Saturday, 4 February 2017

Persiapan Bersalin Kali Ke-4 tapi tak siap jugak.. kahkah..

Assalamualaikum..lama tak update blog..sedar2 dah masuk bulan Februari..
Skg ni dah pregnant 34w.
Banyak lg persiapan yang belum settle..huhu.. sebenarnya kali ni nak try set bersalin amway.. kedua2 kakak aku dah pernah try utk anak pertama mereka.. semangat katanya baru anak sulung kan.. diorang kata best.. bila dh anak kedua dan seterusnya xde dh set2 bersalin ni..haha..aku pun dah pernah cerita pasal set bersalin yg pernah pakai sebelum ni.

Dah seminggu jugalah aku duk survey2 dan godek2 blog orang psl set2 bersalin ni. Dan ada juga tanya kwn2 diorang pakai set bersalin apa. Malam td tengok kat Lazada, murah jugakla set bersalin Nona Roguy (NR). Kali ni mcm nk pakai NR jugak sbb mcm pyh je nak beli set bersalin Amway tu. Kakak aku member tp dia dah lupa no ID dan dia pun tgh tak sihat sekarang. Kesian pulak nk suruh dia pi beli.

Aku duk kira2 kalau beli loose item lg mahal drpd beli set. Baik beli set.. cuma lulur tu tgk dulu baby camne, Adam dulu tak tahan bau lulur, muntah2 time menyusu walaupun dah cuci sblm tu.. kesian betul.. sampai ke besar ni dia memang peka sikit dgn bau2.. 

So, hari ni aku nak order:
1) set bersalin NR- Harga Lazada RM246
2) Herba mandian Aura - 2 kotak x 3 uncang = 6 uncang (RM70), kalau 5 kotak RM160 + free delivery (aku xsure nak beli brp kotak)
3) Brown Soap Tanamera - Harga Lazada RM 18 
4) Tanamera Cold Press VCO - RM 40.80  

Masa aku pantang anak ke-3, aku ada amalkan Ephyra yg minum2 dlm sachet tu, ada la dlm 2 kotak aku consume.. hasil dia mmg kulit dan wajah aku nampak berseri. Tu jiran2 kat kg mak aku la yg kata. lps tu aku dah xminum dh.  kali ni xsure lg nk amik ke x. Jamu2 ada juga amik tp lepas bby dah besar sikit dlm 3 bln cmtu. tu pun tak konsisten. Aku amik Kacip Fatimah Phyto Plus yg dihasilkan oleh UTM. Masih ada balance lg. Exp Jan 2018. ada masa lg kalau nk smbung mkn lps bersalin nanti.. hehe.. Ada juga aku makan jamu manjakani kwn aku punya, tp tak konsisten jugak la aku mkn..lps tau aku pregnant terus aku bg kakak aku mkn sbb dia baru lps bersalin time tu.. tak tau la dia makan ke tak.. huhu.. 

Dah anak ke-4 ni, tula aku berazam nak pantang betul2, nak gunakan semua set yg ada dlm set bersalin tu. Membazir je tak guna..

Baju baby beli sikit2 tak basuh lg.. sebab jantina berbeza, nak tak nak beli jugakla sikit2 tu pun baju jln.. rompers beli 5 helai sbb tergoda kt kedai baby tu.. asik2 beli baju rompers girl utk hadiah kwn2, hati ni meronta2 nak beli jugak utk baby sendiri.. hihi..

  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...