Entri throwback awal bulan hari tu. Alhamdulillah, keputusan exam Aqil untuk exam pertengahan tahun Aqil dapat 8A 3B, kalau ikutkan ada 14 subjek yg diambil dan Aqil dapat (11A 3B) cuma subjek elektif tak dikira untuk terima anugerah tu. Pelajar yang dapat 8A ke atas yg dapat anugerah ni. Apa-apa pun tahniah Aqil, walaupun Aqil jauh dgn keluarga, tapi Aqil dapat buktikan yg Aqil boleh berjaya. Ibu selalu doakan anak-anak ibu sentiasa diberi kemudahan dalam menuntut ilmu dan dikuatkan ingatan dalam menghafal Al-Quran.
Sebenarnya agak struggle juga untuk seimbangkan akademik dengan hafazan. Lagi-lagi untuk pelajar yang aktif dalam sukan atau koko. Awal tahun hari tu ada juga Aqil bgtau ada senior ajak dia join main kriket, tapi Aqil cakap mcm tak boleh nak commit sebab training hari2, nak siapkan kerja sekolah, nak cari modal untuk hafazan lagi. Daripada dia stress, baik dia buat mana yg dia boleh je, kalau rasa tak mampu nk aktif sukan, xpayah la. Lagi pun aku faham, anak-anak aku bukan jenis yg bersukan sebab sama mcm mak ayah diorang juga dulu..haha.. aku dulu pun setakat join wakil rumah sukan je dalam acara lari 1500m dan merentas desa..
Semoga Aqil dapat kekalkan momentum belajar dan menghafaz dan menjadi pelajar yang cemerlang serta berjaya di dunia dan akhirat. Amin.
alhamdulillah tahniah aqil!
ReplyDeleteTerima kasih Aunty
Delete