Wednesday, 15 July 2026

Pengalaman Haji: Arafah

 Group kami bertolak ke Arafah ialah pada 8 Zulhijjah 1447 pada waktu malam selepas solat maghrib dan isyak secara jamak tamam. Sebelum bertolak kami berkumpul di lobi hotel untuk mendengar taklimat ringkas dan membaca niat haji beramai-ramai. 

Selesai membaca niat haji, disunatkan bertalbiah terutama dalam perjalanan ke Arafah, ketika ini, rasa sayu dan rasa mcm tak sangka sgt dapat tunaikan haji pada tahun ini. Sungguh rasa bersyukur diberi peluang untuk melaksanakan rukun islam ke-5 ketika ini.

Group kami kebanyakannya melaksanakan haji tamattuk, ada beberapa orang sahaja yang mengerjakan haji ifrad. Kami suami isteri buat haji tamattuk. Sebanyak 4 bas yang membawa kesemua ahli group kami. Alhamdulillah 3 bas sampai di Arafah pada waktu tengah malam. Ada 1 bas yang terlewat sampai sebab masalah lalulintas. Mereka tiba di Arafah sebelum waktu subuh.

Sebenarnya bas aku dengan suami bas no.4, tapi disebabkan ada kesalahfahaman berkenan no bas yang tertera pada kad kami, kami ingat bas kami no.1. Jadi, kami naik la bas no.1. Staff yang ditugaskan untuk menguruskan bilangan jemaah takde cakap apa2pun, kami ingat memang betul je la nombor bas kami ni. Sekalinya, Tn Hj Z bgtau masa dah sampai Arafah, bas no.4 short 2 penumpang..lahh.. rupanya kami la tu yang tersalah naik bas..😅adehh.. mujur Tn Hj Z tak cakap apa2 sebab bila kira2 semua jemaah cukup je bilangannya..

Antara barang-barang yang dapat ketika di Arafah.. Ada termos, payung, set personal care, bantal, tuala, selimut, zikir digital dan batu melontar.

Alhamdulillah, tahun ini Tabung Haji memilih Syarikat Nozoly sebagai penyedia perkhidmatan dan penginapan rasmi untuk jemaah haji Malaysia. Banyak kemudahan yang telah dinaik taraf daripada kemudahan pada tahun sebelum ini. Tilam pun selesa. Walaupun kami mengambil pakej, tapi disebabkan kami kan kuota tambahan tabung haji, jadinya penginapan kami berdekatan dengan khemah muassasah, cuma bezanya kedudukan kami sangat dekat dengan tempat makan, tandas dan tempat turun bas. Memang strategik sangatla kedudukannya. Ada juga dikalangan kami minta kat Tn Hj Z, boleh tak nak upgrade khemah yang lebih baik lagi seperti khemah2 pjh lain yang lebih eksklusif, tapi memang xde khemah kosong dah, yang ni je yang tinggal. Bagi aku, yang ni pun dah cukup baik. Teringat cerita2 haji dari mak dan arwah kak lin dulu, rasa dulu lagi mencabar kot. Kami bertuah sebab paling dekat dengan tandas, jadi cepat je lah dapat giliran. Tak tunggu terlalu lama. 

Dalam senarai barang-barang yang perlu dibawa ke Arafah dan Mina yang aku dapat dari kawan2 share atau dapat kt fb, ada juga sebenarnya barang2 yang tidak perlu. Buat berat beg je bawa. Tapi kan kita tak tahu, jadi bawa je la. Bila dah lalui baru kita rasa..ala..yg ni xyah bawa pun xpe.. 

Antara barang yang orang suggest bawa:

1. Penyangkut S - Kat belakang pintu tandas kebanyakkannya sudah ada penyangkut, xyah bawa banyak.. Bawa 1-2 je dh cukup, itu pun kalau nk sangkut tudung kat tempat amik wudhuk.
2. Kipas usb - Bagi aku, rasa tak perlu sebab spray muka dgn air lebih function drpd guna kipas, sebab kalau guna kipas masih tetap rasa hawa panas tu. Kecuali korang bawa kipas yang siap dgn penyembur air, at least dapat angin+air sejuk sikit. Dah la aku bawa 2 kipas, husband bawa 2 kipas-berat woo. patut boleh kurangkan keberatan beg. Nak ke Arafah Mina ni kena limit bawa barang dan pakaian. Bawa benda yang benar2 perlu sahaja. Tips yang paling penting kan.. kalau phone panas, terutama iphone cepat je panas, kitorang spray air kat bhgn depan dan belakang phone, lepastu kan cepat je sejuk phonenya.. try la.. lepas spray tu, lap la dgn tisu atau kain tuala kecik. kang masuk pula air dlm celah2 phone.
3. Power bank-Aku bawa 2, Ya Allah.. aku ni mcm buat latihan angkat berat je. Sebenarnya tak perlu, bawa 1 pun cukup kalau korang sejenis yg suka tangkap gambar/video byk2, bateri cepat habis. Macam aku yang takde la byk sgt tngkap gambar, xyah pun xpe. Dah ada tempat pengecas, banyak pulak tu.


Kalau bernasib baik dapat khemah yang tilamnya dah ada port pengecas, lagila senang. Kami kan kuota tambahan, jadi xde port tu. Port yang mcmni je ada tapi okla kan. Apa-apa pun Alhamdulillah.

Sebelum ke Arafah, dapat tips dari dari orang yang dah pegi haji, diorang cakap kat Arafah xperlu mandi sebab kebanyakkan yang mandi nanti demam. Ntah la xpasti juga kebenarannya atau kebetulannya. Kitorang pun kalau boleh taknak buang masa berlama2 dlm tandas, buat perkara yg perlu je. Buang air, gosok gigi dan ambil wudhuk. Ada masa kena tunggu lama, ada masa sekejap je. Mungkin kena tengok keadaan la kot. Yang penting kan, ambil wudhuk beberapa jam sblm masuk waktu sebab bila tiba nak dekat-dekat masuk waktu solat, dah macam suatu perjuangan nak masuk tandas.

Suasana dalam khemah di Arafah, dah ada tempat penyangkut tudung. Tempat tidur, tempat makan dan tempat solat adalah tempat yang sama. Ketika inilah baru para jemaah berkenal-kenalan dan bertegur sapa. Sebab sebelum ni kita hanya jumpa dan rapat dgn teman sebilik. Kalau jumpa kat cafe pun sekadar senyum je tak kenal sangat kan. Di sinilah ukhuwah terbina.

Suasana sarapan pagi pada 9 Zulhijjah.. Cantik sangat langit ketika ini. Xde gambar sendiri, amik gambar suasana je. Gambar sendiri ada kat phone orang lain. Dah lupa nk minta. 

Tempat ambil makanan, tempat kami berkongsi dengan jemaah haji dari Irkaz Travel dan petugas TH. Ada nampak Lisa Surihani, tapi tak ambil la gambar dia. Ada juga nampak Tomok. 

Selesai sarapan, cepat2 masuk khemah semula. Ustaz bagi masa uruskan diri sebab pukul 9 ada Quran session, lepas tu solat Dhuha. Rehat sekejap dan makan tengahari. Masuk je waktu solat zohor, Solat Zohor dan Asar jamak takdim tamam berjemaah. Ustaz baca khutbah Arafah. Then ustaz mengetuai bacaan zikir2 Arafah, lps habis zikir2 tu boleh keluar khemah utk berdoa. Waktu zikir tu adalah waktu paling mencabar sebab lama dan kita berperang dengan cuaca panas dan rasa mengantuk. Kita nak mohon doa dari Allah kena bersihkan hati dulu, ustaz kata. 

Waktu Dhuha, en suami cari port siap2 utk berdoa tapi tempat ni akan panas setelah gelincir matahari. Jadinya dia cari port lain juga utk yg slps zohor nanti.

Ni gambar org depan aku. Xde gambar kami, gmbr kami kat phone husband. Serius sebenarnya tak sempat nk bergambar sangat sebab tak sempat, masa begitu pantas berlalu.. Terlalu banyak yang nak mohon pd Allah. Kitakan hambaNya yang lemah..banyak dosa. Aku pernah cakap kat husband, sempat ke bang kita nak baca semua doa2 ni, doa sendiri, doa anak2, doa yg org kirim.. Pastu husband cakap, kenapa fikir negatif, fikirlah kita dpt baca semua doa2 tu. Betul juga kan. Biasa aku tgk kt fb suami isteri baca doa sama2 pastu isteri aminkan doa suami.. Kami tak sempat buat macamtu. Kitorang baca doa sendiri2. Kadang aku fikir, macam ni kot nanti kalau kat Padang Mahsyar, kita sibuk dengan diri sendiri,  kita mengenangkan nasib dan dosa2 sendiri lebih dari fikir org lain. Yang penting aku sempatla baca doa utk suami. Dan dia cakap dia ada baca doa utk aku. Cuma tak dapatla nak aminkan doa yg dibaca bersama2. 

Menurut ustaz, waktu menjelang Maghrib pada Hari Arafah adalah detik kemuncak yang paling mustajab untuk berdoa. Dalam tempoh ini rahmat dan pengampunan Allah SWT melimpah ruah, dan Baginda bersabda bahawa sebaik-baik doa adalah doa pada hari tersebut. Ketika ini, ustaz suruh keluar dari khemah dan berdoalah mengadap kiblat betul2 waktu sebelum maghrib. 

Kadangkan aku rasa tak cukup waktu, ok ke doa aku tu, betul2 menusuk ke dlm jiwa ke.. tapi bila ustaz/ustazah  cakap dan aku ada baca juga doa ni tak terhad kpd satu hari dan satu waktu, setiap saat dlm hidup ni adalah ruang untuk merintih kpd Allah. Cuma yg specialnya hari Arafah adalah hari di mana Allah dan malaikat turun ke langit dunia untuk menunaikan hajat manusia, membebaskan manusia dari azab neraka dan menurunkan rahmatNya. Semoga Allah menerima segala amalan kita, mengabulkan doa2 kita, mengurniakan nikmat kemanisan beribadah kpdNya, membebaskan kita dari azab api neraka dan semoga Allah kurniakan kita haji yang mabrur. Semoga yang belum menunaikan haji, direzekikan menunaikan haji pada tahun yang terbaik, pada tahap kesihatan yang terbaik dan dipermudahkan segalanya. Ameen.

Bas aku yang no4, kali ini naik bas yang betul ye.. Bas yang terakhir meninggalkan bumi Arafah..dah kosong dah ketika ini. Jam 12.59am. Jemaah muassasah ada yang dah gerak sejak petang lagi. Sebenarnya, sementara tunggu bas dari lepas isyak ke tengah malam tu, aku dah tertido2 kat khemah sebab mengantuk sangat. Tunggu bas lama sgt, bangun tidur pegi toilet. Masa dalam toilet tu, terdengar pekerja2 terjerit2 hajjah..hajjah.. rupanya bas dah sampai.. dia takut ada yang tertinggal bas..mujurla dia cari aku kt toilet.. en suami pun dh call banyak kali.. aku la org yg last naik bas.. beg yg berat tu staff tu tolong angkatkan..

Jam menunjukkan pukul 1.16am, bas kami tak berhenti di Muzdalifah. Bas kami melalui Muzlifah menggunakan kaedah murur.

Kaedah murur dalam ibadah haji adalah skema pergerakan jemaah dari Arafah ke Mina yang dilakukan dgn cara melintas atau melepasi Muzdalifah menaiki kenderaan (bas) tanpa turun untuk bermalam(mabit). Ia berfungsi sbg langkah keselamatan untuk mengelakkan kesesakan melampau dan melindungi jemaah yg berisiko tinggi. 

Kawasan Muzdalifah sangat terhad, jika semua jemaah dari seluruh dunia turun dan bermalam di sana, ruang yang ada jadi terlalu sempit (0.29m persegi) seorang. Keadaan ini berisiko menyebabkan rempuhan, sesak nafas dan masalah kesihatan kpd jemaah warga emas atau kelainan upaya. Tak semua pjh guna kaedah murur. Menurut Tn Hj Z, pjh2 ni cabut undi sapa yang turun Muzdalifah, sapa yang guna kaedah murur ni. Jadi, group kami dapatla kaedah murur ni. Laluan bg yg murur dgn yang berhenti di Muzdalifah tak sama. Laluan murur ni dia guna laluan berpagar khas. Memang lancar je la laluannya. Ada kawan husband pjh juga tapi tak murur, dia cakap berjam2 dalam bas.. dia cakap aku geram je tengok bas kuning yang lalu laju je kat Muzdalifah tu..hihi.. rezeki lain2.. cuma kitorang tak dapatla merasai bermalam di Muzdalifah yang orang kata berbaring berlantaikan bumi dan berlangitkan bintang-bintang di angkasa. 

Jemaah dari negara lain sanggup berjalan dari Arafah ke Mina melalui Muzdalifah. Syarat wajib haji adalah bermabit di Muzdalifah walaupun sebentar tu dah dikira sah. 

Lebih kurang pukul 1.40am bas kami tiba di Mina. Kiranya lebih kurang 40 minit ambil masa. InsyaAllah kalau ada masa, nak nukilkan sekali pengalaman di Mina pula, sebagai kenangan.

No comments:

Post a Comment

Pengalaman Haji: Arafah

  Group kami bertolak ke Arafah ialah pada 8 Zulhijjah 1447 pada waktu malam selepas solat maghrib dan isyak secara jamak tamam. Sebelum ber...