Hari ni masak sambal tempe. Kali ni malas nk guna cili kering gemuk, bukan apa.. sebab selalu kalau beli yg gemuk ni cepat sangat berkulat. Jadi, aku guna cili kering kurus kerinting, memang pedas.. nak menangis makan. Aqlan suka sangat makan sambal tempe ni. Dia kalau makan dengan nasi sahaja pun boleh.
Selalu kalau beli tempe, mesti beli di pasar sebab lebih murah. Harga di Pasar Borong Sayur dan Pasar Besar Kota Kinabalu sama RM2 satu bungkus, tak kira bentuk petak atau silinder. Kalau di pasar raya dah la kecil, mahal pulak tu. Pernah beli kat Pasar Sayur area Kepayan, situ mahal sikit RM2.50-RM3, saiz yg sama dengan di Pasar Borong Sayur dan Pasar Besar KK.
Walaupun aku orang jawa, tapi rasanya dulu mak macam tak pernah buat sambal tempe. En suami la dulu-dulu masa baru kawen dia selalu cakap, kan orang jawa, mestilah pandai buat sambal tempe.. sambal tempe ada banyak jenis, selalu buat jenis yang ni. Pernah sekali tu buat yang jenis lain yg ada masuk santan tu, yang selalu kat kenduri orang jawa selalu buat tu, ntah lupa pulak nama dia apa. Sekarang ni dah senang, nak masak apa google je..rajin dengan tak rajin je nak buat ye tak?
No comments:
Post a Comment