Friday 8 April 2016

JEPUN: Sapporo Day 2

Hari kedua kami plan nak ke Takino Suzuran Park, Sapporo Masjid, Warung Jawa dan Tanuki Koji Arcade.  

Pagi2 lagi, kami semua bangun. bdk2 lagi la. mandi pun nangis, tak cukup rehat kot.. mata ngantuk lg. tapi kene paksa juga. sebab nak pi Takino Suzuran Park tak boleh lewat. Park tutup pukul 4.00pm, last bas pukul 3.28pm. Kalau boleh nak spend masa lama kat situ.

Mulanya kitorang jalan kaki nak ke Subway Station  Nishi Juitchome. Tapi mcm lambat je jln2 dgn bdk2 lagi, last2 kitorang naik teksi ke stesen tu. haha.. aci tak.. terpaksa amik 2 teksi la. Dah separuh perjalanan sbnrnya nk sampai kat stesen tu. 




Dalam train tidur...


Keluar je dari train, si Aqil yg mengantuk sambung tido kat kerusi pulak..haha



Dari  Nishi Juitchome Station (Tozai Line) ke Makomanai Station (Namboku Line) harga 290 yen seorang. Keluar je dari subway station je pegi belah kiri then nampak bus stop no 2 dan ambil Chuo Bus 106. Bas tu mmg ke Takino Suzuran Park. Bas tu akan stop beberapa tempat ada 3 stop, tapi utk ke Takino Suzuran dia akan berenti last sekali sampai semua org dah turun. tambang bas ni 440 yen seorang. 

Kene beratur ye tuan-puan untuk naik bas..
 
Jadual bas. cuma ada 1 bas setiap jam. Bas ini bertolak every one hour iaitu xx24 hrs.. contohnya 0845, 0945, 1045.. so, kene plan baik la untuk tidak menunggu masa yang lama k.. 
Sesampainya kami di Takino Suzuran Park ni, isi perut dulu dgn bekalan makanan yang dibawa. maggi goreng dan air teh serta horlicks..

Masa kami tengah santai2 tu, tiba2 bergegar.. terkesima sebentar.. rupa-rupanya gempa bumi.. mula gegar sikit bbrp saat.. lps tu gegar lg, aku tgk org Jepun ada yg dah duduk bawah meja selamatkan diri.. gegaran kedua tu yg lama sikit.. lepas tu xde dah.. hu.. alhamdulillah selamat.. tiada kemalangan jiwa dan bangunan yg musnah.. Katanya bangunan di Jepun ni mmg dicipta utk tahan gegaran gempa bumi yang sering berlaku.. bila balik apartment, tgk berita mmg sah ada gempa bumi.. 7 skala ritcher juga.. adik aku jg ada bgtau dlm whats app. ok.. satu pengalaman baru..



Sambung cerita aktiviti yang dilakukan di sini ialah Tube Sledding, percuma sahaja. Mula2 tube tu sangkut kat tali yang akan membawa kita naik atas, kira kita tak payah susah2 ko jah nak hangkut tube tu, dah la bukit tu tinggi.. aku naik tube tu dgn si comel Aqlan, Aqil dgn mak mertua, Adam dgn ayah dia dan pak mertua aku naik sorang.. 









Tube Sledding ni antara yang terpanjang di dunia.. memang best, seronok, cuak, berpusing2, kejap kedepan, kejap ke belakang, sejuk giler beb sbb snow mercik ke muka, aku yang terjerit2, Aqlan steady je..kahkah..cuma muka dia kemerah-merahan sbb sejuk weii..dia mmg senyap je tak terkata..



Lepas tu terus kitorang ke tempat permaian indoor, tempat memanaskan badan. lps tu terus kitorang siap2 utk balik.. rasa sekejap je.. ngam2 kitorang sampai tempat turun bas tadi, bas pun dah sedia ada apalagi teruslah naik.. Bas akan bawa ke Makomanai Station yg tadi tu. Then kitorang amik train to Kitajunijo Station.

Destinasi seterusnya ialah mencari Sapporo Mosque. Time ni mmg sangattt mencabar, meredah hujan salji yg lebat demi mencari Masjid Sapporo.. anak2 dah mula merengek2.. Hari pun  nak dekat gelap, terus solat then lepas solat cdgnya nak makan malam di Warung Jawa. Terjumpa jemaah yg solat di masjid tu katanya kedai tu tutup. Pemilik Warung Jawa tu sedang bercuti di Eropah.. Pastu dia sarankan ke Kedai Makan Halal satu lagi. Namanya Dawat Cafe. 





 Suasana dalam Masjid Sapporo, tingkat 2.. tempat pompuan solat..






Lepas Dinner, kitorang ke Tanuki Koji Shopping Arcade. ok. xde apa pun, kedai cenderamata yg kitorang target nk beli tutup pulak.. ok lain kali lah pergi.. Masa ni Adam dah tak larat, mcm nak demam. Mak mertua dan ayah mertua aku bawa anak2 balik apartment dulu sementara aku dan husband jalan2 dulu.


 

No comments:

Post a Comment

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...