Setiap hari, aku berazam nak rajin memasak masakan yang sedap, dan nak try resepi- resepi baru. Semalam masak macaroni goreng cili kering. Menu biasa sahaja, tapi aku jarang masak menu ni. Kebetulan ada daging cincang, maka aku pun proceedlah memasaknya.
Bahan-bahannya:
Cili kering segenggam (tapi aku kurangkan)
Ikan bilis segenggam
Belacan sedikit (aku tak letak)
7 biji bawang merah kecil
7 ulas bawang putih
Bahan-bahan di atas tu kisar kasar.
Rebus macaroni separuh paket je letak garam sikit.
Tumis bahan-bahan kisar, bila dah terbit minyak, letak daging cincang, nak ganti ayam cincang pun boleh. Lepastu masukkan carrot yg telah dipotong dadu. Masukkan telur 3 biji (telur tu aku letak serbuk lada putih dan garam sikit & kocok2 kan), bila telur dah garing sikit, gaul-gaulkan dgn bahan yg ditumis tadi. Masukkan kicap lemak manis, sos tiram, air rebusan macaroni, serbuk pati ayam, garam, gula biarkan mereneh sekejap. Lepastu masukkan macaroni yg telah ditoskan, akhirnya masukkan butter sikit dan tabur dgn daun bawang. Sedia untuk dihidang.
Bila buka album gambar makanan yang pernah dimasak dulu2, baru rasa rajin nak memasak..itulah aku ni kadang rajin kadang malas.. hihi..
Samalah kita, kadang rajin kadang malas juga hihihiii!
ReplyDelete