Tuesday 16 April 2019

Penginapan semasa trip ke Europe I

Trip ni terdiri dari 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Untuk penginapan, kami booking melalui booking.com. Harga bilik biasanya ada 10% VAT, kalau kat Switzerland 3.8% VAT dan city tax per person per night excluded. Maknanya harga bilik nanti campur tax2 tu. Tax tu berbeza2.

1) La Grande Bellezza, Rome, Italy (11-12 March 2016) sebuah apartment, ada private parking berdekatan, kos EUR 15 per day. Di sini, kami stay selama 2 hari 1 malam. Harga bilik RM 561 @ € 120.

2) Holiday With Children In Venice
(12-14 March 2016). Harga RM 799 @ €170 utk 3 hari 2 mlm. Kami cari penginapan yang bukan betul2 di Venice, apartment ni terletak di Mestre, Italy. Nak ke Venice kami naik train. Sebab drpd survey kami dibeberapa blog sblm ke sana, katanya hotelnya xde tangga nk naik atas, pastu nak kene angkut beg jauh jg dr stesen ke hotel. Kat Venice kira mcm pulau yg sistem pengangkutan dia sama ada naik bot atau jalan kaki. cer bayangkan kalau dpt bilik yg agak jauh.. lagipun aku tengok hotel2 kat Venice agak lama, lorong2 utk berjalan kaki tak begitu bersih, kadang2 bau kencing, sama ada kencing orang atau pun anjing. Kt Venice ramai yg bawa anjing jalan bersama. 

3) Jani's Holiday Apartment, Interlaken, Switzerland
(14-17 March 2016). 4 hari 3 malam
€553, kalau dlm local currency CHF 600
1apartment, 3.80 % VAT, CHF 3.50 City tax per person per night
Cantik apartment ni.. buka sliding door je terus nampak gunung-ganang yg diliputi salji, pemandangan yg sgt wow!!! tak dpt digambarkan dgn kata2..
Bumi Switzerland ni sgt cantik sbb tu stay sini paling lama..hehe



Rumah ni agak besar sebenarnya utk kami sekeluarga, tapi berbaloi la. Tingkat atas yg berkayu tu yg kami sewa. Bhgn bwh owner dia duduk.



Sebenarnya ada bilik lg satu, mybe gmbr tu dlm hp husband. 1 toto tu dh bw ke ruang tamu sbb anak aku kesejukan.


Bhgn ruang tamu, penuh dgn mainan, Seronok anak2 bermain. 


Dari balcony, boleh nmpk gunung-ganang yg diselimuti salji di puncaknya.. Subhanallah, mmg cantik sgt.. Ada trampoline juga di luar. 



4) Rennes Montparnasse, Paris, France
(17-19 March 2016) Stay kat sini 3 hari 2 malam. Harga €166.80. Dr tingkap apartment ni nmpkla menara Eiffel.. 


Compact sikitla apartmentnya. Sorry la keadaan dah serabut.

5) Charming Bellagio, Bellagio, Italy. (19-20 March 2016). Harga € 150 utk 2 hari 1 malam. Apartment ni berhadapan je dgn Lake Como. 

6) Red Line Apartment Milano, di Milan, Italy.  (20-22 March 2016). Harga €169.20 utk 3 hari 2 mlm. Apartment ni baru dan cantik, moden.. berkaca2 dindingnya..

Secara keseluruhannya, kami memilih apartment berbanding hotel sebab senang nak masak.. masak pun yg ringkas2 je.. Harga bilik tu aku xsure dah masuk tax ke belum.. kira lebih kurang la tuh.. ada sesetengah apartment xde parking, tp ada public parking yg berhampiran. Dari Switzerland, kami ke Milan utk ambil flight ke Paris. Parking kereta di Airport Milan, xigt la kene byr berapa. 

Cerita berkenaan pengalaman sepanjang perjalanan dan tempat2 yg dilawati aku akan tuliskan dlm entri ikut tempat. Ada yg dah post ada yg belum.. jenuh juga nak ingatkan balik.. bertahun dah.. tapi sebab aku nak kenangan itu tersimpan dlm blog walaupun xtau la ada yg baca ke tak ni, at least aku boleh igt balik bila aku baca.. hehe.. aku ni sejenis yg segan kalau org yg aku kenal baca blog aku. tp kalau org yg tak kenal, aku xkisah.. sebab tu aku tak cerita sgt dlm fb.. kecuali kalau husband aku tag kisah2 travel kami. dlm fb ramai kawan2, cikgu, lecturer dan sedara mara yg kenal. Dlm ig pun sikit2 je la aku post sebab aku restricted org2 yg follow. org yg aku kenal je aku approved. 

Sunday 14 April 2019

EUROPE ~ Tips dan perancangan perjalanan

Pengembaraan ke Benua Eropah ni mmg memerlukan kami membuat research dan persediaan yang lebih teliti. Aku guna perkataan pengembaraan sebab rasa mcm mengembara pulak dgn hangkut barang2.. anak2 dan berpindah2 dari 1 tempat ke tempat lain.. hihi.. Husband pula banyak bertanya kpd kawan2nya yg telah sampai ke sana. Sementara aku byk baca blog2 org yg telah ke sana dan mencari tempat2 menarik untuk dikunjungi. Kebanyakan mereka menaiki train sepanjang berada di sana. Ada juga yang memandu sendiri dan ada juga yang ikut travel agensi. Kami pula bercadang untuk menyewa kereta, jadi, tak banyak blog yg bercerita pasal pemanduan di sana. Pada pendapat kami, bila drive kereta sendiri senang nak hangkut segala brg, ye la kami dgn 3 anak kecil jadi senang bergerak. kalau menaiki tren, kene ikut waktu dan tak dpt nak bayangkan dgn nak angkut segala mende, dgn nk jaga keselamatan brg2 lg. Macam2 aku baca pasal kt sana byk kes pick pocket profesional.. takut kelam kabut je. kalau drive sendiri boleh ikut waktu sendiri yang telah dirancang. Kalau tak ikut waktu yg dirancang susah juga sebab nanti drag masa. Mujur husband aku mmg jenis yang bersistematik. 

Disebabkan entri ni dah tertangguh beberapa tahun, maka aku akan kongsikan tempat2 yang aku dapat lawat dan apa2 perkara/tips yang aku ingat.. itenerary utk Europe ni sangat ringkas sebab kitorang drive. Tak macam kat Jepun kene study detail sikit sebab guna train dan ada masa yg tepat.. sekali dgn harga tiket. Senang nak budget cost utk pengangkutan.

So, penting utk pengembaraan Europe ni ialah:
1) Tiket flight - sama ada nak pilih yang transit atau direct~kitorang pilih transit kat Dubai
-pilih sama ada turun kt airport yang sama atau airport yg berbeza/sama ada negara yg sama atau tidak~ kitorang pilih negara yg sama iaitu Rome dan airport yg sama. Kalau masuk dan keluar dr airport yg sama harga tiket murah sikit.

2) Penginapan- beberapa tempat dan decide awal2 nak stay brp lama kat sesuatu tempat tu. Yg ni ptg sbb kwn husband pernah tiba2 tukar plan nk stay kt 1 tempat tu lebih sehari dan dah drag penginapan di tempat yg seterusnya. Yang ni aku ada buat entri khas mengenai penginapan. 


3) Pengangkutan- drive. Pastikan anda memiliki lesen memandu antarabangsa.. senang je nak apply, just pergi ke jpj then cakap nak buat lesen antarabangsa bayar RM 150 tu harga 2thn lepas. La ni aku xsure berapa.. sewa kereta, dari airport Rome then kene pulangkan balik kat tempat kita sewa lebih murah berbanding kita pulangkan kat tempat lain. Sebab tu kitorang decide masuk dan keluar dari airport yg sama. Pastikan kita sewa kereta sekali dgn GPS, kalau ada anak kecik, kene sewa baby seat atau booster seat. Disebabkan aku ada 2 kids dan 1 baby kene sewa 2 booster seat dan 1 baby seat. Kat sana wajib pakai mende alah tu.  Kat sana serasa aku xde tol so, sediakan duit minyak je lah. Cuma masa nak masuk Switzerland kene ada pas. Beli kat perhentian sebelum masuk Switzerland. Sewa kereta selama 12 hari ialah sebanyak €1000++ termasuk insuran sekali dan minyak kereta sekali. Bersyukur sangat kami ada byr insuran, nak dijadikan cerita kami mengalami kemalangan kecil semasa di Lake Como. Bahagian pintu hadapan belah penumpang kemek sikit, belah aku duduk pulak tu. mujur xde kecederaan berlaku. Alhamdulillah sgt. Kereta dia yg teruk bhgn hdpn. Masa hantar kereta tu xde kene charge apa2 pun sbb ada insuran. 




Kereta Ford apa ntah.. lupa pulak.. pjg sikit drpd yg ada kat Malaysia.. Kereta yang banyak berjasa membawa kami mengembara ke benua Eropah.



Pemandangan belakang tu sgt mempesona..



Bahagian belakang kereta.



Mujur muat segala beg yang ada.


Senarai negara yang dilawati:

1) Italy: Rome, Venice, Milan, Lake Como
2) Switzerland: Interlaken, Bern, Zermatt, Lucerne, Grindelwald, Lauternbrunen
3) France: Paris

Kitorang ambil masa selama 12 hari utk pengembaraan kali ini. Bermula dari Rome ➡ Venice ➡ Switzerland ➡ Paris ➡ Lake Como ➡ Milan ➡ Rome 


Perjalanan dari 1 tempat ke 1 tempat sgt jauh.. kene ikut masa yg telah dirancang supaya tak drag masa ke tempat yg selanjutnya. Antara tempat yg paling aku suka dan berangan2 nak pergi adalah Switzerland. Jadinya masa yg diperuntukkan di Switzerland adalah plg lama.. tu pun rasa tak puas lg.. rasanya tulah negara paling cantik yg pernah aku pergi.. opps.. cerita selanjutnya dlm entri Switzerland ye... hehe..


Biasanya kalau dlm perjalanan, kitorang solat kat mana2 tempat yg bersih.. kalau kat R&R diorang kdg ada bilik utk mandi, asing drpd tandas.. pastu ada ruang sikit utk salin baju, kat situlah kitorang solat. Jgn lupa bawa kompas.. Masa kat Venice, susah juga cari tempat yg bersih sebab byk tahi burung kat jalan2.. lorong2.. anjing pun byk.. anjing pun kencing merata-dinding2 dan tiang2.  Jadinya solat kat gereja, husband minta kebenaran dulu dgn penjaga gereja..dia bg.. pastu husband cari tmpt yg jauh dr tmpt org lalu2 dan bhgn yg bukan mengadap patung2 depa.. dlm gereja bersih..tawakal je la.. mana ada surau kat Venice.. 


Bab makanan pulak, kitorang byk bawa bekalan dr Malaysia~ beras, santan serbuk, biskut2, mknn dlm tin, nasi Brahim's dll. Sblm pergi search dulu restoran atau tempat mkn halal yg ada kat sana. Disebabkan harga brg2 mknn di Switzerland mahal, jadinya kitorang beli siap2 dari Italy~telur, sayur2 sikit, buah2, roti, air mineral. 




Depan supermarket di Mestre, Venice sebelum ke Switzerland.



Kene timbang dan tampal pelekat sendiri. Kat Malaysia bangla tolong timbang 😜 

Lagi satu, kat Italy ni nak pegang buah atau sayur perlu pakai sarung tangan plastik yg disediakan, untuk mengelakkan kontaminasi agaknya. sebab kitorg kene tegur sebab xpakai sarung tgn masa pilih buah. Mana kitorang tau sblm tu. 


Tu dia byk borong bekalan mknn. 

Bab pakaian pulak, seperti biasalah ikut suhu, time aku pergi tu kira penghujung musim sejuk. Kt Italy dan Paris xsejuk sgt berbanding Switzerland, masa tu la. Pakai long john, baju yg kain kapas dan jaket. Time berangin mmg bertambah2 sejuk.









Tuesday 9 April 2019

Trip Europe I : Venice, Italy

12 March 2016

Perjalanan dari Rome ke Venice mengambil masa lebih kurang 5 jam 30 minit, campur berhenti2 lbh krg 6 jam jugala. Kami stay di Mestre, bahagian darat dan bkn di Pulau Venice. Apartment ni, tak jauh dari Stesen Venezia-Mestre. Kami stay kat apartment ni selama 3 hari 2 malam.


Banyak giler bekalan makanan yg dibawa



Makanan ruji tidak dilupa..heheh

Benda terpenting bila bawa travel, sabun taharah. 

Awal2 pagi 13 March 2016, kami bertolak dr apartment yg disewa utk ke Venice.

Dari Stesen Venezia -Mestre ke Stazione Venezia Santa Lucia lebih kurang 12 minit naik train. Boleh juga kalau nak naik bas. Hari ni seharian kami di sini.

Sesampai sahaja di Venice, kami mengambil peluang untuk menaiki gondola, harga xingat dah.


Tempat servis gondola


Pengalaman yg tak dpt dilupakan dpt naik gondola ni. Alhamdulillah..
Aqlan xtgk camera pulak..


Payah juga nk amik gambar lengkap semua orang pandang camera. xpelah yg ptg gambar mak ayah helok..


Inilah Venice.. kata kawan husband aku sungai ni berbau waktu summer. nasib kami pergi penghujung musim sejuk, jadi xdelah berbau.. hee..

Kami berjalan kaki segenap ceruk bandar Venice ni. Aqlan duk dlm stroller. Sebenarnya waktu ni Adam demam. waktu dia tak larat jalan terpaksalah Aqlan didukung, Adam duk dlm stroller. Aqil alhamdulillah kuat kaki dia berjalan. Agak penat jugak la utk kami yg bw anak2 kecil ni berjalan2.. tapi kami berhenti2 la, nak cari  tempat yg dlm plan kitorang bukannya senang, asik sesat je.. lebih sesat masa nk cari jalan keluar dr Venice..haha..

Tempat-tempat yang dilawati di Venice:
1) Rialto Market
2) Rialto Bridge
3) St Mark Square
4) St Mark's Basilica
5) Doge's Place





Restoran Pizza Halal di Venice


Rialto Market


Berhenti sebentar utk minum2 petang sikit




Tempat wajib bergambar katanya, St Mark Square.


Adam dah tak larat sgt, kesian.. tp nak buat mcmmana kan terpaksa redah je lah. dah nk keluar dr Venice. Hari pun dah nak malam. Aqil la paling kesian berjalan. Suhu mmg sejukla time ni.. Esoknya Aqil pulak yg demam, Adam dah sihat.

Selepas Venice, kami akan bergerak ke Switzerland pulak.. 



Trip Europe I : Rome, Italy

ROME

Sebelum aku meneruskan cerita tentang tempat-tempat yang dilawati, nak bagitau yang kat Italy ni ada sesetengah tempat, pelancong tidak boleh memandu di kawasan tersebut. Biasanya kawasan tengah bandar, sebab tu la kitorang ambil apartment yang berada di pinggir bandar, bukan di tengah-tengah bandar. 


Antara tempat yang dilawati di Rome ialah:

1) Spanish Steps
2) Colosseum
3) Roman Forum
4) Palatino

Tempat2 yang aku bgtau kat atas tu, kitorang pergi naik train. tempat2nya pun berdekatan. Hotel tempat kitorang menginap tu berhampiran dengan train station. 




Bergambar depan Colosseum, blkg tu mmg ramai org la..



Gambar bahagian dalam Colosseum, nak masuk dalam ni kene beratur, better beli tiket online siap2 sebab terhad juga yg boleh masuk dlm satu2 masa.



Kadang2 nak minta tolong orang lain amik gmbr, tak memuaskan hati sebab angle tak betul. Bila sendiri amik gambar, ha.. kan diri sendiri yang takde..



Yg ni kitorang naik bas hop on hop off.


Hello! Hello! encik ni mata buka ke tak dlm tu.. haha..ade ke patut jalan jauh2 ke negara orang tutup mata plak .. 



Ni kat Palatino.


Spanish Steps ni tempat orang lepak2, sangat ramai orang kat sini.

Disebabkan entri ni sebenarnya dah tertangguh beberapa tahun, jadi aku tak ingat sangat nak cerita secara detail tempat2 ni. Sepatutnya ada 2 hari yg patut dihabiskan untuk melawat tempat2 ni, tapi sebab hari yang kitorang sampai tu, kitorang semua dah flat.. penat sgt, waktu kat Rome ptg, kt Malaysia dh malam, mmg sgt mengantuk dan tak larat nk berjalan. Jadinya keesokan harinya baru kami melawat tempat2 yang dah dirancang. Di Rome, kami stay 2 hari 1 malam. Seterusnya kami akan bergerak ke Venice pula.

Thursday 4 April 2019

Resepi Banana Choc Moist Cake

Bahan-bahan

150g unsalted butter
1cup brown sugar
2 eggs beaten
5 bananas (extreme moist)
1 cup plain flour
1 cup wholemeal flour
1 ts bicarbonate soda
1/2 ts salt
1/2 ts vanilla
3/4 cups choc coin chopped

Cara-cara

1. Lenyekkan pisang kemudian ketepikan
2. Pukul butter dan gula hingga kembang
3. Masukkan telur satu persatu hingga sebati
4. Masukkan tepung, garam, soda bicarbonate, vanilla dan pisang yg dilenyek tadi
5. Akhir sekali masukkan choc coin dan gaul sebati
6. Masukkan dlm loyang dan bakar dlm suhu 170°C sehingga masak.


Kali ketiga aku buat, guna 3 biji telur, pisang 3 biji,tambah baking powder 1/2 sudu teh dan sedikit serbuk kayu manis.. sedap.. kek naik tinggi sikit.

Pisang yang aku gunakan ialah pisang cavendish.. mmg besarla saiz dia. actually nk guna pisang apa pun boleh.. agak2 je kuantitinya. Selamat mencuba..

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...