Sunday, 29 May 2016

Senarai Kuih Raya Berangan..hehe

Assalamualaikum..
Hari ni tak de kerja nak buat.. maklumlah pembantu rumah abg ipar aku yg baru ada di rumah, jadi, byk kerja rumah yg dah settle..tinggal nak masak tengahari je kejap lagi. Abg ipar dan family dia pergi bercuti jadinya pembantu dia parking rumah aku.. minggu lepas dia baru hantar pembantu rumah yg lama balik Indon. So, sementara bibik ni ada di sini bolehlah dia tolong2 bersih2kan rumah apa yg patut. Seronok betul bila bercuti dari membuat kerja rumah..hehehe.. bila dpt pembantu rumah yg ok..mmg rasa nak ambil je.. tapi bila dpt yg tak ok..mmg rasa taubat dah amik depa2 ni bekerja dgn kita..minggu depan, semua kerja kene buat sendiri.. huhuhu.. 

Oklah berbalik kpd tajuk asal entry ni.. sebenarnya aku dah berangan2 nak merajinkan diri utk membuat kuih raya sendiri tahun ni.. semoga angan-angan ini menjadi kenyataan.. aminn.. hiks..
Antara kuih raya yg menjadi angan-anganku ialah :

1) Semperit original
2) Semperit Susu (Bentuk Bunga)
3) Biskut Red Pearl 
4) Biskut Jem Nenas
5) Biskut Snow Almond

Cukuplah ni dulu.. harap2 rajin daku membuatnya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...