Borang jadual 3 tu dah siap isi, hantar ke pejabat sekolah semula. Lepas tu, sekolah akan draf surat baru ikut maklumat yang kita isi. Hari Rabu lepas saya dah hantar ke pejabat, so petang semalam dia wassap minta ambil hari ni. Kebetulan hari ni ada report card day Adam, so sekalilah ambil surat tu kat pejabat. Lepas settle ambil surat dan jumpa guru kelas Adam, kitorang terus ke Sektor Pendidikan Islam, JPN Sabah. Pejabat SPI ni berhadapan dengan Maktab Sabah. Sebab pindah antara negeri terus berurusan ke JPN, kalau pindah antara daerah kene berurusan di PPD. Surat tu dikepilkan sekali dengan 2 salinan ic pelajar, 2 salinan surat beranak pelajar, 2 salinan ic ibu dan bapa serta 2 salinan sijil nikah ibubapa. Salinan ic dan surat beranak tu kena sahkan di Jabatan Pendaftaran Negara, manakala salinan sijil nikah pula perlu pengesahan di Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) - Bahagian Pentadbiran Syariah (Nikah, cerai dan Ruju’) Tingkat 10.
Tahun lepas, masa nak apply sekolah menengah (feeder school) untuk Aqil, saya dah minta pengesahan salinan sijil nikah banyak salinan juga. Tapi rupanya pengesahan ni valid 3 bulan sahaja. Diorang memang siap-siap letak tarikh masa nak buat pengesahan tu. Kena tunggu diorang contact Majlis Agama Islam Pahang dulu, bila pihak sana kata sah sahaja, baru pihak MUIS sahkan. Nasib sekejap je dah dapat pengesahannya. Diorang cakap, lepas ni bawa je salinan yang dah pernah sahkan tu walaupun tarikh dia dah tak valid dan tunjuk kat diorang, diorang akan terus sahkan tanpa contact pihak dari Pahang. Owh..macamtu rupanya.
Minggu lepas saya pergi Jabatan Pendaftaran Negara di UTC Kota Kinabalu untuk sahkan ic dan surat beranak tu. Diorang boleh sahkan max 3 dokumen je. Kiranya memang kita tak boleh nak sahkan banyak2 salinan untuk kegunaan akan datang. Boleh sahkan cukup-cukup untuk keperluan je. Baru tau rupanya ada tarikh valid dia sama mcm sijil nikah, pihak JPN cakap valid dia ikut agensi mana yang kita berurusan. Kalau boleh dalam tahun yang sama.
Alhamdulillah, semua urusan di SPI negeri pun dah settle, tinggal hantar surat ke Putrajaya. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan pertukaran ini. Biasanya kalau pindah dari Borneo ke semenanjung atau semenanjung ke Borneo ni mudah sikit urusannya berbanding kalau pindah semenanjung ke semenanjung. Mungkin la, ni pendapat saya sahaja. Kena ada alasan yang kuat la. Yang penting kena sama aliran. Smka Tmua dgn Smka Tmua.
No comments:
Post a Comment