Assalamualaikum..
Hari sabtu merupakan hari yang sibuk sebab Aqlan ada latihan perbarisan untuk sukan dan nak hantar Adam tuisyen. Sepatutnya ada gotong-royong kat sekolah Adam, tapi tak dapat nak join sebab siapa pula nk hantar Aqlan ke sekolah dia, en suami pula outstation.
Tuisyen Adam pun sepatutnya ada 2 kelas, tapi kelas yg kedua tu ditunda kepada minggu depan, jadi kena ambil dia awal dan nk singgah sekali kedai untuk tempah nametag baju pengakap dia. Dia cakap Jumaat depan ada perkhemahan pengakap kat sekolah, jadinya cikgu minta baju pengakap mesti lengkap berlencana dan mesti ada tanda nama.
Hari Ahad pula, Aqlan ada tuisyen English secara online, sementara Adam ada tuisyen secara fizikal di pusat tuisyen. Kadang-kadang saya hantar, kadang-kadang Adam naik grab sahaja tengok kepada kelapangan waktu.
Dulu, kalau hujung minggu selalu malas naw nak masak, tapi sekarang nak tak nak memang kena masak walaupun masak yang simple2 sahaja sebab kalau beli di luar harganya mahal betul. Kalau dah terpaksa sangat dan tak sempat nk masak, baru beli.
Bagi saya Adam perlu kelas tuisyen sebab dia kat sekolah hanya dapat fokus pada hafazan. Dia selalu tak sempat nak buat ulangkaji. Itu yang merisaukan saya. Setiap anak, keupayaannya berbeza. Setiap kali ujian, dia banyak tapau B dari A, C ada la 1@2. Kalau tengok dia dari dulu, maksudnya masa dia sekolah rendah, kalau dia betul2 berusaha memang dia boleh score. Tapi kalau dia tak berusaha (tak buat ulangkaji dan rajin jawab soalan dari buku kerja), memang dia tak dapat. Ingat lagi masa dia tahun 6, ujian pertengahan tahun subjek tajwid dia gagal.. merah.. Astaghfirullah..dia cakap dia tak baca langsung pun masa exam tu.. Lepas tu, exam akhir tahun dia terus dapat A, dapat markah tertinggi lagi dan dapat anugerah untuk matapelajaran terbaik tajwid. Itulah kalau tak berusaha macammana nak berjaya.
Saya teringat dulu masa PMR, saya tau saya bukanlah pandai sangat English. Memang lemah. Ada seorang kawan sekelas, waktu prep malam dia rajin ke bilik guru. Rupanya dia belajar English dengan 1 teacher ni. Bila dah dapat result, dia dapat cemerlang, 9A dan dia adalah antara pelajar yang top di Pahang, dia dapat offer bersekolah di KISAS dan dia belajar di sana semasa tingkatan 4&5. Bila berborak dengan kawan sekolah yang sama-sama tak pandai English ni, kami sama2 cakap..ala..ruginya kita tak join sekali dia belajar English sama2.haha. Dah terlambat..kui..kui.. Sebab itulah, saya cakap dekat anak-anak, ada peluang untuk belajar kelas tambahan atau tuisyen, pergilah. Mungkin ia sedikit sebanyak dapat membantu.
Sekarang ni Adam tengah pulun untuk cepatkan khatam, dia kata kalau boleh sebelum cuti merdeka ni dia nak khatam. Mudah-mudahan Allah beri kemudahan untuknya. Dia target khatam tahun ni supaya tingkatan 4 nanti dah boleh fokus untuk SPM. Saya cakap kat dia, lagi cepat Adam khatam, ibu boleh cepat-cepat isi borang pertukaran sekolah ke semenanjung. Sebenarnya dari tahun lepas lagi mcm dah dengar khabar nk pindah.. tapi tak jadi pindah.. Anak-anak tak tahu lagi yang kami betul-betul akan berpindah tak lama lagi, kecuali Aqil je yang dah tahu sebab mak mertua ada bagitau dia. Dia kan selalu balik rumah nenek dia. Seronok la dia sebab kami boleh la melawat dia dengan lebih kerap.
All the best utk anak2 kita semua..aamiin
ReplyDelete