Assalamualaikum.. rupanya dah sebulan lebih tidak bersiaran, susah juga nak kekalkan istiqamah menulis setiap hari. Sebenarnya banyak juga perkara yg nak dikongsikan tetapi itulah. Ada je halangannya. Mungkin kalau rajin nanti aku akan menulis sedikit demi sedikit.
Kelmarin Aqlan tak sihat, dia batuk-batuk, kalau dia batuk-batuk selalunya dia susah nak bernafas. Ada bunyi wheezing kalau tekap telinga kt belakang badan dia. Jadi, pagi tu dia xpegi sekolah, aku bawa dia pergi klinik. Doktor bg neb, ubat dan mc sekali. Lps neb tu dia dh ok. Tapi petang tu dia cakap dia semput semula, terus bgtau husband apa perlu buat. Husband suruh pergi klinik lain yg dia biasa pergi, jauh sikit la dari rumah. Pagi td tu bawa Aqlan pegi klinik yg paling dekat dengan rumah, jalan kaki je dah sampai. Mungkin sebab berjalan tu ke dia semput semula.. tak tahulah..
So, petang tu dah alang-alang nak ke klinik, ambillah Arissa sekali sebab risau kalau terlama kat klinik, kesian pulak Arissa lama menunggu di sekolah. Tup-tup memang betul, pukul 5 lebih juga lah habis selesai urusan di klinik.
Alhamdulillah hari ni Aqlan dah sihat semula. Aqlan cakap dia start batuk tu bila dia makan buah oren. Aku pun semalam try la mkn buah oren tu, makan separuh je, aahla rasa mcm xsedap tekak pulak lepas mkn buah tu.. sebelum ni xpernah amik oren yg tu, selalunya amik yg dlm karung jaring2 tu. Saja nk try jenis yg lain.
Waalaikumussalam.
ReplyDeleteGet well soon Aqlan.
Memang ada buah oren yang menyebabkan tekak rasa tak selesa selepas memakannya.
Alhamdulillah beransur sihat, sedang menghabiskan dos antibiotiknya..
Delete