Tuesday, 5 August 2025

London: Dalam flight

7 Jun 2025 (Ahad)

Pada Hari Raya Aidiladha yang lalu, pagi tu kami sekeluarga bersalam-salaman dengan family mertua di rumah kakak ipar, bergambar-gambar, makan-makan then ptg tu, aku dan en suami bersiap-siap untuk ke airport. Adam, Aqlan dan Arissa nanti mak mertua dan ayah mertua bawa diorang balik KK. Seminggu mereka jaga Aqlan dan Arissa. Adam pula mil dan fil hantar balik asrama. Aqil, uncle dia yang hantar dia balik asrama di Bentong.

Kali ni permusafiran kami berdua sahaja. 

Sementara nk tunggu boarding, kami makan-makan dahulu. 


Lama betul tak naik flight Emirates, last naik dulu pada tahun 2019 iaitu sebelum zaman covid. 

Pemandangan senja di ruang udara Klia semasa baru take off. Nampaknya kami kena solat jamak maghrib dan isyak dalam flight.

Dalam flight ada arah kiblat, senang. Selalunya kami akan cari tempat solat di bahagian belakang yang tiada orang lalu, kadang diorang ada sediakan tirai dan boleh la kita solat di situ.

Menu yang disediakan

Makanan dinner

Dalam menu dia tulis kuih pelita, ntah apa yang pelitanya.. macam kek pandan krim yang ditabur kelapa kering. sedap juga walaupun namanya macam tak kena, sebab kita duk fikir kuih pelita tu mcm kuih tepung pelita..lain naw kan..haha.

Ni salad timun dan kentang

Dah nak dekat sampai Dubai

Flight KL-Dubai, kami plan untuk tidak tidur sangat buat la apa2, tgk movie ke apa supaya next flight baru tidur. Tapi saya rasa macam ada tidur juga la sikit.

Alhamdulillah dah selamat sampai Dubai, tengah ambil bas dari terminal nak ke airport

Jalan-jalan di dalam airport, ternampak setting kedai yang cantik, ambil la gambar.

Bersedia untuk flight yang seterusnya, Dubai-London pukul 2.30am waktu Dubai. Waktu ni mata dah rasa mengantuk. Tak sabar nak tidur dalam flight.

Masa tengah boarding

Aim kami masa penerbangan Dubai-London ni ialah tidur yang cukup supaya sampai2 di London nanti ada tenaga untuk terus berjalan..hihi.. Solat subuh pun dalam flight, mujur sempat sebab dari gelap, cepat betul terus cerah. 

Ni menu sarapan pagi

Matahari menampakkan wajahnya..

Sarapan pagi

Sedap juga yogurt dan yang warna oren tu apricot compot sedap, manis2 makan dengan yogurt yg masam. ngam la. en suami tak berapa suka yogurt tu, dia bagi saya tapi tak larat pula nak habiskan semua.

Nak dekat mendarat dah..Alhamdulillah
Kami tiba di Heathrow Airport pada pukul 7.37am waktu London. 

Pemandangan sewaktu nak mendarat dari atas, saya nampak The Big Ben, Eye of London, The Shard, Tower Bridge, Hyde Park dan lain-lain lagi. Entri yang seterusnya tentang jalan-jalan London saya akan ceritakan nanti ye. 

No comments:

Post a Comment

Sarapan pagi

Selalunya saya sediakan makanan yang ringkas-ringkas je untuk sarapan pagi waktu hari sekolah sebab Aqlan dan Arissa akan makan juga nanti d...