Tuesday, 16 April 2019

Penginapan semasa trip ke Europe I

Trip ni terdiri dari 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Untuk penginapan, kami booking melalui booking.com. Harga bilik biasanya ada 10% VAT, kalau kat Switzerland 3.8% VAT dan city tax per person per night excluded. Maknanya harga bilik nanti campur tax2 tu. Tax tu berbeza2.

1) La Grande Bellezza, Rome, Italy (11-12 March 2016) sebuah apartment, ada private parking berdekatan, kos EUR 15 per day. Di sini, kami stay selama 2 hari 1 malam. Harga bilik RM 561 @ € 120.

2) Holiday With Children In Venice
(12-14 March 2016). Harga RM 799 @ €170 utk 3 hari 2 mlm. Kami cari penginapan yang bukan betul2 di Venice, apartment ni terletak di Mestre, Italy. Nak ke Venice kami naik train. Sebab drpd survey kami dibeberapa blog sblm ke sana, katanya hotelnya xde tangga nk naik atas, pastu nak kene angkut beg jauh jg dr stesen ke hotel. Kat Venice kira mcm pulau yg sistem pengangkutan dia sama ada naik bot atau jalan kaki. cer bayangkan kalau dpt bilik yg agak jauh.. lagipun aku tengok hotel2 kat Venice agak lama, lorong2 utk berjalan kaki tak begitu bersih, kadang2 bau kencing, sama ada kencing orang atau pun anjing. Kt Venice ramai yg bawa anjing jalan bersama. 

3) Jani's Holiday Apartment, Interlaken, Switzerland
(14-17 March 2016). 4 hari 3 malam
€553, kalau dlm local currency CHF 600
1apartment, 3.80 % VAT, CHF 3.50 City tax per person per night
Cantik apartment ni.. buka sliding door je terus nampak gunung-ganang yg diliputi salji, pemandangan yg sgt wow!!! tak dpt digambarkan dgn kata2..
Bumi Switzerland ni sgt cantik sbb tu stay sini paling lama..hehe



Rumah ni agak besar sebenarnya utk kami sekeluarga, tapi berbaloi la. Tingkat atas yg berkayu tu yg kami sewa. Bhgn bwh owner dia duduk.



Sebenarnya ada bilik lg satu, mybe gmbr tu dlm hp husband. 1 toto tu dh bw ke ruang tamu sbb anak aku kesejukan.


Bhgn ruang tamu, penuh dgn mainan, Seronok anak2 bermain. 


Dari balcony, boleh nmpk gunung-ganang yg diselimuti salji di puncaknya.. Subhanallah, mmg cantik sgt.. Ada trampoline juga di luar. 



4) Rennes Montparnasse, Paris, France
(17-19 March 2016) Stay kat sini 3 hari 2 malam. Harga €166.80. Dr tingkap apartment ni nmpkla menara Eiffel.. 


Compact sikitla apartmentnya. Sorry la keadaan dah serabut.

5) Charming Bellagio, Bellagio, Italy. (19-20 March 2016). Harga € 150 utk 2 hari 1 malam. Apartment ni berhadapan je dgn Lake Como. 

6) Red Line Apartment Milano, di Milan, Italy.  (20-22 March 2016). Harga €169.20 utk 3 hari 2 mlm. Apartment ni baru dan cantik, moden.. berkaca2 dindingnya..

Secara keseluruhannya, kami memilih apartment berbanding hotel sebab senang nak masak.. masak pun yg ringkas2 je.. Harga bilik tu aku xsure dah masuk tax ke belum.. kira lebih kurang la tuh.. ada sesetengah apartment xde parking, tp ada public parking yg berhampiran. Dari Switzerland, kami ke Milan utk ambil flight ke Paris. Parking kereta di Airport Milan, xigt la kene byr berapa. 

Cerita berkenaan pengalaman sepanjang perjalanan dan tempat2 yg dilawati aku akan tuliskan dlm entri ikut tempat. Ada yg dah post ada yg belum.. jenuh juga nak ingatkan balik.. bertahun dah.. tapi sebab aku nak kenangan itu tersimpan dlm blog walaupun xtau la ada yg baca ke tak ni, at least aku boleh igt balik bila aku baca.. hehe.. aku ni sejenis yg segan kalau org yg aku kenal baca blog aku. tp kalau org yg tak kenal, aku xkisah.. sebab tu aku tak cerita sgt dlm fb.. kecuali kalau husband aku tag kisah2 travel kami. dlm fb ramai kawan2, cikgu, lecturer dan sedara mara yg kenal. Dlm ig pun sikit2 je la aku post sebab aku restricted org2 yg follow. org yg aku kenal je aku approved. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...