Monday, 26 August 2013

Bibik Oh Bibik

Entry ini agak pjg..sila jgn mengantuk..
Bibik aku skg ni kontraknya nk habis dah..bermakna, hampir 2 tahun dia berkhidmat dgn kami..namun, dia tak nak sambung berkerja dgn kami lg..walaupun suami aku dh tawarkan bonus, naik gaji lg..tapi dia tetap xmau..xpe lah..mungkin ada hikmah disebaliknya.. setakat ni aku berpuas hati dgn kerjanya..mmg rajin, xpayah suruh2, dia dah boleh buat..cuma mula2 tu mmg kene train dulu lah..ajar mcmmana cara kita buat, baru suruh dia buat..nak2 tang cuci2 najis ni..ye la risau jugak muntah budak, kencing budak kdg2 risau jugak cukup 3 kali atk dia cuci..paling xberkenan kalau cuci tak ikut hukum syara'.. bab jaga budak mmg ok la..sbb aku tgk dia sgt bersabar lagi2 bila berhadapan dgn kerenah Adam yg suka nangis kuat2 dan akan menangis lama bila apa yg dia nak tak dapat..huhu..

Setakat ni dah beberapa kali kami bertukar bibik..ada yg lari, ada yg tak nak bekerja lg sbb anak aku tak nak dgn dia, dah elok2 nk kerja tiba2 ckp dia dtg sini mak dia tak tahu..(kira mcm tak mendapat keizinan dan keredhaan ibu la ni) pastu xnak kerja pulak, ada yg nak sangat kerja dgn kitorang tapi sangat bermasalah.. communication fail..kita cakap lain, dia faham lain.. suruh ambil tudung dia bagi baju.. suruh basuh tong sampah, dia pi basuh plastik yg ada sampah dlm tu..poning kepala den.. pastu siap terkunci kat bilik air lg.. aiiyaa!! dah byk kali ajar cara bukak pintu blk air, siap aku masuk sekali dlm bilik air tu pun xpaham2 lagi.. naknya kalau dia terkunci time aku gi kerja, takkan nak harapkan anak aku setahun lebih ketika tu nak tolong dia bukakkan pintu bilik air utk dia.. oh tidakkkkk... (sila jerit gaya boboiboy yg terkejut bila diumumkan tarikh peperiksaan).. haha.. ni pengaruh tgk boiboiboy yg beratus ribu kali tgk..ni mmg kes parah.. apa lagi, kitorang mmg reject la bibik yg macam tu, hantar balik kat ejen..last2 dpt la bibik yg skg ni dan dpt bertahan hampir 2 tahun..

Pada aku, sebenarnya kita ambil khidmat pembantu rumah ni pun macam nasib2 je.. kalau dpt yg ok, okla..kalau dpt yg tak ok, tak ok lah..cumanya kita hanya mampu berdoa je semoga dapat bibik yg ok..yg menutup aurat, jaga solat, dapat jaga anak2 kita dgn baik, bersihkan rumah, gosok baju.. sekurang2nya beban kerja2 rumah tu dah ringan sikit.. biasanya memasak mmg aku la..cuma dia akan bersihkan balik setelah aku kelecahkan dapur.. hua..hua..

tang perangai bibik ni mmg sgt2 kena hati2, kalau boleh jgn biasakan bercerita pasal keluarga dgn bibik..kalau boleh biar ada gap antara majikan dgn pekerja..bkn apa, kang diorg pijak kepala kita pulak bila dia tahu apa kekurangan kita..

jgn biarkan diorg menggunaka hp sesuka hati, ejen aku sdri pesan, kalau boleh jgn bagi diorg guna hp persendirian..sbb kang diorg akan mula bermain hp dan contact dgn ntah sapa2 ntah..ada yg bercintan cintun pulak..kang kerja rumah pun tak boleh fokus..cuma aku bagi bibik aku call kg dia sebulan sekali slps dpt gaji..tu pun guna hp aku..cuma utk memudahkan aku contact dia dr tempat kerja atau di mana2 shj, kitorg akan letakkan satu hp di rumah utk memudahkan aku tanya dia ttg anak2 aku..atau suruh dia keluarkan ikan ke..ayam ke.. cili kering kisar ke utk aku masak blk kerja nanti..hp tu pun yg topup sekali setahun, boleh call in je..call out xboleh..

kalau boleh jgn ambil yg terlalu muda atau terlalu tua.. terlalu muda kang, tak sabar nk melayan kerenah anak2..yg terlalu tua pulak kang tak larat nak buat kerja..

tip2 yg aku bagi ni merupakan pandangan aku je berdasarkan pengalaman sendiri dan ahli keluarga yg mempunyai bibik..terpulang utk korg nak layan bibik korang mcmmana..

Paling aku tak berkenan ialah cara dia gosok baju..kdg2 ok..kdg2 x ok..suami aku kata, setiap org ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. kelebihan dia ialah dia jaga anak kitorg dgn baik, jadi kelemahan dia bab gosok baju.. suami aku ckp tutup sebelah mata je la..tudung pun aku gosok sendiri..maunya aku jerit di pagi hari hanya krn gosok tudung tak ikut piawaian aku..

Bila ada bibik ni, kurang sikit privacy..jadinya kalau nak bercerita mmg kene cover..pantang betul kalau berziarah ke rumah saudara mara, dia pulak duk sibuk2 nak dengar apa kita borak dgn sedara mara..buat2 suap2 anak makan ke.. apalagi, keluarlah suara arahan, bibik pegi dapur tolong2 apa yg patut..anak2 biar saya yg suap..nak2 sedara aku pulak jawa..suka la dia ngomong jowo..huhu..mmg tak berkenan..

Lagi satu yg mmg aku perasan, bila keluar ke mana2 biasanya kami anak-beranak akan memakai baju yang sama kaler..nk matching la konon..haha..tapi kdg2 aku xde pula kaler yg sama mcm suami dan anak2, tengok2 dia pulak pakai baju nak matching dgn suami dan anak2 aku..aku mmg hangin lerrrr... apalagi, aku suh dia naik pi tukar baju kaler lain.. bukan sekali dua okey dia buat mcm tu..aku rasa mcm byk kali.. kdg aku dh boleh agak dia akan pakai baju apa..sbb biasanya kitorg akan tukarkan baju budak2 dulu..sbb tu dia pilih kaler yg sama mcm diorg..bila aku ckp kat suami aku, suami aku kata..jgn fikir bukan2.. ni perkara kecil je..perkara yg lebih besar ialah mcmmana dia jaga anak2 aku...okey aku akur..mungkin perasaan aku je kot..  kadang2 sebelum kitorang decide nk pakai baju apa, kitorg dh decide baju apa dia akan pakai yg pasti perlu kaler lain dr kitorg.. ntah la aku cukup sentitip..pd suami aku perkara kecil, tp pada aku perkara besar..huhu.. 
 

aku sangat berharap agar slps ni aku dapat bibik yg lebih baik dan lebih ok lagi.. aku cakap kat suami, kalau selepas ni sukar utk dapat bibik yg ok, aku lebih rela berhenti kerja utk jaga anak2 dan uruskan rumahtangga..tapi kalau dapat yg lebih baik, aku teruskan lah bekerja makan gaji sehingga pencen..aku akan berhenti pun kalau aku rasa stress yang tak dapat ditampung di tempat kerja..hehe..tapi, kalau rasa berbahagia dan kadar stress yg boleh dikawal dan diuruskan, aku teruskan je la bekerja....perkhidmatan pembantu rumah ni pun aku ambil masa anak2 masih kecil, bila dah besar sikit, pandai jaga diri, aku rasa tak perlu dah ambil bibik bibik ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...