Saturday, 26 November 2016

Tadika

Assalamualaikum..
Lama dah sebenarnya nak berkongsi sedikit sebanyak pengalaman menghantar anak di tadika. Ye lah, skg ni ibu bapa sdg sibuk survey2 dan tercari2 tadika apa yg terbaik utk anak mereka. Apa yang nak aku kongsikan kat sini hanyalah pandangan aku sendiri dan pengalaman kami menghantar anak ke tadika. Setiap ibubapa pastinya mempunyai pengalaman yang berbeza dan pencapaian anak-anak yang berbeza pada setiap sekolah tu. Walaupun sekolah tertentu tu bagus, tapi mungkin tidak serasi dgn anak, jadinya hasilnya pun berlainan la. Fahamkan maksud yg aku nak sampaikan ni.

Adam, anak sulung aku masa umur dia 4 tahun, aku hantar dia ke Tadika Pasti. Kalau nak ikutkan umur sebenar dia masuk sekolah tu baru 3 tahun lebih lah sebab dia ni baby akhir tahun, lahir bulan 12, mmg nmpk mcm kecik sgt la nk blaja2.. hehe.. Disebabkan anak aku ni sblm ni duduk dgn maid, jdnya bila aku hntr dia umur 4 tahun untuk dia bersosial sikit2 dgn kawan2.. kenal2 dgn cikgu dan kasi dia blaja2 la.. ye la drpd duduk dgn maid baik la dia blaja2 sikit2 kan.. 6 bulan pertama aku hantar dia half day. Masa tu aku masih bekerja, jadinya awal pagi aku hantar dia dan balik tghri tu amik transport hantar kat rumah. Masa tu bila aku tanya dia, apa yg dia belajar kat sekolah? dia diam je. Sapa kawan Adam? Dia diam je. Adam ni memang pendiam sikit, malu2. tu masa awal2 la.. kalau skg..mmg tak la.. asik cakap je.. tu dulu masa mula2 sekolah. Bln 6 tu aku bersalin anak ketiga (Aqlan), then aku tgk xbanyak perubahan yg Adam dpt, so aku hantar dia full day pulak.. tu pun lps aku tanya2 cikgu dia Adam mcmmana. Cikgu tu ckp, kalau hantar sampai ptg mmg byk yg dapat belajar. Doa2, zikir2, solat, lagu2 dan macam-macam. Memang betul, slps aku hantar sampai ptg, mmg byk perubahan yg aku nampak pd Adam.. Dia dah mula kenal nama kawan2.. bercerita pasal kawan2. kdg2 dgr dia nyanyi2 walaupun sebutan dia salah, tp mujur aku dpt tangkap lagu apa dia nyanyi..haha.. aku dulu pun pernah jd cikgu tadika/taska tau..  yang lawaknya.. aku dengar dia nyanyi "Anak Soleh di dapur.." tp rentak dia macam lagu nama2 rasul tu.. "Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh..." haha.. tak ke lain sgt tu.. bila aku nyanyi lagu rasul tu, dia  kata.. "Ha.. lagu ni la.. " .. hehehe, nak tergelak2 aku.. Ni cerita 2014, Adam. Si Aqil pulak masa Adam sekolah 4 thn (walaupun dia baru 3thn lbh), kiranya umur Aqil 2 tahun lebih (baby awal tahun, 6 jan) so Aqil ni selalu cakap kat maid aku "Ayah kerja..ibu kerja.. Adam sekolah..tinggal Aqil sorang2 kat rumah.. Aqil bosanlah.. Aqil nak sekolah lah juga.." Aqil ni mmg petah sikit bercakap berbanding Adam.. umur 2 thn lbh dia dh pandai cakap.. Hari2 maid aku cakap dia nak sekolah.. Semangat betul si Aqil ni.. aku fikir, manalah ada sekolah yg nak terima budak umur 2 tahun ni..adehh.. 
Masa aku dlm pantang, aku bincang dgn pengurusan Pasti, boleh tak nak masukkan Aqil sekejap dlm seminggu je bg dia rasa sekolah2.. mujur aku juga AJK dan ada juga sikit2 tolong2 aktiviti Pasti tu..so, senanglah..Bila aku tanya Aqil, "Aqil belajar apa kat sekolah?" "Aqil belajar2".. balik sekolah dgn kopiah senget dia senyum2.. kelakar aku tgk.. masa tu ada hari aku pakaikan baju sekolah adam, ada hari aku pakaikan baju biasa tp kopiah Pastilah..







So far aku tgk perkembangan Adam okla kat Pasti, aku just nak bagi dia pandai bergaul dgn org, dpt pandai baca doa2, blaja sikit2 okla. Bulan 11 tahun 2014 aku confirm letak jawatan, then bincang dgn husband tahun depan kami nk hantar Adam kat Genius Aulad (GA) la. Ni sbb terpengaruh dgn kakak akula.. dia hantar anak kat situ..katanya bagus.. Rumah aku dgn Genius Aulad, agak jauh juga.. dlm 15-20min. Tapi disebabkan aku dah berhenti kerja, jadi bolehlah aku jd makcik driver, hantar anak pi sekolah.. heheh..

Tahun 2015, mulalah episod kami menghantar anak2 ke GA. Walaupun Aqil baru 3 tahun, tp disebabkan keinginan dan semangat dia sendiri nak sekolah, maka kami pun bagi je la dia sekolah.. Aku dgn husbd selalu tanya2 teacher perkembangan Adam dan Aqil di sekolah. Teacher ckp bagus la Aqil, dia cepat belajar.. buku2 3thn dia tak usik pun, dia sibuk tgk buku 4 thn kwn2 dia punya.. bincang2 dgn cikgu, tukarkan je lah Aqil ke buku2 utk 4 thn.. last2 boleh.. lega aku.. Yang aku suka GA ni dia fokus membaca BM dan BI, jadi bdk2 cepat membaca. Masa pembelajaran kat GA ni pukul 8.30am-11.30am, hari Jumaat 8.30am-11.00am. Petang kami amik kelas reading pukul 1.30pm-4.30pm. Jumaat kelas reading 1.30pm-4.00pm. Tghri stay kt GA je lah.. Lagi 1, kat GA ni buku2 bawa balik so, kita boleh pantau anak2 baca sampai mana..kat rumah boleh ulang lagi. Bila nak tukar buku yg seterusnya dia akan bg note, bawa buku sekian2.. Diorg guna buku Bacalah Anakku, utk BI buku Adam and Dina dan Iqra'. Tiada peperiksaan di GA, just diorg buat penilaian by perkembangan dan prestasi masing2.





Tahun 2016, kami tukarkan Adam dan Aqil ke AlBaghdadi Playtime Centre (APC). Sekolah ni berhadapan je dgn GA. Husband aku berminat nak bagi pendedahan kat anak2 hafazan surah2 juzuk Amma. Aku pulak suka sekolah ni sebab aktiviti dia menarik.. ada baking- bdk2 buat cookies pastu bw balik-kat rumah was2 nak mkn..haha..saiz cookies ada bsr..ada kecik, memanah, ujikaji sc, simulasi haji (bdk2 pki kain ihram..comel sgt), bayar zakat, bdk2 ada yg jd pembayar zakat dan A'mil, shopping di Aeon Big, jual2 kat Karnival Keusahawanan, pegi rumah anak yatim, ziarah masjid-solat dhuha dan sedekah di tabung masjid, letak makanan atau minuman dlm peti sejuk di masjid tersebut, lawatan kidzania, sukan dan lain2.. Aktiviti dia buat bdk2 rasa enjoy sekolah.. kat sini 50% Quran, 50% akademik. Pada pendapat aku sendiri, anak2 aku jd slow sikit dlm membaca. Sebab, buku tak bawa balik. Jadi, aku susah nak pantau bdk2 ni baca sampai mana.. kene beli 1 set buku lg utk kat rumah, tp payah la sbb kdg2 bdk2 bkn igt baca smpi mana..BM guna buku Bacalah Anakku dan BI guna buku Read Easy. habiskan buku BM dulu baru buku BI. Tak seiiring, kalau lambat habis BM, xmasuk2 lg BI. Tu yg tak bestnya.. 
Dari segi hafalan pulak, bdk2 cepat hafal.. byk juga surah2 yg diorg dah hafal. Kalau kat GA surah2 lazim mcm surah An-Nas, Al-Falaq, Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Fatihah, Ad-Dhuha.. ayat Qursi.. Kalau kt APC lebih dari tu. Diorg xguna iQra', modul tersendiri oleh AlBanghdadi, buku Tamhid..baca sambil guna alat yg ketuk2 tu.. so far, diorg boleh baca ikut pjg pendek. 
Setiap orang mempunyai potensi dan keupayaan yg berbeza, begitu juga anak2 aku. Kalau dlm kelas Al-Quran, Adam kene join bdk2 5 thn sbb bdk2 yg 6 thn ada yg lg advance..mgkin bdk2 tu dr umur 4 atau 5 thn dh sekolah situ, jd cptla sikit. Adam baru msk utk 6 thn, jd lambatla sikit. Aqil pulak dia lg advance dr bdk2 umur 4 thn, jadi dia kene join bdk2 5 thn. Aqil pun nampaknya cepat menghafal dan bacaan dia lebih jelas berbanding Adam. Aqil juga pernah jd johan utk hafazan 5 tahun, padahal dia baru 4 thn..Alhamdulillah.. Masa Majlis Konvokesyen, Aqil dan kwn2 (campur2 umur 4,5,6) 3 lelaki dan 3 perempuan buat persembahan hafazan baca surah An-naba'. Mula2 baca ayat 1-20, pastu ayat 20-1, pastu baca ayat ganjil, pastu baca ayat genap, pastu cikgu suruh mana2 parent suruh bdk2 ni baca 3 ayat dr surah ni. contohnya bacakan ayat 3,9 dan 18.. Nanti bdk2 ni baca lah.. aku cukup kagun dgn sorang bdk ni, namanya Hanif, 6 tahun.. 3 anugerah dia dpt masa Majlis Konvokesyen tu.. mmg mantapla hafazan dia. Baik je bdk dia.. xde main lari2, nmpk mcm dh matang.. dia pun salah seorang dr peserta yg buat persembahan hafazan dgn Aqil..



Aqil dapat tempat ke-3 terbaik 4 Tahun
Adam tamat 6 tahun di APC, dapat sijil dan Al-Quran..

Satu lg perkara yg aku nak bgtau, nak masuk darjah 1, macam2 exam yg akan dilalui oleh anak2, itulah realiti pendidikan kita di Malaysia, kat APC xde exam, so, bergigihla kami laki bini buat mcm2 kerja tambahan utk Adam, bg dia latihan jawab2 soalan. Anak lelaki lain dari anak perempuan, anak lelaki, kita kene hadap dia depan2 baru kerja dia jalan. Aku pi dapur kejap, atas buku dia dah ada ultraman dan raksasa tgh berlawan.. aduii.. Pasal pemilihan sekolah rendah untuk Adam aku kene buat entry baru, rasanya hari tu dah ada 1, mungkin kene buat sambungan sikit.. Kat Sekolah Pasti ada exam, jd bdk2 mesti dah biasa jawab exam terutama bila nak jawab exam masuk sekolah rendah nanti..

Kesimpulannya, setiap sekolah ada kelebihan dan kekurangannya masing2.. takde yg perfect mcm yg kita nak.. tapi hargailah apa yg anak2 dapat, bgla pujian dan semangat utk dia buat yg lebih baik lagi. Kami tukar2kan sekolah anak sebab nak cuba dan nak tahu apa yg ok, apa yg tak ok dan nak anak2 ni dpt perkara yg berbeza2 dr setiap sekolah, tak nak bg diorg jemu terima perkara yg sama setiap tahun. Terpulangla pd setiap org. Ni pandangan dan pengalaman kami je. 





Monday, 12 September 2016

Boy ke girl eh?

Assalamualaikum..

Mengandung kali ni teruja juga nak tau jantina baby sebab aku dah ada 3 boboiboy.. Kalau dapat gegirl alhamdulillah.. tapi kalau sebaliknya, aku terima je la sebab Allah sahaja yang tahu apa terbaik buat aku dan suami. Aku suka juga meng'google' ciri-ciri mengandung anak lelaki atau perempuan. Tp kdg malas juga nak percaya sbb takut terlalu mengharap pulak.. 

Aku ada juga terbaca pasal penentuan jantina bayi seawal 6 minggu dlm kandungan berdasarkan kedudukan plasenta sama ada belah kanan atau belah kiri. Menurut teori Ramzi tu kalau plasenta belah kiri ibu itu baby girl.. kalau plasenta belah kanan ibu tu pulak baby boy. Kalau drpd gmbr scan tu dia terbalik la. 



Ketepatan teori ni xde la 100%.. 
97.2% tepat utk baby boy dan 97.5% tepat utk baby girl.
Masa follow up minggu lepas, aku ada tanya Dr plasenta aku belah mana.. dia pun xdpt nak pastikan..  nmpk naw xsbr aku nk tau jantina..hehe..

Ada juga aku baca pasal fetal heart rate baby.. kalau kurang 140 bpm baby boy.. kalau lebih 140 bpm baby girl.. aku pi check buku pregnancy check up masa mengandungkan Adam, Aqil dan Aqlan.. purata fetal heart rate mereka antara 139-152 bpm.. tp diorg boy.. jd xboleh ikut sgt.. yg kali ni 176 bpm.. agak tinggi la berbanding yg lain.
haha.. nmpk sgt mengharap baby girl kan.. 
Tapi, hari tu aku ada melawat wife kawan husband, dia bersalin.. so, aku minta nak tengok buku pregnancy check up dia sebab dia dpt baby girl.. dan dia check up dgn doc yg sama check aku.. kot2 la boleh pakai teori ni.. tapi bila aku tgk, fetal heart rate dia lagi rendah dr baby boy aku.. so, tak boleh nak ikut sgt la.. :( 

Sepanjang mengandung kali ni aku rasa memualkan.. tak sedap mulut.. tak sedap badan.. tak de selera makan sgt.. petang ke malam je mmg dah start la 'evening sickness' dia.. selalu org morning sickness... aduii.. xlarat sungguh.. bila xde selera makan.. mkn pun sikit je la.. pastu cepat sgt perut masuk angin.. bila sendawa, aduii rasa sgt loya... pening kepala.. muntah, aku ada juga tp tak la kerap sgt.. skg ni, bila tekak kering, lg la rasa nak muntah..  sblm2 ni pregnant mmg aku tak berapa muntah sgt.. kali ni rasa teruk sgt pula.. tak tau la sbb peningkatan umur ke.. cpt sgt tak laratnya.. lagi satu yg aku tak tahan ialah bau org menumis.. jiran blkg rumah ke jiran sebelah rumah ke.. mak mertua menumis kt rumah aku ke.. mmg aku rasa pening nak pitam.. tp kalau aku yg menumis xde pulak.. cuma kalau nak panaskan lauk aku tak tahan baunya.. pelik betul.. 


Ni scan aku masa check up 10 weeks.. mujur dpt slot dgn doc Seri.. sbb pregnancy sblm2 ni check dgn dia.. kalau tak, lmbt juga dpt turn lg2 pt yg baru.. cenonet je baby tu kan.. harap dpt membesar dgn sihat, sempurna dan comel.. hehe.. setiap kali doa slps solat kan, aku selalu doa Ya Allah kurniakan aku zuriat yang sempurna, yang soleh, yang cerdik dan comel.. mcm kelakar je kan.. sbb ada yg comel tu...  tp itula doa aku.. kali ni kene tukar yg soleh dan solehah kot sbb sblm ni doa soleh je sbb tu dpt anak laki berderet.. hehe.. teringin benar nak anak pompuan ni weh..


Yang ni pulak scan dengan doc Kamaljit masa 7weeks hari tu.. sori la tunggang langgang dah gambar yg aku post ni tak ikut urutan.. masa ni check sbb ada spotting..  nk tgk bby ok ke tak.. dah ada heart beat ke tak.. alhamdulillah semuanya ok.. kalau ikut scan 7 weeks ni agak2 boy ke girl ek.. kalau ikut teori ramzi tu la.. 

Update pada 26 Nov 16
Kalau ikut mata aku la kan.. baby girl la bila ikut teori ramzi.. hehe.. semoga betul..

22 Sep hari tu, kawan baik aku beria suruh try buat ujikaji kat urin guna soda bikarbonat nak tau jantina baby.. dia pun tgh pregnant juga, dia mengharapkan baby boy.. aku pulak mestila mengharapkan baby girl ye tak.. last2  kitorang pun buatla ujikaji tu.. siap bertukar video lg, tp aku malas la nak tunjuk kat sini..kang ada yg muntah pulak..haha..  kalau hasil tindakbalas tu menghasilkan buih maknanya baby boy.. kalau tak berbuih maknanya baby girl.. aku ada borak2 jugak pasal ni kat biras aku, dia ckp tak betul.. biasala ni kan ujikaji je.. nak percaya ke taknak percaya ke .. terpulang la.. aku dgn kawan aku buat ni just for fun.. 

Daripada hasil ujikaji tu, urin aku tak berbuih.. sedangkan urin dia berbuih.. kalau betul yeay lah ye.. kalau salah pasrah jelah.. 

6 Nov yang lalu, masa tu aku dan family baru mendarat dr KLIA, kandungan masa tu 20w ke 21w cmtu.. terus pi booking scan 3d4d by fb dan whats up ms tgh sarapan kat mamak area KLIA.. tgk2 pukul 8.30am tu ada slot kosong kat Klinik AsSalam Bangi.. yg scan aku tu sonoghraper namanya Celline.. belum sampai rumah lg, kitorang terus menuju ke klinik.. kitorang tak buatla scan 3d4d sbb check up biasa pun doc selalu buat. jadinya aku pilih detail scan 2d je. harga RM150. Kalau buat detail scan kat PCMC RM450.. insuran xtanggung tu.. pulaktu yg scan kat situ doc lelaki, lagila aku tak nak.. 

Satu persatu si Celline tu terangkan pasal detail scan baby aku, otak, jantung, buah pinggang, perut, tulang kaki, tulang tangan, jari kaki ada berapa, jari tgn ada berapa, tgk bibir dan mulut.. so far, semuanya alhamdulillah normal.. lega aku dengar.. eh..eh.. lupa pulak.. last sekali dia tunjukkan jantina baby.. dia cakap, baby girl sebab tak nampak pistol .. dan menunjukkan tanda2 jantina girl.. masa tu terkesima kejap sbb mcm tak percaya.. kalau betul, alhamdulillah..  




Friday, 5 August 2016

Peristiwa yang mencemaskan..

Assalamualaikum.. lama xjenguk blog sendiri.. dah bersawang dah.. habuk pun byk.. hehe.. tetiba rasa mcm tak tau nk mulakan ayat mcmmana... sebenarnya byk aku nak share kat korang tp tgok mood la.. simptom M lah.. tu la masalahnya.. xpe.. pelan2 ok.. 

Alhamdulillah, kali ni aku dah disahkan mengandung kali ke-4. Hari ni dah 7w4d.. cuma yg menjadi kerisauan aku adalah spotting atau bleeding di awal2 kehamilan aku ni.. Umur Aqlan dan genap 2 tahun dan nak hampir ke 2 thn 1 bulan jd mungkin dah tiba masanya utk aku plan anak seterusnya dan menghentikan penyusuan Aqlan.. 

Proses wean off Aqlan ni berjalan dgn lancar sbb dgn hati yg berat aku terpaksa melepaskan Aqlan untuk dijaga oleh mak mertua, tambahan lg sbb aku tgh mengalami masalah bleeding ni. Lg bahaya kalau dia terus tinggal dgn aku.. kang dia nk menyusu lah.. nak dukung dia lah.. tu lagi bahaya.. jadinya, husband mintak mak dia je jagakan Aqlan lagipun boleh Aqlan tu berdikari dan biasakan dia dgn susu botol. Sehari dua lps Aqlan tak dgn aku.. memang rindu sgt2 dgn Aqlan.. yela selama ni aku jarang sgt berpisah dgn dia.. mana taknya 24/7 aku duk mengadap dia je la.. lagi2 lps aku berhenti kerja mmg dialah peneman aku walau ke mana aku pergi.. rindu bucuk macam dia.. rindu rambut kenteng2 dia.. rindu sgt2 dia la.. dlm seminggu ada la sekali aku jumpa dia.. tu pun dia mcm pasrah je kene tinggal.. aku yg sob..sob.. 

Minggu lepas aku dah jumpa doc, spt biasa awal2 kehamilan ni aku jumpa doc Kamaljit dan dia bg aku ubat Duphaston dan scan sekali.. dah nampak degup jantung baby.. lega rasanya.. cuma hari ni yg merisaukan aku bleeding tu macam makin byk... risaunya.. 


Sunday, 19 June 2016

Kuih Raya

Assalamualaikum..

Semoga sihat-sihat selalu hendaknya.. Hari ni dah hari ke-14 puasa.. Setakat hari ni aku dah siapkan beberapa jenis kuih raya.. hehe.. senarai kuih raya berangan drpd post yg lepas menjadi kenyataan.. mungkin ada jenis kuih raya yg digugurkan dan ditambah dgn jenis yg lain..kikiki.. last minute tukar plan.. aku terpaksa buat awal kuih raya ni sebab time aku tak boleh puasalah aku buat kuih raya.. drpd aku melanguk tak tau nak buat apa.. asik duk bergolek je dgn si Aqlan tu, baik aku buat kuih raya.. boleh gak ngap..ngap.. nanti bila dah start boleh puasa, tak boleh dah nak ngap..ngap.. heheh.. sbnrnya target aku Ramadhan kali ni nak khatamkan 30 juzuk al-quran.. bila dah xboleh baca ni..ni lah masa aku nk fokus buat kuih raya.. bila dh boleh puasa nanti kene pulunlah nk cover balik juzuk yg dah tertinggal tu.. dah brp tahun dah aku xdapat nk khatamkan al-quran..rasa rugi sgt.. sblm ni sebab dlm pantang bulan puasa..mmg kaw..kaw lah 30 hari xdpt.. thn sblm2 tu duk mengandung lah.. aku bila mengandung mengah sgt baca quran.. dugaan betul.. nafas pendek sgt.. 

Berbalik kpd kuih raya tu.. ni antara yg berjaya aku hasilkan.. takla byk mana.. semuanya buat 1 adunan je.

Biskut first aku buat sblm ramadhan.. konon utk mkn2 dan test resepi semperit susu.. rasanya macam kuih bangkit plak.. jenuh jugak nk tekan dlm acuan ni.. bila dah fed up, aku simpan dlm fridge dulu.. tunggu mood dtg... bila mood dah dtg bbrp hari kemudian, baru aku tambah butter sikit lagi, baru ok.. 

Biskut tart nenas

Sebelum tu jem tu aku dah siap-siap buat kat kampung hari tu.. kalau harap nak buat kat sini mmg tak la kot.. dok bertangguh je nk buatnya..

Dapat 1 balang sederhana je.. tp hari ni aku rasa kuantiti biskut dlm balang tu dah menyusut sikit..hihihi..


Biskut semperit ni paling tragis bagi aku.. uwaa...

Mana tak tragisnya.. drpd belas2 biji, adalah seketui dua yg selamat.. payah benor nak tanggalkan dr tray.. kesimpulan yg aku buat sendiri ialah aku xguna gula icing..aku guna gula kastor.. adakah sbb tu dia melekat sgt?? Mak aku ckp cer tambah tepung gandum.. bila aku dah tambah tepung gandum.. jadi keras plak doh tu..nk tekan pd acuan semperit, ya ampun sakit tgn.. pastu aku tambah lagi butter.. baru lembut sikit dan senang nak tekan pd acuan.. tp still melekat jugak..waaa...

Ni je yg selamat.. tu pun masa panas2 aku duk cungkil2 .. ada yg selamat.. ada juga yg tak selamat.. hu.. yg tak selamat tu dah selamat masuk dlm perut aku dan aqlan..haha.. adam pun dah baham jugak..

Sebenarnya masa aku buat kuih semperit ni, aku dah give up sebab asik melekat je.. last2 aku simpan doh dlm fridge tunggu mood nk baking dtg balik baru aku start baking balik.. stress woo bila kuih tak jadi.. 

So, kuih seterusnya ialah jejari nestum..

Mengembang jugak biskut ni rupanya.. kene tkr nama.. biskut jejari tembam nestum..hehehe...

Biskut ni aku baru je buat tadi.. gigih bangun awal nak buat biskut ni..last2 si Aqlan terjaga juga.. bagi dia 2 ketul senyap la dia.. siap jilat2 tangan lagi si Aqlan tu.. Biskut ni aku salut dgn gula aising+susu anlene tu je yg ada.. nk salut dgn susu sustagen 3+ (susu Adam dan Aqil) kang lain benor rasanya.. selalunya aku beli susu utk aku.. kdg2 nespray..kdg2 everyday..kdg2 dutch lady..kdg2 anlene.. so, skg giliran anlene.. mmg berkalsium tinggilah biskut tu.. kikiki.. 


Sunday, 29 May 2016

Senarai Kuih Raya Berangan..hehe

Assalamualaikum..
Hari ni tak de kerja nak buat.. maklumlah pembantu rumah abg ipar aku yg baru ada di rumah, jadi, byk kerja rumah yg dah settle..tinggal nak masak tengahari je kejap lagi. Abg ipar dan family dia pergi bercuti jadinya pembantu dia parking rumah aku.. minggu lepas dia baru hantar pembantu rumah yg lama balik Indon. So, sementara bibik ni ada di sini bolehlah dia tolong2 bersih2kan rumah apa yg patut. Seronok betul bila bercuti dari membuat kerja rumah..hehehe.. bila dpt pembantu rumah yg ok..mmg rasa nak ambil je.. tapi bila dpt yg tak ok..mmg rasa taubat dah amik depa2 ni bekerja dgn kita..minggu depan, semua kerja kene buat sendiri.. huhuhu.. 

Oklah berbalik kpd tajuk asal entry ni.. sebenarnya aku dah berangan2 nak merajinkan diri utk membuat kuih raya sendiri tahun ni.. semoga angan-angan ini menjadi kenyataan.. aminn.. hiks..
Antara kuih raya yg menjadi angan-anganku ialah :

1) Semperit original
2) Semperit Susu (Bentuk Bunga)
3) Biskut Red Pearl 
4) Biskut Jem Nenas
5) Biskut Snow Almond

Cukuplah ni dulu.. harap2 rajin daku membuatnya..

Saturday, 28 May 2016

Risaunya ibu bila anak nak exam..

Assalamualaikum..
Setelah berhari-hari kerisauan dan debaran melanda diri seorang ibu ini, akhirnya tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Hari ni merupakan hari peperiksaan kemasukan darjah satu di Sekolah Rendah Integrasi Bandar Baru Bangi.. risau sungguh aku, yelah anak sulung nak masuk sekolahkan.. mana tak risaunya.. hampir setiap hari aku suruh dia buat latihan dlm buku.. Buku2 tu ada yang aku beli di kedai buku dan ada juga beli buku contoh soalan drpd pihak sekolah.

Pasrah dan redha jelah dgn keputusan yg akan dpt nanti. Ramai giler calon peperiksaan dlm 600++ org, yang dia nak dlm 150 orang sahaja. Tak sangka dpt jumpa Kak Haida, kawan masa kat UKM dulu. dan juga jumpa kak Asiah kwn husband masa di UKM dulu.. Masa tu husband tgh undergrad.. selalu buat lab, kak Asiah pulak student PhD, skg dia lecturer kat UPM. Kak Asiah ada 5 anak, yg perempuan semua bersekolah di SRAI, yg lelaki bersekolah di Al-Amin. Sebenarnya aku target anak-anak bersekolah di Al-Amin, cuma aku try juga sekolah SRAI ni dan sekolah ABIM Sg Ramal Dalam. Semoga Adam dapat sekolah yang terbaik buat dia.

Thursday, 26 May 2016

JEPUN: Sapporo Day 4 Part 1

Hari keempat di Sapporo, setelah selesai bersihkan diri, solat subuh, kami bersarapan dirumah sebelum keluar. Hari ni menu dari mak mertua, nasi+udang masak tempoyak+ikan masak asam rebus+sambal paru dan kima (masakan pakistan).. Lepas tu budak2 makan aiskrim halal yg kitorg beli malam tadi..


Bersiap2, then kitorang ke kedai kain Kanariya.. Shopping time!! tak ingat berapa tingkat.. tp macam2 jenis kain yg dijual.. kalau waktu ni musim winter, so, bykla jenis kain yg jenis tebal sikit dan berkapas..tak tau apa nama kainnya yg dijual.. tp kain jenis lain pun byk.. sapa yg kaki jahit mmg gilos la pegi tempat mcm ni.. ada kain yg utk buat beg.. ada kain yg org buat selimut baby.. kain bedung baby .. corak-corak dia hu..mmg comel2 belaka.. rambang mata.. kitorang beli baju raya kat sinilah..  kain jenis japanese cotton.. corak yg aku pilih adalah corak gunung fuji..mcm pelik je buat baju..tp tunggulah dah siap nanti cmnelah rupanya.. kain tu kalau org jepun depa buat kimono.. kata nak oleh2 dr jepun.. biarla ada corak cam jepun2 sikit.. kalau yg lelaki, pilih baju yg agak2 sama kaler dgn aku tp apatah nama kainnya.. jenis kasar sikit..tp yg aku igt kain tu depa buat utk baju yukata.. ala2 baju ninja tu..





Kat kedai kain juga ada jual pola.. kalau nk buat apron ke..beg ke.. kimono ke..yukata ke.. semua ada jual.. buku jahitan pun ada.. Dr Sufi kata, mmg instruction dia fully bahasa jepun..tp diaorg kan jenis detail.. senang nak faham.. tp aku tak beli sebab aku bukan kaki jahit dan takde mesin jahit pun kat rumah.. 



Kitorang mmg borong banyak giler kain2 kat sini.. mak mertua aku la sponsor kain utk 1 family aku, family kakak ipar aku, abg ipar aku dan adik ipar aku @ kembar husband aku.. yg pompuan corak pompuan la..dan g lelaki corak lelaki la.. aku dgn husnd just beli utk mak aku, adik beradik pompuan aku dan adik ipar aku.. okeyla tu..berat woo kain2 tu, brp kilo lah agaknya ..

Lepas habis bershopping, kami balik apartment kejap utk hantar kain2 tadi dan solat2 jamak zohor dan asar,  then meneruskan perjalanan ke Mount Moiwa. Bersambung di part 2 nnt ek.. 

Tuesday, 26 April 2016

JEPUN: Sapporo Day 3

Hari ni plan kitorang nak ke Otaru sebenarnya tapi disebabkan Adam demam terpaksa batalkan semuanya. Kawan aku Fie yg sedang berada di Jepun meneman suaminya sambung belajar bg no contact seseorang yang boleh guide aku utk dptkan rawatan. okla tu.. dia pun sgt fasih berbahasa Jepun. Husband aku sblm ni pernah baca blog org bg no contc kwn dia seorg doktor di Sapporo. Rupa2nya adalah orang yang sama. 

Doktor tu nama dia Sufi, perempuan. Dia bawa aku, husband dan Adam ke klinik utk dapatkan rawatan. Mak mertua, pak mertua, Aqil dan Aqlan duk apartment je. Klinik yg kami pergi tu klinik kanak-kanak so ruang dlm deco mmg banyak kartun la. Org Jepun mmg pyh nk jumpa yg pandai ckp English.. mujur Dr Sufi ada boleh translatekan..

First time aku jumpa ubat serbuk.. diaorg timbang berat badan Adam dulu..pastu baru timbang ubat tu brp gram sesuai utk berat Adam tu..pastu ubat tu kene bancuh sendiri..mean kene tambah air sikit je dlm 2sudu teh camtu kacau2 biar dia sebati..so, ubat tu mcm pekat2 gitu barulah boleh makan.. sedap rasa ubat tu.. dia siap buat demo lagi..

Dr Sufi ckp, hari ni rehat2 je la sbb nk bagi keadaan adam ok sikit.. nk bg badan dia cukup rehat dan dpt recover dgn baik.. ok..so, tiket ke Otaru burn mcmtu je.. 

Malam, aku dgn husband je keluar tu pun pegi kedai beli air mineral..pastu singgah daiso..beli sikit2 brg yg comel2..sudu plastik sbb sudu mak mertua aku bawa byk yg dh patah..pastu beli penekap roti bentuk muka bear.. comel sgt.. pencucuk mknn yg comel tu..aku xtau ape ke namanya.. biasa org jepun letak kat bento diorg yg comel2 tu..








Penekap telur rebus

Otw balik dari kedai tu kitorang just amik gambar persekitaran je.. tu shj aktiviti utk hari ni.. semoga Allah beri kesembuhan pd Adam .. 

Layan gambar sepanjang hari ni :)


Adam sedang amik gas





Suasana persekitaran dlm klinik kanak-kanak.. ni tempat bdk2 menunggu kalau tak larat sgt, boleh baring2 situ..
 
Ni pulak suasana Sapporo masa malam kitorang jalan-jalan..
 
Terjumpa rumah comel..
 
 
 






Monday, 25 April 2016

Kek Span Pilihan Hati

Assalamualaikum.. sejak kebelakangan ni ter'rajin pulak membakar kek.. ni gara-gara stress sebab percubaan membuat pau yang ntah kali ke berapa tidak menjadi lg.. geram sungguh aku.. sukarnya membuat pau.. akan dicuba lg tp tak tahu bila.. buat kek lg senang dr buat pau.. uhuu.. sedih betul.. 

Setelah bbrp percubaan dlm pencarian resepi kek span pilihan hati, rasanya resepi kek span yang aku ambil dari blog enyabdullah adalah yg terbaik.. tu dr citarasa aku la.. org lain mungkin berbeza .. 
Ni link ke resepi tersebut..Resepi kek span sedap

Anak-anak aku cukup gemar kek tu.. asik tnya bila ibu nak buat kek tu lg.. 

Bab deco mmg aku fail.. tgn xkreatif..huhu.. tp dari segi rasa, mmg sedap kek ni.. lembut sgt.. 






Yg ni kali kedua buat utk birthday husband dan Aqil.. diorg beza sehari je.. abaikan deco yg tak berapa cantiks tu.. haha.. 

Kali ketiga aku buat ikut resepi lain.. tp tekstur dia berbeza sikit.. agak padat..aku xsuka sgt tekstur yg padat.. mybe resepi ni sesuai utk buat victoria sandwich cake kot..  tp anak2 aku suka je.. 



Terima kasih eny atas perkongsian resepi kek span yang menepati citarasa aku tu.. 

Friday, 8 April 2016

JEPUN: Sapporo Day 2

Hari kedua kami plan nak ke Takino Suzuran Park, Sapporo Masjid, Warung Jawa dan Tanuki Koji Arcade.  

Pagi2 lagi, kami semua bangun. bdk2 lagi la. mandi pun nangis, tak cukup rehat kot.. mata ngantuk lg. tapi kene paksa juga. sebab nak pi Takino Suzuran Park tak boleh lewat. Park tutup pukul 4.00pm, last bas pukul 3.28pm. Kalau boleh nak spend masa lama kat situ.

Mulanya kitorang jalan kaki nak ke Subway Station  Nishi Juitchome. Tapi mcm lambat je jln2 dgn bdk2 lagi, last2 kitorang naik teksi ke stesen tu. haha.. aci tak.. terpaksa amik 2 teksi la. Dah separuh perjalanan sbnrnya nk sampai kat stesen tu. 




Dalam train tidur...


Keluar je dari train, si Aqil yg mengantuk sambung tido kat kerusi pulak..haha



Dari  Nishi Juitchome Station (Tozai Line) ke Makomanai Station (Namboku Line) harga 290 yen seorang. Keluar je dari subway station je pegi belah kiri then nampak bus stop no 2 dan ambil Chuo Bus 106. Bas tu mmg ke Takino Suzuran Park. Bas tu akan stop beberapa tempat ada 3 stop, tapi utk ke Takino Suzuran dia akan berenti last sekali sampai semua org dah turun. tambang bas ni 440 yen seorang. 

Kene beratur ye tuan-puan untuk naik bas..
 
Jadual bas. cuma ada 1 bas setiap jam. Bas ini bertolak every one hour iaitu xx24 hrs.. contohnya 0845, 0945, 1045.. so, kene plan baik la untuk tidak menunggu masa yang lama k.. 
Sesampainya kami di Takino Suzuran Park ni, isi perut dulu dgn bekalan makanan yang dibawa. maggi goreng dan air teh serta horlicks..

Masa kami tengah santai2 tu, tiba2 bergegar.. terkesima sebentar.. rupa-rupanya gempa bumi.. mula gegar sikit bbrp saat.. lps tu gegar lg, aku tgk org Jepun ada yg dah duduk bawah meja selamatkan diri.. gegaran kedua tu yg lama sikit.. lepas tu xde dah.. hu.. alhamdulillah selamat.. tiada kemalangan jiwa dan bangunan yg musnah.. Katanya bangunan di Jepun ni mmg dicipta utk tahan gegaran gempa bumi yang sering berlaku.. bila balik apartment, tgk berita mmg sah ada gempa bumi.. 7 skala ritcher juga.. adik aku jg ada bgtau dlm whats app. ok.. satu pengalaman baru..



Sambung cerita aktiviti yang dilakukan di sini ialah Tube Sledding, percuma sahaja. Mula2 tube tu sangkut kat tali yang akan membawa kita naik atas, kira kita tak payah susah2 ko jah nak hangkut tube tu, dah la bukit tu tinggi.. aku naik tube tu dgn si comel Aqlan, Aqil dgn mak mertua, Adam dgn ayah dia dan pak mertua aku naik sorang.. 









Tube Sledding ni antara yang terpanjang di dunia.. memang best, seronok, cuak, berpusing2, kejap kedepan, kejap ke belakang, sejuk giler beb sbb snow mercik ke muka, aku yang terjerit2, Aqlan steady je..kahkah..cuma muka dia kemerah-merahan sbb sejuk weii..dia mmg senyap je tak terkata..



Lepas tu terus kitorang ke tempat permaian indoor, tempat memanaskan badan. lps tu terus kitorang siap2 utk balik.. rasa sekejap je.. ngam2 kitorang sampai tempat turun bas tadi, bas pun dah sedia ada apalagi teruslah naik.. Bas akan bawa ke Makomanai Station yg tadi tu. Then kitorang amik train to Kitajunijo Station.

Destinasi seterusnya ialah mencari Sapporo Mosque. Time ni mmg sangattt mencabar, meredah hujan salji yg lebat demi mencari Masjid Sapporo.. anak2 dah mula merengek2.. Hari pun  nak dekat gelap, terus solat then lepas solat cdgnya nak makan malam di Warung Jawa. Terjumpa jemaah yg solat di masjid tu katanya kedai tu tutup. Pemilik Warung Jawa tu sedang bercuti di Eropah.. Pastu dia sarankan ke Kedai Makan Halal satu lagi. Namanya Dawat Cafe. 





 Suasana dalam Masjid Sapporo, tingkat 2.. tempat pompuan solat..






Lepas Dinner, kitorang ke Tanuki Koji Shopping Arcade. ok. xde apa pun, kedai cenderamata yg kitorang target nk beli tutup pulak.. ok lain kali lah pergi.. Masa ni Adam dah tak larat, mcm nak demam. Mak mertua dan ayah mertua aku bawa anak2 balik apartment dulu sementara aku dan husband jalan2 dulu.


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...