Wednesday, 13 August 2025

London: Tower Bridge, Leadenhall Market dan Reflection Garden

Tower Bridge berdekatan je dengan Tower of London. Jalan kaki je. Cuma kami bergambar dari jauh sebab kalau dekat2 sangat macam tak muat frame. On the way tu nampak berumpun-rumpun pokok lavender. Minta en suami tangkap gmbr sat.

Berlatar belakangkan Tower of London

Pokok lavender
Belah kiri Tower of London, belah kanan Tower Bridge, sebelum sampai Tower Bridge tu, ada gerai2 makanan tak halal..

Tower Bridge dari jauh je




The Shard merupakan antara bangunan iconik di London. Design bangunan ini direkacipta oleh arkitek yang berasal dari Italy yang bernama Renzo Piano. Kita boleh juga nak naik atas untuk menikmati pemandangan 360 darjah Kota London. Cuma saya tak pasti berapa harga sebenarnya. Kitorang tak naik pun. 

Ni gambar yang lebih dekat sikit walaupun masih di seberang sungai.

Bila jalan kaki ni, banyak tangkap gambar bangunan je. Area sini bangunan dia nampak agak moden, belah2 Nottinghill tu masih mengekalkan ciri2 klasik eropah.

 Ini adalah London Bridge yang sebenar

Suka tengok bentuk bangunan yang berlekuk-lekuk macam ni


Monumen to the Great Fire of London, kami terjumpa monumen ni secara tidak sengaja sewaktu berjalan dari area Tower Bridge nak ke Leadenhall Market. Leadenhall Market ni terletak di Gracechurch Street.


Terjumpa kedai gunting rambut Daniel.. teringat kt Aqil Daniel sama pulak nama

Baru sampai kat Leadenhall Market

Leadenhall Market ni merupakan pasar tertutup yang telah wujud sejak abad ke14 lagi. Tengoklah senibina dia memang nampak klasik sangat. Dalam ni ada cafe, restoran, butik, dan kedai2. Kitorang pegi untuk tengok2 ja, tak makan pun kat situ. Kat sini ada juga restoran makanan korea.






Tengok kedai ni dah wujud sejak tahun 1780 lagi.
 
Selepas bergambar sekejap kat sini, kami bergerak untuk ke destinasi yang seterusnya iaitu Reflection Garden.

Dalam perjalanan nak cari Reflection Garden tu, saya ternampak orang tangkap gambar angle ni, so ikutla dia tangkap gambar ni juga..hihi.. Kitorang sebenarnya tercari-cari juga arah mana nak ke Reflection Garden tu, saya cakap kat en suami mungkin situ kot sebab bentuk bangunan dia nampak macam sama dalam gambar. 

Akhirnya, sampailah kami ke Reflection Garden tu. 
Ni gambar dari kamera, jenuh juga nak tunggu kolam ni clear, sebab ada 2 orang berpakaian ofis tengah duduk kat depan kitorang ni, en suami kata dia tengah bergossip2 pasal ofis..😂

Ni pulak gambar dari hp, kiranya betul la St Paul's Catheral lah yg kitorang nampak orang duk shoot gambar ni tadi. Kat taman ni ada bangku-bangku yang disediakan. Ada yang tengah baca buku, ada yg tengok tgk hp, ada yang tengah berborak/bergossip..hihi..ada yg tengah makan lunch.. ada yg tengah tangkap gambar..saya lah tu.. sejuk sikit area ni sebab banyak pokok-pokok..

Reflection Garden ni merujuk kepada pantulan imej gereja dalam pool di taman ini. Kat bahagian atas gereja tu, kelihatan pelancong2 atau rakyat tempatan yang naik ke menara gereja untuk menikmati pemandangan. Boleh naik, cuma tak pasti ada bayaran atau tidak untuk naik ke atas tu.

Redupkan kat sini, alamak orang tu pandang sini lah.. sorry ye encik, saya ni pelancong..memang suka tangkap gambar..

Marilah kita pulang, kembali ke pangkal jalan..nak cari tempat makan lunch dan tempat solat pulak.

Ni dah keluar dari kawasan garden tadi, rajinnya diorang baca buku. Saya ni selalu berazam nak jadi orang yang rajin baca buku, tapi itulah.. 

Seperti biasa, memang suka tangkap gambar pokok bunga..cantiknyaaa...

Kat stesen tube (underground) ni ada mozek motif2 macamni..kreatif betul



Jalan-jalan nak cari tempat makan tu ternampak kedai gunting rambut lagi, kali ni Adam pulak.. dahsyat Adam dan Daniel ni ada kedai dah..


Macam ni pun dah cantik..kalau rumah-rumah kat Malaysia pun buat macam ni, mesti cantik juga kan..

Hummus dan roti pita, en suami lah yg suka makan hummus ni..

Samosa daging kalau tak silap..ke ayam.. ntah la labu..tak ingat dah pulak

Nasi dengan ayam grill dan salad

Besar betul portion dia, pinggan ni yang besar tu tau..

Last sekali kitorang pi solat kat Muslim World League, tempat wudhuk kat bawah, tempat solat wanita di G, manakala tempat solat lelaki kat L1. Makanan tadi kira dah merangkap lunch dan dinner eh. 

No comments:

Post a Comment

Adam Khatam Hafazan 30 juzuk Al-Quran

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Semuanya dipermudahkan. Hari ni Adam dah khatam hafazan 30 juzuk al-quran. Terima ...