Thursday, 21 August 2025

London: Big Ben, Wesminster Abbey dll

Hari ke-4 kami di London, kami berjalan ke tempat-tempat berikut:

1. Wesminster Abby
2. Big Ben
3. London Eye
4. Imperal War Museum
5. Horse Guard Parade
6. Nelson's Column
7. Chinatown
8. Carnaby Street
9. British Museum


Kami naik tube ke Westminster. Hari ni merupakan hari terakhir kat sini, pukul 6 petang dah kena gerak ke airport sebab flight pukul 9.00mlm ke Dubai. 

5 minit lagi nak dekat pukul 11 am. Pukul 11 tepat dapat la dengar bunyi jam. 


Dulu, sebelum sampai sini membayangkan Big Ben dengan latar belakang langit yang biru, tapi nasib tak menyebelahi pula. Cuaca kat sini memang tak dapat dijangka. Kadang cerah, kadang mendung, alhamdulillah tidak hujan tu dah kira bersyukur sangat. Sebab dapat jalan-jalan, kalau hujan susah juga nak berjalan dan bergambar.


Awat pulakla nampak gemuk.. angin tiup ni kot.. haha



Lepas bergambar kat Big Ben dan London Eye dari jauh, kami sambung berjalan ke Wesminster Abby pulak. Ramai orang kat dataran ni diorang macam tengah buat demo tapi secara aman la.


Kami tak masuk pun, cuma tangkap gambar dari luar pagar. Takut tak cukup masa.




Tugu tokoh2 dunia


Luar War Museum

Horse Guard Parade

Horse Guard 

Kat Chinatown ni banyak restoran-restoran cina 


Unik betul bangunan ni, penuh pokok kat celah2 tingkap dan dinding.

Jalan-jalan area SOHO, banyak butik-butik baju 


Cuci-cuci mata

Nampak sedap tapi tak berani makan

Jalan-jalan di Carnaby Street


Orang yang tak boleh tengok bunga, mesti nak tangkap gambar..kiki

British Museum


Tengah jalan-jalan, jumpa private garden. Tempat ni berpagar. Nampak tenang je dengan kehijauan dia.


Berakhirlah sudah jalan-jalan kami di London. Sekejap je, cuma kali ni tanpa anak-anak, jadi.. banyak masa kami berjalan dan eksplore bandar sahaja. Kalau ada rezeki boleh datang lagi bawa anak-anak pula, tapi tak tahu la bila...😅

No comments:

Post a Comment

London: Big Ben, Wesminster Abbey dll

Hari ke-4 kami di London, kami berjalan ke tempat-tempat berikut: 1. Wesminster Abby 2. Big Ben 3. London Eye 4. Imperal War Museum 5. Horse...