Selepas aku dibawa ke ward, baby memang sentiasa bersama
dengan aku..(rooming-in), aku nak pastikan baby menyusu susu badan dengan
kerap..walaupun aku xpasti berapa banyak susu yang dia dapat, tapi aku percaya
perut baby sangatlah kecil dan susu yang dihasilkan sangat sesuai dengan saiz
perut baby.. hisapan baby yang merangsang pengeluaran susu..yang aku
perasan, hari pertama mmg susu sgt likat
sbb aku tengok, lepas menyusu je, baby macam muntah sikit, muntah bukan macam muntah
susu yang putih tu tapi cecair likat..itulah yang dinamakan kolostrum..ptg tu
tengok baby dah poo poo..najis dia mmg warna hijau kehitaman..banyak pulak tu..so,
dengan itu, aku percaya la yg baby dapat susu..
Esoknya iaitu hari ke-2, doc dah sahkan yang darah baby
adalah dari group A, sama dgn husband,
aku pulak darah O..disebabkan darah aku dgn darah baby berbeza, takut baby
mudah dpt kuning..so, aku kerapkan baby menyusu je la..xnak jadi macam Adam
dulu..lama jugak dia kuning dan terpaksa letak dia bawah lampu.. dulu masa anak
pertama, xde pengalaman..harapkan teori je.. tak sama teori dengan pengalaman..
So, kali ni confident la sikit nak menyusukan baby..dah no 3 dah pun.. Setiap kali baby menyusu, aku rasa sakit
sangat kat rahim..terasa macam contraction pulak..rasa sangat sakit, sampai
kekadang aku dah sampai tahap yang tak tahan.. rasanya dulu masa anak pertama
dan kedua xde pulak rasa sakit macam ni.. aku bagitau nurse, dia pun bg ubat
tahan sakit.. nurse dan doc cakap, tu normal.. semakin bertambah anak, memang
akan rasa sakit sikit..betul ke?? dia
cakap ada yang anak no 2 pun dah rasa sakit.. mak ai, takut pulak nak tambah
anak lg..kuikui..
Kiss dari abang2.. muah..muah..
Aku dan husband decide nak sunatkan baby terus, iaitu hari
ke-3..sementara baby masih belum pandai meniarap, better sunatkan je..masa Adam
dgn Aqil dulu tak terfikir nak sunatkan diorang.. xpelah adik dulu
sunat..tunggu Adam dgn Aqil sekolah rendahlah..kalau sekarang tak sesuai,
diorang tengah lasak.. sunat sekarang dah tak macam dulu, sekarang ni aku
tengok dia pakai ring kt "situ"..dlm masa 2 minggu ring tu akan tertanggal
sendiri.. dan ring tu dah tertanggal pun dlm masa 2 minggu lebih sikit dan skg baby
Aqlan dah “dewasa”.. hehehe..
Reaksi setelah disunatkan..maintain je..control macho.. ehem..
Hari yang ke-4, baru kitorang discharge..bila baby confirm
tak kuning dah dan aku pun xde masalah kesihatan yang lain.. tak larat nak
berkampung di hospital lelama.. =) Alhamdulillah..
Jutaan terima kasih kepada staff Prince Court Medical Centre dalam memberikan khidmat yang terbaik sepanjang aku dirawat di sini.. Sayang u all..
No comments:
Post a Comment