Thursday, 7 August 2025

Aqlan ambil ujian UKM2

 Assalamualaikum..

Semalam Aqlan ambil ujian UKM2, ujian tu dibuat di SJKC Anglo-Chinese Kota Kinabalu, first time sampai sekolah tu. Mujur tak salah sekolah, sebab kat surat tu dia tak tulis pun sekolah tu area mana, dalam google maps, ada juga nama sekolah yang sama tapi di Papar. Jauh tu kalau nak ke sana. Saya beranggapan sekolah tu memang area Kota Kinabalu sahaja. Jadi saya pilih yg kat Kota Kinabalu lah. Exam start pukul 11 hingga pukul 2 petang. Tahun lepas Adam, Aqil dan Aqlan juga dapat panggilan menduduki exam yang sama, tapi tiada rezeki. Tahun ni, Aqlan sahaja yang dapat. Tak pe at least Adam dan Aqil dah selamat di sekolah menengah yang terbaik untuk mereka. Untuk Aqlan saya pun tidak menaruhkan harapan yang tinggi untuk ini, cuma try je lah mana tau ada rezeki. 

Pada mulanya nak hantar Aqlan ke sekolah selepas dia selesai menjawab soalan exam UKM2 tu, tapi macam dah lewat sangat sebab pukul 2 tu Aqlan belum solat dan makan lagi. Jadi, saya message guru kelas dia yang dia tak dapat nak hadir ke sekolah petang tu. Exam tahun lepas diorang boleh keluar awal sekiranya dah siap jawab, lama juga diorang tunggu kat sekolah tu sementara saya datang jemput mereka. Tetapi tahun ni di sekolah ini tidak boleh keluar awal walaupun dah siap awal. Mungkin pengurusan berbeza kan. 

Sampai je kat rumah, tengah makan-makan, tiba-tiba guru kelas Arissa pula message, dia cakap Arissa demam puan. Boleh tak datang ambil dia awal. Dia rehatkan Arissa di surau sementara saya datang ambil. Saya kata ok sekejap lagi saya datang. Lepas ambil Arissa, saya terus ke sekolah Adam untuk hantar baju pengakap dan barang-barang dia. Dia minta jahitkan tanda nama dan lencana yang ungu tu. Tanda nama tu baru je siap selepas hantar Aqlan pegi exam tadi, baru je nak parking kat rumah, dapat wassap yg tanda nama tu boleh ambil. Terus la bergerak ke kedai tu di Putatan ambil tanda nama then pegi ke gerai yang berdekatan dengan Pasaraya Sunny di Tanjung Aru untuk beli makanan tengahari Aqlan, nasi ayam dan cendol, serta pisang goreng yang sedap. Kat situ je yang dapat jumpa pisang goreng dan cendol yang sedap, tempat lain tak berapa sgt. 

Cantik pula tengok bunga kertas ni, area perumahan di sekolah tu, bila lalu je bawah ni tenang dan nyaman je rasa..


2 comments:

  1. Moga Arissa cepat sembuh dan Aqlan sukses dalam exam nya.

    ReplyDelete

Sarapan pagi

Selalunya saya sediakan makanan yang ringkas-ringkas je untuk sarapan pagi waktu hari sekolah sebab Aqlan dan Arissa akan makan juga nanti d...