Saturday, 30 March 2013

Bilik Air Tetamu Tingkat Bawah

Sebenarnya bilik air tingkat bawah rumah aku tu bukan sahaja untuk tetamu tetapi juga untuk anak2 yg mandi kt situ..senang, xyah susah2 bibik nak bawa diorg ke tingkat atas.. anak2 aku kn kecik lagi..sgt jarang aku bawa mereka ke atas.. sbb apa nk tau..sbb nnt habis semua brg aku diorg nak usik...kt tingkat atas xproper sgt keadaannya...

Setiap belakang pintu kat rumah aku ada diletakkan penyangkut baju, boleh letak dlm 6 helai atau lebih..kecuali pintu depan, pintu belakang dan pintu bilik air yang ada 2 pintu, satu pintu je letak, satu lagi tak...apekehal nak letak ye tak mende alah tu kt pintu depan/ pintu utama kan..hihi..




ada 6 cangkuk kt situ..senang nak sangkut ape2..puas hati..penyangkut ni kitorg beli kt Houz Depot yg kt depan Medan Mara, KL tu..

ni kt bilik air di tingkat bawah...

sinki mmg guna yg asal, xtukar kecuali kalau dh hancur..haha..tu pun dah senget sbnrnya..ntah cane leh senget..kat tepi dinding tu, tempat letak berus gigi dan ubat gigi..

eh..sama je la gmbr, tp ni dekat sikit..cermin, tempat letak berus gigi dan bekas shower foam ni beli kt Houz Depot gak..

dinding belah kanan aku letak tempat meletak shower foam, berus, aik...span keluli pun di situ..span..tu bkn span gosok badan tau..tu span bersihkan blk air..span keluli tu pun bkn utk sental periuk, tu dikhaskan utk sental blk air...asal lak kt situ ek..bekas sabun yg kt bawah tu biasanya aku letak sabun buku yg free dr hotel tu..melambak kt rumah..membazir kalau xpakai kn..

water heater ni sgt perlu kt rumah aku, sbb anak aku takut sejuk..meraung2 kesejukan kalau sesekali mandi kt rumah org klu xde water heater..mmg bdk bandar..kalau Aqil ok lg.. Adam la yg xtahan sejuk..

water heater jenama Alpha ni kitorg beli kat kedai Happy di Taman Equine..kedainya berhadapan dgn Aeon Equine..byk jg brg2 elektrik di rumah aku beli kt sana..harganya paling murah jika dibandingkn dgn di tempat lain yg aku survey..antara brg2 elektrik lain yg beli kt sana ialah air-cond, seterika dan peti ais.. 

Ni paip yang kitorg beli kt Taman Bukit Serdang, dekat dgn rumah sewa dulu..kepala dia kalau ke depan, tutup..maknanya air xmengalir..

Kalau ke kanan, air mengalir ikut depan...

 Kalau ke kiri, air mengalir dari salur paip..sebenarnya penyangkuk kt hjg salur paip tu dah hilang tu yg sangkut gaya camtu..

ok..itu sahaja cerita dr bilik air bawah..xtau nak hias camne.. sempoi je...asal keperluan tu lengkap..itu sudah memadai..

Friday, 29 March 2013

Cerita Kabinet TV

Tengokla cabinet tv yang masih dlm keadaan elok, ni masa sebelum pindah rumah... lepas pindah rumah, 1 penutup tu dah retak dan hampir pecah...daripada ia membahayakan anak2ku, baikla buangkan saje satu pintu tu..dan satu laci pun dah rosak..

Maka, jadila camni..

Penutup slide putih belah kiri dah pecah, belah kanan pun dah ade retak sikit, tampal dgn selotip je..kiki..


ape ke ganasnya anak2ku ini..laci yg tinggal satu tu pun dah tercabut..


Maka, inilah hasilnya...uisyh....ganeh tol....

nampak gayanya kene memikirkan idea utk mewujudkan cabinet tv yg baru..hihi..yg mana cabinet tersebut hendaklah tahan lasak..decoder astro pun kne letak tinggi atau ditutup supaya tiada tangan2 kecil dan comel yg mencabut kad astro spt ini:


siap masuk dlm mulut lg...ish..ish...aqil ni..

si kecil ni mmg suke tukar2 channel dan xbg peluang langsung kat ibu nak tgk tv...

lagi aktiviti disebalik cabinet tv ni...
Ibu, ada tempat permainan baru la...

Cepatla ibu, tukar cabinet tv ni...dah byk lubang2..

Kesimpulannya, nmpk gayanya memang kene tukar cabinet tv yg baru....

Tuesday, 26 March 2013

Tempat-tempat Menarik di Jepun


Assalamualaikum...hehe..koleksi gmbr2 ni adlh dr ipad Huda, baru nak upload.. ada yg dr hp husband aku..serta merta mengimbau lagi kenangan di sana..

 
 ni masa di Nagai Botanical Garden..


Osaka Museum of Natural History ni berdekatan je dgn Nagai Botanical Garden..

Tulang ikan paus ni besarlah yg amat..




aku rasa musim bunga mesti lg cantekk..

Di atas kapal (Cruise Ship Santa Maria)


 Tokyo Tower

 Amik gmbr dari jauh je...xlarat nk datang dekat..



kat tugu Hachiko..penah x tgk movie Hachiko yang mengisahkan seekor anjing yg sgt setia pd tuannya seorang professor, tuannya pergi kerja dan balik kerja, ia tunggu tuannya di station keretapi..sehingga suatu hari, professor tu mati semasa mengajar dlm kelas, ia tetap tunggu tuannya balik dr kerja, walaupun anak perempuan professor tu dah bawa balik anjing tu, ia tetap datang semula ke station tu..ia tunggu sehingga 9-10 tahun lamanya.. cerita ni cerita betul tau, aku tgk movie ni pun boleh meleleh air mata..sedih wei..korg tgkla sendiri.. tempat ni letaknya di Shibuya Train Station..



Di Tsujiki Fish Market.. nampak x tuna besar tu..sgt besar kn.. kalau nak masuk market ni ada masa2 tertentu sahaja yg dibenarkan utk pelawat..awal pagi mmg dah kena stand by kat market ni sebab hanya dihadkan seramai 120 orang je dlm sehari..ada 2 sesi.. sesi pertama pada pukul 5.25am-5.50am dan sesi kedua pada pukul 5.50am-6.15am..byk la peraturan bila nak masuk kawasan ni..
1) tidak dibenarkan masuk ke kawasan yg dilarang, mereka dah sediakan lorong utk pelawat..
2) tidak dibenarkan ganggu laluan pekerja2 di market tu.
3) xboleh bawa beg besar masuk dlm market ni
4) xboleh masuk dgn high heel atau sandal ke market ni..
5) tidak boleh bawa anak2 kecil atau haiwan peliharaan 
6) jangan sentuh apa2 dlm market tu..
mereka kenakan mcm2 syarat sbb xnak pelawat yg datang boleh mengganggu perjalanan bisness dan aktiviti diorg di sana..camera flash pun xboleh..sebenarnya kitorang dah terlambat sampai ke market ni, utk visitor sepatutnya dah tutup, tapi husband minta juga kat diorg nak bergambar.. ye la dah sampai kan..rugi kalau xbergambar..


Monday, 25 March 2013

Pemakanan Ibu Hamil Anemia

Hari ni rasa terpanggil utk menulis entri mengenai pemakanan ibu hamil anemia..sekiranya hb anda kurang daripada 11gm% bermakna anda mengalami anemia..kalau 10.9gm% pun dah kira anemia..apa lagi kalau kurang drpd itu...hehe..walaupun cuma kurang 0.1 gm% je pun..tapi sebelum tu nak kongsikan dgn anda bahaya anemia ini di kalangan ibu yang mengandung..

Kesan pd ibu:  
1) Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
2) Tekanan darah tinggi
3) Keguguran
4) Kematian
5) Mudah mendapat penyakit lemah jantung
6) Mudah mendapat jangkitan

Kesan pada bayi:
1) Kematian janin
2) Bayi tidak cukup bulan
3) Bayi kurang berat lahir (<2.5kg)
4) Pembesaran janin terbantut

 baby lebih kecil.. sumber dr en google..

 lg dr en google.. =)

Langkah-langkah pencegahan dan kawalan anemia:
1)  Mengambil makanan seimbang dan kaya dengan zat besi
2) Wanita yang bercadang utk hamil digalakkan mengambil asid folik 3 bulan sebelum-sgt penting tau!!~bg mengelakkan spina bifida (kecacatan pd saraf tunjang) pd bayi (pembentukan saraf tunjang pd bayi berlaku seawal 3 bln pertama), kdg2 ibu xperasan dah mengandung 2bln..asid folik byk dlm sayur-sayuran.. oleh itu, mknlah byk sayur-sayuran..
3) Makan makanan yang tinggi zat besi seperti: daging, ikan, kerang, hati
4) Makan makanan yang tinggi vitamin C seperti: buah-buahan dan sayur-sayuran kerana vit C membantu dlm penyerapan zat besi menjadi lebih baik lagi
sumber dr pakcik google.. =)
ni pulak sumber dr makcik google.. =)

5) Elakkan minum minuman yang berkafein seperti: kopi, nescafe, teh, coke, coklat. (coklat juga ada sedikit kafein)..Ia boleh mengurangkan penyerapan zat besi. 

 sumber dr en google.. =)
6) Makan bayam byk2, yg penting kene masukkan ikan bilis sbb penyerapan zat besi yg ada pd bayam menjadi lbh baik lg jika ada ikan bilis..

Pengambilan pil hematinik:
1) Mkn pil hematinik setiap hari (Iberet folik mengandungi jumlah zat besi yang lebih tinggi drpd obimin), Pil 4 serangkai yg boleh didapati di klinik kesihatan juga bagus (vit b complex, vit c (ascorbic acid), asid folik dan ferrus fumarate)
2) Elakkan makan pil bersama susu, soya, minuman berkafein 
3) Ambil pil ikut nasihat doktor, sebaik2nya 2 jam sebelum atau 2 jam selepas mkn
4) Mkn pil bersama air masak atau jus buah (yg ori tau bkn yg dlm kotak tu) juga digalakkan 
5) Pengambilan pil zat besi mungkin menyebabkan anda rasa mual, loya, sembelit, sakit perut, najis berwarna hitam, namun ia tidak merbahaya
6) Pengambilan pil2 tersebut tidak akan menyebabkan anak anda besar sehingga menyukarkan kelahiran  
7) Kalau nak minum susu, kene jarakkan 2 jam sblm atau slps mkn pil ye..susu penting gak kene minum sbb ia mengandungi kalsium..
8) lg satu, sekiranya bacaan hb anda sgt rendah (<10gm%) cuba elakkan dr mengambil kuning telur, krn dlm kuning telur terdapat bahan yg boleh menghalang penyerapan zat besi..

ok, itu sahaja pesanan saya..semoga anda dapat memperbaiki cara pemakanan anda supaya kesihatan anda sepanjang kehamilan terpelihara dan bayi anda dapat hidup dengan sihat~bye..

   

Sunday, 24 March 2013

Jangan Tersilap Memilih Cooler Bag atau Cooler Box

Assalamu'alaikum....


Sejak beg pam susu aku tercabut zip, aku tercari2 beg yg sesuai utk menggantikannya..dlm masa yg sama, aku pulak kalau pergi kerja, byk sgt beg yg aku bawa...beg notebook, cooler bag, beg pam (yg ni aku asingkn sbb beg pam yg sebenar, dh bagi pd kakak aku), botol air, kdg2 bw bekal ke tempat kerja, kdg2 xbw, hand bag pun kdg2 je bawa... pernah jugak aku tertinggal beg kt tempat kerja, kdg2 hand bag la, kdg2 beg pam...tu la serabut tul.. 

sejak dari kes tertinggal beg tu la, aku cuba cari beg yang boleh jimatkan ruang dan bolehla sumbatkan brg2 selagi  boleh..mulanya aku sgt berkenan dgn beg ini...


gmbr beg yg aku dah terbeli..huhu..

sebab bhgn atas boleh simpan pam susu, bahagian bawah boleh letak ice pack dan susu.. mujur pam susu aku jenis ringan..iaitu Medela Mini Elektrik Plus..

sekalinya, ada satu perkara yg aku xpuas hati iaitu setelah aku simpan susu perahan dlm beg tu..ia x sesejuk kalau aku guna cooler bag Mom's Little One spt gmbr di bawah..tambahan pula, ice pack cepat lak cair...

Kesimpulannya, aku lebih suka cooler bag hitam ni..ice pack lambat sikit cair..lapisan polistrin pd beg tu agak tebal..


 jadinya beg yg baru aku beli tu, aku buat simpan pam dan bekal mknn yg di bawa dari rumah..aku still guna beg hitam tu utk simpan susu... so, xde maknanya la nk kurangkn beg..haha..byk tu jugak beg yg aku bawa... cuma hand beg je la yg xperlu bawa nampaknya..


alang2 aku buat entri pasal cooler bag ni, aku nak bg tips2 memilih cooler box pulak...bukan apa, ni semua pun berdasarkan pengalaman aku sendiri..xnak org lain pun mengalami nasib yg sama mcm aku...

1) sekiranya korang terpaksa membawa ebm semasa travel, aku nasihatkan agar korang memilih cooler box spt ini..

kenapa aku sarankan box mcm ni? sbbnya mengikut pengalaman aku, box ni mmg dapat menyimpan ebm dlm jangkamasa yg lama...mcm aku hari tu 12-13jam jugakla dpt tahan ebm aku dari cair..petuanya letakkan ais banyak2..letak2 botol ebm di celah2 ais dan taburkan garam pd ais tersebut..mmg beku lama la ais tu..

2) menurut pengalaman aku, cooler box spt ini..xla tahan sgt..
 
sbb habis cair ais tu walaupun dah tabur garam, mungkin sbb xkedap sgt berbanding box polistrin tu..

rasanya itu sahaja yg dpt aku kongsikan menurut pengalaman aku..

Saturday, 16 March 2013

Sofa baru~

Assalamualaikum..hari ni aku nk cerita pasal decoration rumah gelombang kedua pulak..hehe..ye la berdikit2..ada rezeki lebih, buatla mana yg patut..kalau xcukup lg..mengumpul lg sampai duit cukup kalau nk beli itu ini..pasal deco2 ni aku suke rujuk majalah ID..kebanyakannya nmpk moden dan simple..tu yg aku suka..beberapa minggu yg lepas aku dan suami gi survey perabot area dekat2 dgn rumah je.area balakong..dekat sikit, xde la kene delivery charge..dari satu kedai ke satu kedai kitorg cari..jumpa yg berkenan tp tokey xmo turun harga lg..owh ye..lupe nk bgtau..sasaran utama brg yg kitorg nk  cari ialah sofa, almari yg ada drower, nk warna putih, side table 2bijik warna putih juga, wing chair atau org panggil kerusi minum teh, bench, karpet besar..

pasal karpet tu pulak, hari tu aku ada update karpet utk wedding adik lelaki aku, dia xberkenan sgt dgn design karpet tu, mujur penjual karpet tu kata kalau nak tukar, dtg je la ke kedai semula dgn syarat xpakai lg karpet tu.. apa lagi.. dah adik aku xmo, aku cadang nk tukar je yg besar sikit utk ruang tamu rumah aku..

Akhirnya ruang tamu aku yg sgt lapang tu tlh diisi dgn sofa L-shape yg baru.. leh la lepak2 atas sofa, sebelum ni bergolek2 kt atas karpet je depan tv dgn anak2.. dan karpet di atas adalah karpet yg aku tukar tu la..


haha..ni la tempat anak2 bergolekan sebelum ni..kereta maianan tu pon dh tergolek..bantal kepala dan bantal peluk pun bersepahan..

 tengok..Adam Darwisy suka lepak2 atas sofa..siap angkat kaki ke atas lg..hamboiii...

nampak x, 2 kerusi merah tu..tu la yg dinamakan wing chair..aku pon baru tau setelah survey2 kt kedai perabot..kerusi tu aku pon xtau la sesuai ke letaknya kt situ?? sebenarnya ada meja kecil yg bulat di antara 2 kerusi tu, tp meja tu xsiap lg..  ke kerusi ni sesuai diletakkan di dinding tangga?? aku pun xde idea la.. husband aku cdg nk letakkan bench chair kt dinding tangga tu..


ni gambar kat kedai perabot tu...kerusi tu kaler mcm pink maroon mcm tu..material jenis velvet (baldu)..meja tu pulak kaler merah tp material bkn velvet..ape ke nama materialnya..aku lupa..lebih krg mcm kulit tp ada campuran sikit..kalau nak meja yg material velvet pun boleh gak..

pasal meja ni pulak.. mmg cantik pd pandangan aku..tp dr segi keselamatan bg sapa2 yg ada anak kecil yg lasak, aku rasa xsesuai..sbbnya atas tu kaca, letak camtu je, xde penghadang atau pengepit utk mengelakkan kaca tu dr terjatuh sekiranya ada kanak2 yg menolaknya..maklumlah anak2 aku, dua2 lelaki..tgh lasak..bayangkan kabinet tv aku yg sekarang pun nak hancur disbbkan oleh diorg.. ni kan pula meja yg berkaca tu...

akhirnya setelah berbincang dgn tokey kedai, kami nak beli juga set kerusi ni tp meja tu suh kilang dia ubahsuai sedikit...supaya kaca ni ada penghadang yg boleh mengelakkan ia dr terjatuh.. tunggu je la next month..baru ambil..warna yg aku ambil ialah red chilli material velvet kerusi dan meja...

sambil2 tu boleh la korang cuci2 mata tgk perabot lain kt kedai tu.. cantek2..owh ye..kedai perabot ni letaknya di jln ke arah kl dr highway seremban tu..belah kanan yg ada tulis dunia perabot tu..




cantikla kerusi ni..mcm model2 selalu duduk tu...


ni contoh bench chair, tp keras sgt yg ni..dan nmpk sempoi sgt pulak..


kerusi ni pon cantik, tp husband aku xnak yg ada penyandar di belakang...

ni la contoh bench chair yg husband aku nak..xde penyandar di belakang..tp dia xmo yg ni...sebab lebar, kaler cerah, material dia kain, kalau boleh nak cari kelebaran dia dlm 18inci mcmtu..


Wednesday, 13 March 2013

Adam Jumpa Dentist

Assalamualaikum...

2 Mac 2013 yg lalu, aku dan suami bawa Adam Darwisy utk scalling gigi dia.. gigi yg putih dah timbul hitam2 tu yg membuatkan suami aku membawanya utk berjumpa dgn Dr Gigi..
ni kira 2nd time Adam jumpa Dentist.. First time, suami aku yg bawa..pastu, Dr kata datangla lagi utk scalling lg..sikit2 dulu...Alhamdulillah, Adam mmg berani..sbb mungkin dia tgk ayah dia scalling dulu, pastu dia pon jd berani dan ok je..aku pon scalling skali, Dr ckp, gigi aku ok..sekejap je la dia scalling aku... Klinik Pergigian ni terletak di Jln Reko, Kajang.. Klinik Pergigian Dr Leen..
so far, perkhidmatannya bagus.. Dr terangkan dgn detail mcmmana cara nak gosok gigi budak2.. macammana cara penjagaan gigi yg betul..sbnrmya kitorg yg minta Dr tu ajarkan kt bibik cara gosok gigi yg betul utk kanak2..senang kerja dia nnt..heheh..

semangat laki aku nganga mulut jugak..bg sokongan kt Adam spy bukak mulut luas2..Adam xnmpk pun cik abang..hehe..

Syabas Adam Darwisy!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...