Friday, 8 August 2025

Masalah air di KK

 Semalam terdapat gangguan masalah bekalan air di area KK ni. Sekolah Adam, Aqlan dan Arissa terjejas. Sekolah Adam, pengetua beri kebenaran untuk pulang ke rumah pada pukul 4.00pm dan kena datang semula ke sekolah sebelum pukul 6.00am esoknya, tetapi Adam call dia kata tak nak balik sebab dia nak fokus untuk hafazan, nanti kat rumah dia cakap xboleh nak fokus pula. Oklah saya kata, lagi pun pelajar yang jauh ada juga yg tidak balik. 

Hari ni sekolah Aqlan pun ustazah suruh balik awal, pukul 11.30am dah boleh ambil. Arissa hari ni masih kurang sihat, jadi saya rehatkan sahaja dia dirumah. Selalunya hari jumaat adalah hari cuti memasak bagi saya sebab jumaat malam sabtu biasanya kami ke surau untuk join usrah dan berpotluck la kami selepas itu. Selalunya en suami akan order sate untuk menu potluck kami. Senang kan, saya tak perlu masak..hihi..

Disebabkan surau tiada air, maka kami tak pergi la surau malam ni. Jadi, nak tak nak memang kena masakla petang tadi. Semalam ada baki ayam goreng lagi, hari ni kita transform dia jadi ayam masak garlic butter chicken sos korea. Lepas tu masak telur masak kicap, ikan kering goreng rangup dan sup cendawan tiram. 

Garlic butter chicken sos korea

Telur goreng kicap

Ikan masin goreng rangup, tak tau nama ikan ni apa..

Sup Sayur cendawan tiram, yang warna gelap tu daun kunyit

Kawasan KK memang selalu tiada air, terutama rumah landed, mujur rumah yang kami sewa ni jenis kondo, jadi selama 4 tahun kami di sini tidak pernah lagi putus air. Cuma kasihan la kawasan yg terjejas tu. Sekolah Adam kalau takde air, biasanya boleh balik rumah, ingat lagi masa Adam form 1, pernah setiap minggu balik..hehe..ada juga hari-hari kena ulang alik mcm sekolah harian.. mujurlah sekolah dekat.

No comments:

Post a Comment

Sarapan pagi

Selalunya saya sediakan makanan yang ringkas-ringkas je untuk sarapan pagi waktu hari sekolah sebab Aqlan dan Arissa akan makan juga nanti d...