam ciptaan Tuhan, kami bergerak utk mencari tempat makan tengahari.. dari kedai makan ni nampak sawah padi yg menghijau.. tenang dan damai.. sebelah kiri pulak ada kolam ikan.. mcm ikan tilapia.. mknn yg tak habis dimakan, kami bagi ikan makan, sekurang2nya tidakla membazir mknn tu dan sedekah je la kt ikan2 tu..kasihan aku tengok ternganga2 minta mknn..


Setelah selesai makan, kitorang singgah solat di masjid yang berhampiran. Dan meneruskan perjalanan ke tempat shopping baju pulak.. kedai tu namanya Sasaku.. kualiti bajunya sgt ok dan selesa dipakai.. harga dlm RP 60 000 hingga RP 95 000.. agak mahal tp demi kualitinya dan keselesaan memakainya.. lama giler kat kedai tu.. keluar2 je dah gelap..

On the way nak balik hotel, pak supir bawa kami ke tempat org jual satay yg femes kt sini.. belila 20 cucuk.. mmg sedap..satay daging..cukup rasalah..xpayah cicah kuah satay dah.. mmg xde kuah pun.. pedas sikit sataynya.. harganya RP 2000 secucuk.. dan kami sekali lagi nak beli kuih terang bulan atau apam balik kalau di Malaysia kat tempat semalam beli.. hari ni beli perisa kacang coklat susu.. harga RP 15 000.



Akhirnya setelah penat seharian berjalan, kami pun sampai di hotel.. disebabkan kami booking hotel sekali dgn dinner, makanya kami dinner di hotel saja.. tp malas nak memanjat tangga ke cafe, minta diorang hntr ke bilik..

Pastu tidur.. zzz






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...