Friday, 22 January 2016

LOMBOK: Day 7 setelah terkandas flight cancel

Walaupun pahit untuk ditelan terpaksa redah juga.. mungkin Allah takdirkan kitorang untuk menjelajah Lombok lagi.. huhu.. kat airport semalam pun ada jumpa beberapa org yang mengalami nasib yg sama.. ada yg ke Bali naik boat pastu naik flight ke KL. Airport Bali kejap bukak kejap tutup.. tak tentu.. nasib2 je la..


Ok start hari ni dgn breakfast kat hotel. Spt biasa aku amik roti sapu butter dan jam strawberi.. mcm buat sendiri je jem ni.. dan amik nasi goreng+ayam bakar.. bdk2 ni kalau xhabis, aku jugak yg menghabiskan mknn diorg.. sayang tul.. kdg2 tu mula2 ckp nk mkn nasi goreng dah amik, tiba2 tak nak pulak.. nak mi goreng la.. kat sini first time aku jumpa pisang yang kulit warna hijau tp dlmnya masak. Manis juga. Nama pisang ni pisang lumut.

Welcoming drinks, hari ni baru claim.. smlm dah mlm mls nak turun cafe..

Selesai breakfast, kitorang plan untuk jalan2 lagi di Lombok.. kitorang ke Pantai Selong Belanak, Pantai Mawun. Perjalanan ke pantai2 ni boleh tahan lama juga.. mcm lebih dari 2 jam je.. macam arah ke Kuta Lombok dan Kg Sade.. tp tak singgah la.. sebab hari tu dah pegi kan.. pantai Mawun mmg cantik la..


Pantai Selong Belanak pulak tempat yg paling sesuai utk surfing. Majoritinya mat saleh la dtg ni. Gerai2 di sepanjang pantai Selong Belanak ni kebanyakannya jual air kelapa dan jagung bakar.. anjing banyak giler kat sini. Menakutkan.. kat gili xde seekor anjing pun yang kelihatan.

Ingat free duk bersantai kat kerusi tu rupanya kene bayar 1 jam RP 20 000.. duk atas pasir je le wei..

Adam dan aqil dari pegang2 pasir, akhirnya terjebak juga main pasir dan air laut.. dah la xbawa baju spare.. basah lencun la baju diorang..



Ni pemandangan pagi tadi.. singgah tepi jalan, snap2 gambar sket..

Sempat singgah Villa hantu ni.. xde pape pun kat sini.. just tgk pemandangan je kat gmbr atas tu je..

Kesimpulannya, keindahan pantai dan laut yg membiru tidak dpt dinafikan lagi.. memang terbaekla Lombok ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...