31 Mei 2025 (Sabtu)
Seawal 6.45 pagi kami keluar mencari sarapan, apa yang aku perasan kat Brunei ni kedai makan dia even kedai mamak dia semua jenis bertutup. Tak jumpa yang terbuka. Dan yang paling menarik sekali semua nama kedai, premis, nama jalan ada tulisan rumi dan wajib ada tulisan jawi sekali.
Maybank dia pun ada tulisan jawi
Kami makan roti canai cheese, kuah dia dari rendang, teh tarik je yang tak berapa ummp..makanan lain semua sedap
Ni tapai nasi rupanya
Terjumpa produk Malaysia, sos cili Ayamas, ada tulisan jawi
Selepas sarapan, kami bergerak ke Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah, masa kami tiba tu ada kematian dan jenazah dibawa ke masjid ini untuk disolatkan. Selesai urusan solat jenazah, orang ramai semakin berkurangan. Kami ke tingkat atas masjid, masjid ni sangatlah cantik, masuk je ke ruangan solat utama, masyaAllah haruman dia wangi sangat.
Aku minta en suami amik gambar masjid ni dari jauh sikit supaya dapat keseluruhan gambar masjid, aku dah jalan-jalan bahagian dalam pagar still tak dapat gambar penuh tambahan pula diorang ada pasang khemah, tak pasti untuk program apa. Jadi macam terganggu sikit pemandangannya.
Masing-masing mata tak boleh menahan dah semakin terik cahaya matahari. Selepas itu, kami bercadang nak ke Muzium Kebesaran Diraja (Royal Regalia Museum), tetapi rupanya hari tu merupakan cuti umum bagi Brunei. Jadi Muzium tu tutup.
Seterusnya kami ke Gadong Mall untuk melihat-lihat suasana mall di Brunei. Kebetulan lalu di cinema dan ketika itu cerita Ajen Ali 2 sedang rancak ditayangkan, tak kira semenanjung Malaysia, Borneo atau Brunei. Jadi kami ambil peluang gunakan waktu yang sedikit ni untuk menonton filem tersebut. Dah alang-alang Aqil ada sekali boleh la, lagipun masa kami dengan Aqil sgt sedikit. Cuti sekolah ni sahajalah yang dapat diluangkan bersamanya.
Bahagian dalam Masjid Omar Ali Saifuddien, cantik juga bahagian dalam kubah dia.
Yang ni aku ambil gambar dari seberang tasik, nampak macam masjid tu terapung, tapi sebenarnya tidak.
Masjid Omar Ali Saifuddien, kalau amik gambar dari depan, mirip bentuk Taj Mahal designnya.
Tidak jauh dari lokasi Masjid Omar Ali Saifuddien, ada taman namanya Taman Mahkota Jubli Emas. Kami naik buggy yang boleh disewa untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut. Basikal pun boleh sewa.
Makan malam kami makan di Pasar Gadong, waktu ni dah lewat petang, lepas solat jamak maghrib dan isyak di surau berdekatan, terus kami jalan-jalan di pasar malam tersebut. Bagi aku murah juga la harga makanannya. Satu set Nasi Katok hanyalah $1.20, air jus mangga dan tembikai $1.00 sahaja. Wallawe mana nak dapat harga mcmtu..Banyak gambar suasana pasar malam dalam bangunan ni ada dlm hp en suami. Tak sempat amik lagi. Nanti kalau rajin, aku update gambar.
Malam tu kami terus balik ke homestay, esoknya nak gerak ke Bintulu dah.
Kuih-muih ni beli masa otw nak keluar Brunei, jumpa cafe yang buka sebab anak ada yang nk pegi toilet, jadinya belilah sesuatu supaya dapat guna toilet dia. 😉
Sedap betul la kuih-kuih dia, memang terasa lemak2 santan, kelapa dan memang secukup rasalah..
Story yang seterusnya adalah Bintulu pula. Sekejap je kat Brunei,at least dah jejak kaki kira okla kan.
Saya pernah ke Brunei buat day trip dari Miri.
ReplyDeleteSayangnya masa tu mendung/hujan, jadi tak dapat singgah Masjid Omar. Cuma singgah solat jamak di Masjid Hassanil Bolkiah. Memang terpegun tengok seni bina masjid sangat gah.
Gambar last tu 😂
Elok pulak sama dua warna ya.
Hehe, kebetulan pulak warnanya sama.
Delete