Hai, bersambung lagi jalan-jalan kat Hyde Park. Lebih kurang pukul 5.00pm kami keluar dari hotel menuju ke destinasi masing-masing. En suami ke tempat event dia, saya ke Hyde Park. Petang-petang macamtu ramai orang datang bersiar-siar, ada yang jogging, ada yang bawa stroller, ada juga yang bawa anjing dan ada juga yang singgah bergambar di taman mungkin baru balik dari kerja sebab nampak diorang pakai baju kemeja dan sut pejabat.
Sebenarnya saya terlalu excited dapat pegi taman ni sebab, kat sini ada Rose Garden. Letaknya kat hujung taman. Memang agak jauh juga berjalan tapi demi bunga rose, sanggup ku redahi jua.. hehe..
Mulanya saya nak bergambar kat kerusi tu, tapi jauh sebenarnya..agaknya dalam masa 10 saat saya berlari-lari lagi dan tak sempat nak duduk situ..haha.
Kat kerusi ni pun sama, jauh naw kalau nk berlari ni..
Belum kembang sangat
Dah kembang
Saya suka bunga rose yang berlapis-lapis macam ni, warna ni pun suka..
Macam dekat Fairytale
Dari pukul 5pm sampai ke pukul 8.30pm saya kat taman ni. Disebabkan musim panas, siang dia lebih panjang dari malam, jadi dapatla saya bersiar-siar dengan tenang dan lama sikit. Jalan pergi dan jalan balik, saya ikut jalan yang berbeza, jadi saya dapat pemandangan yang lebih banyak lagi berbanding kalau saya ikut jalan yang sama.
Bestnya harum semerbak datang sini. Sorang-sorang pun tak nampak macam sorang-sorang tau. Pandai setup ambil gambar. Lama jugak tu kat sini tapi sebab banyak bunga menarik, ambil gambar bagai tak rasa masa berjalan. Seronoknya dapat tengok bunga rose macam-macam jenis depan mata.
ReplyDelete