Monday, 18 August 2025

Hujung minggu masak apa

Hari Ahad baru ni busy semula sebab Adam balik bermalam dan dia ada tuisyen. Pagi-pagi lagi ingat nak makan roti je untuk sarapan, en suami bawa balik dari semenanjung malam tu, tapi memandangkan anak remaja ada kat rumah ni, kena masak makanan yang berat sikit. Ada nasi lebih semalam, jadi masaklah nasi goreng simple je. Letak ikan bilis, cili api, telur dan carrot.



Aqlan teringin nak makan agar-agar. Tapi kita ni memang nak habiskan stok jelly kat rumah ni, jadi buatlah puding triffle sikit, 1 bekas boleh Adam bawa balik asrama. 

Lepas siap puding triffle, sambung masak lauk untuk tengahari. Ayam sambal sahaja. Agak pedas sebab guna cili kering kerinting. Ada ayam masak kicap yang tak pedas balance semalamnya ada lagi untuk Arissa. 


Lepas siap masak, bergigih pulak gosok baju Adam sebab dia kan pegi tuisyen, dia memang tak sempat nak gosok baju sendiri.. Pukul 2.00 pm dia balik, ngam2 sampai rumah terus makan. Sup sap..sup sap.. dah pukul 3 nak kemas2 baju dan barang2 dia nak balik asrama. By 3.20-3.30pm mesti kena keluar rumah untuk hantar dia balik. Pukul 4 dah kena tulis nama siapa yang lewat sampai asrama. Selalunya kitorang sampai kat asrama beberapa minit je sblm pukul 4. Cuma semalam mcm awal sikit kitorang keluar, jalan pun tak jem sangat macam selalu. So, dpt la 9 minit awal...haha.. selalunya 2-3 minit sebelum...kih..kih..



No comments:

Post a Comment

London: Borough Market dan Green Market Part II

  Sambung balik entri London ni. Bahagian Green Market ni lebih banyak produk bakery.  Mari kita sambung berjalan dan cuci-cuci mata ke baha...