Friday, 5 August 2016

Peristiwa yang mencemaskan..

Assalamualaikum.. lama xjenguk blog sendiri.. dah bersawang dah.. habuk pun byk.. hehe.. tetiba rasa mcm tak tau nk mulakan ayat mcmmana... sebenarnya byk aku nak share kat korang tp tgok mood la.. simptom M lah.. tu la masalahnya.. xpe.. pelan2 ok.. 

Alhamdulillah, kali ni aku dah disahkan mengandung kali ke-4. Hari ni dah 7w4d.. cuma yg menjadi kerisauan aku adalah spotting atau bleeding di awal2 kehamilan aku ni.. Umur Aqlan dan genap 2 tahun dan nak hampir ke 2 thn 1 bulan jd mungkin dah tiba masanya utk aku plan anak seterusnya dan menghentikan penyusuan Aqlan.. 

Proses wean off Aqlan ni berjalan dgn lancar sbb dgn hati yg berat aku terpaksa melepaskan Aqlan untuk dijaga oleh mak mertua, tambahan lg sbb aku tgh mengalami masalah bleeding ni. Lg bahaya kalau dia terus tinggal dgn aku.. kang dia nk menyusu lah.. nak dukung dia lah.. tu lagi bahaya.. jadinya, husband mintak mak dia je jagakan Aqlan lagipun boleh Aqlan tu berdikari dan biasakan dia dgn susu botol. Sehari dua lps Aqlan tak dgn aku.. memang rindu sgt2 dgn Aqlan.. yela selama ni aku jarang sgt berpisah dgn dia.. mana taknya 24/7 aku duk mengadap dia je la.. lagi2 lps aku berhenti kerja mmg dialah peneman aku walau ke mana aku pergi.. rindu bucuk macam dia.. rindu rambut kenteng2 dia.. rindu sgt2 dia la.. dlm seminggu ada la sekali aku jumpa dia.. tu pun dia mcm pasrah je kene tinggal.. aku yg sob..sob.. 

Minggu lepas aku dah jumpa doc, spt biasa awal2 kehamilan ni aku jumpa doc Kamaljit dan dia bg aku ubat Duphaston dan scan sekali.. dah nampak degup jantung baby.. lega rasanya.. cuma hari ni yg merisaukan aku bleeding tu macam makin byk... risaunya.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...