Hari ni merupakan hari penyerahan slip Ujian Pertengahan Sesi Akademik untuk Aqlan dan Arissa. Aku siap-siap book utk slot paling awal. Dapat giliran no. 1 untuk tahun 2 dan giliran no.2 untuk tahun 5. Lepas tu pegi sarapan dan baru hantar en suami ke ofis dia. Anak-anak dah boleh balik rumah lepas tu. Aqlan cakap 2 jam je sekolah, cepat betul.. hihi.. diorang masuk sekolah pukul 6.30am, pukul 8.30am dah settle dah sesi kitorang. Result diorang ni agak kurang memuaskan sebab diorang exam seminggu selepas cuti sekolah, aku dgn en suami pulak seminggu lepas cuti sekolah tu pulak tiada di sini, ke luar negara, jadi minggu terakhir sebelum exam tu tak dapat study sama-sama dengan diorang. Study memang betul2 malam sebelum exam tu. Haru betul. Aqlan dapat no 7 dalam kelas dan Arissa pula dapat no 11. At least ada peningkatan buat Arissa dari result dia masa darjah 1. xpe lah, untuk exam akhir tahun nanti kena pastikan diorang buat betul2.
Kitorang makan di BTC Luyang.
No comments:
Post a Comment