Sunday, 10 August 2025

London: Notting Hill dan Portobello Road

Sambung balik pasal London.

Kami tiba di London pada waktu pagi, setelah selesai urusan di imigresen, teksi yang telah disediakan oleh hotel tu dah tunggu, terus kami bergerak ke hotel penginapan. Waktu tu belum pun waktu check in lagi, mujur pihak hotel memberi kemudahan kepada kami untuk menyimpan beg di lobby sementara tunggu waktu check in sebenar.

Disebabkan kami dah berbelas jam dalam flight dari semalam lagi dengan tak mandinya lagi.. kami cuma bersihkan diri, gosok gigi, cuci muka kat toilet lobby hotel tu, lepas tu terus nak memulakan perjalanan berjalan-jalan di kawasan sekitar. Balik nantilah mandi..hihi..Plan kami adalah ke Notting Hill dan Portobello Road. Dari hotel kami berjalan kaki je ke sana, sebab excited nak merasai pengalaman berjalan kaki sangat, rasanya adalah 45-50 minit berjalan..fuhh semangat..

Bentuk dan design bangunan yang unik

First time sampai London, jangan lupa tangkap gambar berlatar belakangkan bas double decker yang begitu iconik di sana

Hotel kami tu dekat sangat dengan Primark. Dulu sewaktu datang ke Europe kali kedua, kami tak sempat ke Primark sebab masa tu mengejar masa untuk mencari stroller. Family yg lain sempat shopping macam-macam pakaian di Primark. Stroller yang kami bawa tu patah sebab terlanggar pintu train masa nak naik train. Sayang betul, twin stroller tu sangat berjasa sebab dah sampai ke Istanbul dan trip Europe kali pertama. 

Disebabkan kami berjalan kaki, maka banyaklah gambar-gambar bangunan di sepanjang perjalanan kami tu.





Pelbagai gelagat orang yang dapat kita saksikan


Kedai sebelah kanan inilah yang dalam cerita Notting Hill tu, (The Travel Book Store) saya tak tengok cerita tu tapi kawan-kawan yang bgtau pasal cerita tu. Lepas balik dari London baru tengok balik rupanya kami ada lalu tapi tak tangkap gambar pun kedainya. Ni pun video random yang saya rakam masa jalan-jalan tu.  Screenshot sahaja gambarnya daripada video.


Bangunan yang dicat dengan warna pastel ni lah yang saya tonton di youtube Hamimommy, katanya itulah yang menggambarkan Notting Hillnya.



Waktu kami pergi tu awal musim summer, ada masa dia sejuk, ada masa panas. Sebab baru permulaankan. Jadinya standby je jaket. Kalau rasa sejuk pakai. Kalau rasa panas buka dan simpan dalam beg. Bila dah lewat petang, biasanya mula berangin dan rasa sejuk. 















Patutla nampak ramai orang pakai beg ni, banyak dijual rupanya di Notting Hill


Gambar-gambar ni dah tak tersusun kedudukannya..





Bunga kat rumah orang..hihi


Bunga di Hyde Park
Ni kat Hyde Park. Besar betul taman ni.

Jalan nak balik dari Notting Hill tu, kami lalu bahagian dalam taman, ni kat Kengsington Garden.

Restoran ni betul-betul berhadapan dengan hotel tempat kami menginap, pagi-pagi memang penuh orang bersarapan di sini, cuma itulah restoran ni tidak halal.


Ni cenderamata di kedai yang berhampiran dengan Primark, masa ni nak compare harga kedai ni dengan harga kat kedai di Notting Hill tu

Lepas dah balik dari Notting Hill dan Portobello Road tu, kami balik ke hotel. Masa tu dah boleh check in, setelah check in, kami mandi dan solat jamak zohor dan asar. Selepas tu nak meneruskan perjalanan untuk mencari makanan dinner pula. Siang kan panjang, kat luar masih terang lagi.. Saya cakap kat en suami, katanya kat sini popular dengan fish and chips. So, kami dinner fish and chips sahaja di Fishoria, New Oxford Street. Maka berjalanlah kami untuk ke restoran tu selama lebih kurang 30 -40 minit. Kaki ni sebenarnya dah lenguh.. hua..hua.. 




Perempuan memang tak boleh lari dari menangkap gambar pokok bunga..hihi

Nak balik tu, rasa kaki tak boleh nak jalan dah.. lenguh betul..en suami kata, kita naik bas double decker lah.. boleh merasa.. ok jugak tu saya cakap. So, balik je hotel memang terus pengsan. tengah-tengah malam pukul 12 ke 1 mcmtu baru bangun utk solat jamak maghrib dan isyak.. Kena cukup rehat sebab esoknya nak berjalan lagi. 

2 comments:

  1. Saya belum pernah ada pengalaman naik kapal terbang berbelas jam tanpa transit. Paling lama pun 10 jam, penerbangan dari Brunei ke Jeddah. Harapnya dapatlah saya ke London suatu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, moga ada rezeki buat Kak Amie nanti ke sini. Amin..

      Delete

London: Buckingham Palace dan Tower of London

  Sambung lagi entri London. Awal pagi selepas sarapan, kami ke Buckingham Palace untuk melihat upacara changing guard. Upacara ni start puk...