Monday, 25 March 2013

Pemakanan Ibu Hamil Anemia

Hari ni rasa terpanggil utk menulis entri mengenai pemakanan ibu hamil anemia..sekiranya hb anda kurang daripada 11gm% bermakna anda mengalami anemia..kalau 10.9gm% pun dah kira anemia..apa lagi kalau kurang drpd itu...hehe..walaupun cuma kurang 0.1 gm% je pun..tapi sebelum tu nak kongsikan dgn anda bahaya anemia ini di kalangan ibu yang mengandung..

Kesan pd ibu:  
1) Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
2) Tekanan darah tinggi
3) Keguguran
4) Kematian
5) Mudah mendapat penyakit lemah jantung
6) Mudah mendapat jangkitan

Kesan pada bayi:
1) Kematian janin
2) Bayi tidak cukup bulan
3) Bayi kurang berat lahir (<2.5kg)
4) Pembesaran janin terbantut

 baby lebih kecil.. sumber dr en google..

 lg dr en google.. =)

Langkah-langkah pencegahan dan kawalan anemia:
1)  Mengambil makanan seimbang dan kaya dengan zat besi
2) Wanita yang bercadang utk hamil digalakkan mengambil asid folik 3 bulan sebelum-sgt penting tau!!~bg mengelakkan spina bifida (kecacatan pd saraf tunjang) pd bayi (pembentukan saraf tunjang pd bayi berlaku seawal 3 bln pertama), kdg2 ibu xperasan dah mengandung 2bln..asid folik byk dlm sayur-sayuran.. oleh itu, mknlah byk sayur-sayuran..
3) Makan makanan yang tinggi zat besi seperti: daging, ikan, kerang, hati
4) Makan makanan yang tinggi vitamin C seperti: buah-buahan dan sayur-sayuran kerana vit C membantu dlm penyerapan zat besi menjadi lebih baik lagi
sumber dr pakcik google.. =)
ni pulak sumber dr makcik google.. =)

5) Elakkan minum minuman yang berkafein seperti: kopi, nescafe, teh, coke, coklat. (coklat juga ada sedikit kafein)..Ia boleh mengurangkan penyerapan zat besi. 

 sumber dr en google.. =)
6) Makan bayam byk2, yg penting kene masukkan ikan bilis sbb penyerapan zat besi yg ada pd bayam menjadi lbh baik lg jika ada ikan bilis..

Pengambilan pil hematinik:
1) Mkn pil hematinik setiap hari (Iberet folik mengandungi jumlah zat besi yang lebih tinggi drpd obimin), Pil 4 serangkai yg boleh didapati di klinik kesihatan juga bagus (vit b complex, vit c (ascorbic acid), asid folik dan ferrus fumarate)
2) Elakkan makan pil bersama susu, soya, minuman berkafein 
3) Ambil pil ikut nasihat doktor, sebaik2nya 2 jam sebelum atau 2 jam selepas mkn
4) Mkn pil bersama air masak atau jus buah (yg ori tau bkn yg dlm kotak tu) juga digalakkan 
5) Pengambilan pil zat besi mungkin menyebabkan anda rasa mual, loya, sembelit, sakit perut, najis berwarna hitam, namun ia tidak merbahaya
6) Pengambilan pil2 tersebut tidak akan menyebabkan anak anda besar sehingga menyukarkan kelahiran  
7) Kalau nak minum susu, kene jarakkan 2 jam sblm atau slps mkn pil ye..susu penting gak kene minum sbb ia mengandungi kalsium..
8) lg satu, sekiranya bacaan hb anda sgt rendah (<10gm%) cuba elakkan dr mengambil kuning telur, krn dlm kuning telur terdapat bahan yg boleh menghalang penyerapan zat besi..

ok, itu sahaja pesanan saya..semoga anda dapat memperbaiki cara pemakanan anda supaya kesihatan anda sepanjang kehamilan terpelihara dan bayi anda dapat hidup dengan sihat~bye..

   

1 comment:

  1. perkongsian yang menarik dan bermanfaat..sy pun pernah mengalami hb rendah semasa pregnant..mudah pening n nk pitam.rasa melayang-layang..thats why kena jaga pemakanan..

    ReplyDelete

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...