Monday, 28 July 2025

Soft Cookies Chocolate Chip

Pagi ni hujan lebat dan angin kencang, seronok menyambung tidur selepas settle hantar anak-anak ke sekolah. hihi.


Sarapan hari ni bubur oats dengan kurma dan kismis. Misi nak menghabiskan stok oats. Hari ni berhasil tidak minum kopi. Sebenarnya aku cuba untuk kurangkan minum kopi, mungkin dalam seminggu 1@2 kali sahaja. Caffein yang ada dalam kopi tu sebenarnya boleh mengurangkan penyerapan kalsium. Umur 40 tahun aku baru start minum kopi sebenarnya, sebelum ni memang tak minum. Risau pulak sepatutnya umur 40 ni dah kene kawal segala makanan dan minuman yang masuk. Kena banyakkan makanan atau minuman yang tinggi kalsium untuk mengelakkan tulang rapuh. 

Bulan ni agak rajin menulis blog, semoga terus rajin lagi pada masa akan datang. Dari hari tu lagi Aqlan minta buatkan Soft Cookies ni, Arissa pula minta buatkan Cinnamon Rolls. Satu-satu la, Arissa tadi dah cakap mana Cinnamon Rolls dia, aku cakap la tangan ibu ada 2 je bukan 4 nak buat semuanya serentak.. Esok-esok la buat dia punya pulak. Aku memang nak kurangkan bahan makanan dalam simpanan ni, list dah ada cuma sedikit demi sedikit. Nanti kalau dapat arahan pindah pun xde la leceh nak memikirkan bahan-bahan bakeri dan masakan ni. 

Dah siap scoop dapat dalam 19 ketul
Sedang dibakar dalam oven
Budak ni la yang request nak Soft Cookies

No comments:

Post a Comment

London: Big Ben, Wesminster Abbey dll

Hari ke-4 kami di London, kami berjalan ke tempat-tempat berikut: 1. Wesminster Abby 2. Big Ben 3. London Eye 4. Imperal War Museum 5. Horse...