Monday, 15 December 2025

Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

 Assalamualaikum

Khamis lepas 11/12/25 merupakan Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah Aqlan dan Arissa. Alhamdulillah Aqlan dapat 2 anugerah matapelajaran terbaik iaitu Feqah dan Tajwid, manakala Arissa pula dapat 1 anugerah matapelajaran terbaik iaitu Bahasa Arab. Walaupun diorang tak dapat tempat pertama hingga ketiga, tapi dapat matapelajaran terbaik pun dah kira bersyukur. Arissa tu kira pertama kali naik pentas untuk sekolah rendah ni, tahun lepas tak de rezeki. Kira merangkap kali terakhir jugalah sebab tahun depan dah sekolah lain. 

Ayah diorang sepatutnya balik KK Khamis malam, tapi sebab anak nak naik pentas, sanggup dia tukar tiket flight awal sehari dan apply cuti untuk Khamis tu. Jumaat tu work from home. Sebenarnya hari terima anugerah tu encik suami tak tau pun yg Arissa dapat. Saya hanya bgtau Aqlan je, saja buat surprise. Pagi tu dia tanya, eh Arissa kena pakai baju sekolah ye? Saya jawab, aah. Nanti xde la nampak sangat baju Arissa lain. Kalau ikutkan murid yang dapat anugerah je yang boleh hadir, tapi takkan la nak tinggalkan anak yg tak dpt anugerah sorang2 kat rumah. Tahun lepas, saya bawa je Arissa tapi dia pakai baju kurung. Tu sebab dia pelik kot kenapa kena pakai baju sekolah, tapi dia tak tanya banyak.. hehe. Sebelum masuk dewan tu, kena ambil kehadiran dulu. Saya cepat2 tandangan part Arissa tu, dan dia tandatangan part Aqlan. Lepas tu Aqlan kena pegi ke meja sebelah untuk ustazah pakaikan ridak. Aqlan masuk Qasidah untuk persembahan tu nanti. Lepas tu semua masuk dewan untuk mengambil tempat. 

Masa duduk tu dia tanya, ohh Arissa pun ada tempat juga ye. Saya jawab, aah. Tak lama lepas tu baru saya bgtau yg sebenarnya Arissa pun dapat..hehe.. Dia cakap, laa.. kenapa tak cakap awal2.. Tergelak kitorang.. saja je buat surprise.. Masa Arissa turun dari pentas tu, encik suami terus pergi dekat Arissa ucap tahniah kat dia, senyum je la anak bongsu dia tu. Semoga tahun depan berusaha dengan lebih gigih lagi di sekolah baru. Cuma sekolah mana tu, pun tak tau lagi..hehe..




No comments:

Post a Comment

Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

  Assalamualaikum Khamis lepas 11/12/25 merupakan Majlis Anugerah Kecemerlangan sekolah Aqlan dan Arissa. Alhamdulillah Aqlan dapat 2 anuger...