Assalamualaikum..
Hari ni betul-betul merunsingkan sebab dapat maklumat yang permohonan MRSM/SBP/SMKA melalui single application. Bila dia buat single application ni, mengecilkan peluang nak dapat sekolah mana. Kira langkah awal dah kena fikir masak-masak nak sekolah mana, andaikata pilih MRSM.. Pilihan pertama, kedua dan ketiga mestilah MRSM. Yang penting pilihan pertama tu yg ada exam atau ujian khas sekiranya nak Ulul Albab atau Teknikal atau IGCSE. Nak letak 1,2,3 MRSM Ulul Albab shj pun boleh.
Contoh:
Pilihan pertama: MRSM Ulul Albab/Teknikal/IGCSE
Pilihan kedua: MRSM premier
Pilihan ketiga: MRSM premier
Kalau nak pilih SMKA pulak, sekiranya berminat nak SMKA TMUA
Pilihan pertama: SMKA TMUA
Pilihan kedua : SMKA biasa
Pilihan ketiga : SMKA biasa
Kalau nak Sbp pulak, sekiranya berminat nak SBP TMUA
Pilihan pertaman: SBP TMUA
Pilihan kedua: SBPI/Smap
Pilihan ketiga: SBPI/Smap
Kalau memang kita dah aim nak TMUA, letak je tiga-tiga pilihan tu TMUA. Yang penting anak tu kena skor la PKSK. Dapat merit tinggi baru dapat dipanggil interview. Bila dapat panggilan interview tu kena betul2 perform la. Hafazan kena lancar, tajwid dan makhraj huruf kena betul. Kalau apply SBP TMUA kena bawa sijil pencapaian tertinggi.
Aku dapat info kalau apply SBP agama atau SMKA bukan TMUA, 40% markah dari PKSK, peratus yang lain tu di ambil dr UPKK, JQAF, SES dll. Sengit sikit la sekiranya Aqlan mohon yg ni sebab Aqlan tak ambil UPKK kat Sabah. Semoga adalah rezeki buat Aqlan di sekolah yang terbaik buat dia.
No comments:
Post a Comment