28/5/2025 Cuti sekolah penggal kedua bermula. Adam seperti biasa aku lah jemput dia. Aqil pula cuti panjang macam ni baru dia balik KK. Flight dia pukul 10malam, tgh malam pukul 12-1am mcmtu baru dia sampai. Aku dengan en suami jemput dia di airport.
30/5/2025 Percutian kami untuk cuti sekolah ni dah rancang untuk ke Miri-Brunei- Bintulu. Flight ke Miri pukul 7.15am dan sampai di Miri pukul 8.05am. Nak dijadikan cerita, masa nak check in tu ada masalah sikit. Tapi staff kat kaunter tu kata ok je. Sekalinya sampai je Miri, 2 beg kami xsampai lagi. Mungkin problem tu belum settle lagi la masa nak boarding tu. Tapi diorang janji, 2 beg tu akan sampai Miri ikut next flight, kira2 pukul 4pm. Sepatutnya dari Miri, kami nak gerak ke Brunei tapi disebabkan masalah beg tu, kami pun tunggu beg sampai, baru gerak ke Brunei. Kira dah lewat petang juga kami sampai di boarder. Sementara menunggu ketibaan beg2 tu, kami berjalan-jalan dulu sekitar Bandar Miri. Kami ke Grand Old Lady yang terletak di Canada Hill. Ia merupakan telaga minyak yang pertama digali iaitu pada tahun 1910 oleh Shell Company. Berhadapan Grand Old Lady ada Museum Petroleum dan signboard besar MIRI.
Oh ya, lupa nak bagitau yg kami di sini menyewa kereta dari Miri, kemudian kereta ni juga yang akan kami drive dari Miri ke Brunei, jalan-jalan Brunei, selepas itu kami ke Bintulu, jalan-jalan Bintulu dan akhir sekali, kembali semula ke Miri, jalan-jalan di Miri seterusnya pulangkan kereta sewa di Miri dan flight balik KK dari Miri.
Hari tu merupakan hari Jumaat, jadinya en suami dan anak-anak lelaki menunaikan solat jumaat di Masjid At Taqwa sementara aku dan Arissa solat jamak di surau Petronas Jalan Bintang. Selepas solat, en suami bawa kami ke kedai kek lapis Siti Payung, bergambar di Miri Waterfront dan makan tengahari di Restoran Ayam Penyet Ria.
Suasana maghrib ketika menunggu giliran untuk ke imigresen.
Dari petang sampai ke maghrib kami menunggu, setelah itu kami meneruskan perjalanan ke homestay di Brunei. Sampai sana pun dah malam. Sepanjang perjalanan di highway tu banyak sungguh papan tanda zikir-zikir, bagus betul. Jalannya juga cantik.
No comments:
Post a Comment