Wednesday, 30 July 2025

Bintulu Hari Pertama

 1 Jun 2025 (Ahad)


Pagi-pagi lagi kami gerak dari Brunei ke Bintulu, kami melalui highway Pan Borneo, jalannya cantik. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan hijau yang sungguh menenangkan. Pada mulanya aku tertanya-tanya juga apa itu Rh.. rupanya Rh tu merujuk kepada Rest house..Banyak betul rest house di sepanjang highway tu.


Berhenti sekejap untuk ke tandas di surau yang terletak di tepi jalan. Tak pasti apa nama surau ni. Sebagai tanda terima kasih, letaklah sedikit sumbangan dalam tabung surau.
Jambatan Tun Taib Mahmud atau nama sebelum ini dikenali sebagai Jambatan Jepak dibina dengan kos sebanyak RM466.7 juta dan dibuka kepada orang ramai pada bulan Mac 2025. Ia merupakan jambatan ketiga terpanjang di Sarawak iaitu sepanjang 1.2km selepas Jambatan Muara Lassa 2.3km dan Jambatan Batang Lupar 4.3km. 
Bergambar kenangan di jambatan iconik Bintulu ini.

Uniknya 3D Mural Balloon ni. Kalau sampai sini jangan lupa tangkap gambar ya. Seterusnya, kami ke shopping mall terbaru di Bintulu iaitu Park City Shopping Mall untuk makan tengahari. Sewaktu makan tengahari, Aqil minta nak ke tandas. Otw dia nak ke tandas tu, dia terserempak dengan Ustaz Hakim, iaitu ustaz di sekolah rendah anak kami. Terkejut ustaz tu bila ternampak Aqil, dia berfikir..Aik, Aqil kan bersekolah di semenanjung, betul ke Aqil ni.. macammana boleh jumpa di Sarawak. Sedangkan kami stay di KK, Sabah. Sekalinya memang betul.. Ustaz Hakim dan isteri serta Ustaz Hasnizam dan keluarganya bercuti di Bintulu, Miri dan Brunei sewaktu cuti persekolahan pertengahan sesi akademik ni. Sama la pulak destinasi percutian kami. Cumanya mereka konvoi berkereta dari KK, sementara kami naik flight dari KK. Ustaz Hakim sebenarnya jemput adiknya yang belajar di Bintulu untuk pulang bercuti sambil2 makan angin katanya. 

Tak sangka jumpa orang Sabah di sini, kecilnya dunia.

Hiasan sempena Hari Gawai di Sarawak

Selepas makan tengahari di City Mall, kami ke hotel untuk check in dan solat jamak zohor dan asar. Setelah itu, kami ke Pantai Tanjung Batu untuk bersiar-siar melihat suasana di sini.

Berpusu-pusu kereta keluar masuk, takde peluang untuk bergambar tanpa kereta di tulisan itu..hihi

Bergigih panjat bukit ni untuk bergambar di sini

Dari sedikit pembacaan aku, terdapat pembinaan beberapa buah pulau kecil dilakukan untuk menghadang ombak, mengurangkan hakisan pantai dan mengelak batuan daripada cepat terluluhawa. Pulau-pulau kecil ini boleh dilalui ketika air surut. 

Pada hujung minggu seperti Sabtu, Ahad ataupun cuti umum, pantai ini penuh sesak dengan para pengunjung.

Terdapat aktiviti bermain bubble


Pantai yang berbatu dan pemandangan yang indah pada waktu petang


Kawasan ini telah banyak kali dinaik taraf dengan pembinaan laluan pejalan kaki yang lebih baik lagi dan batu tanda (tak tau nak sebut apa 😆) I love Bintulu, tempat wajib bergambar bila dah sampai sini kan. Kawasan sekitar ni banyak orang jual aiskrim, air kelapa, bakar-bakar.. tak pasti apa yg dipanggangnya sebab kami tak perhati betul2 apa. 

No comments:

Post a Comment

London: Big Ben, Wesminster Abbey dll

Hari ke-4 kami di London, kami berjalan ke tempat-tempat berikut: 1. Wesminster Abby 2. Big Ben 3. London Eye 4. Imperal War Museum 5. Horse...