Tuesday 9 April 2019

Trip Europe I : Venice, Italy

12 March 2016

Perjalanan dari Rome ke Venice mengambil masa lebih kurang 5 jam 30 minit, campur berhenti2 lbh krg 6 jam jugala. Kami stay di Mestre, bahagian darat dan bkn di Pulau Venice. Apartment ni, tak jauh dari Stesen Venezia-Mestre. Kami stay kat apartment ni selama 3 hari 2 malam.


Banyak giler bekalan makanan yg dibawa



Makanan ruji tidak dilupa..heheh

Benda terpenting bila bawa travel, sabun taharah. 

Awal2 pagi 13 March 2016, kami bertolak dr apartment yg disewa utk ke Venice.

Dari Stesen Venezia -Mestre ke Stazione Venezia Santa Lucia lebih kurang 12 minit naik train. Boleh juga kalau nak naik bas. Hari ni seharian kami di sini.

Sesampai sahaja di Venice, kami mengambil peluang untuk menaiki gondola, harga xingat dah.


Tempat servis gondola


Pengalaman yg tak dpt dilupakan dpt naik gondola ni. Alhamdulillah..
Aqlan xtgk camera pulak..


Payah juga nk amik gambar lengkap semua orang pandang camera. xpelah yg ptg gambar mak ayah helok..


Inilah Venice.. kata kawan husband aku sungai ni berbau waktu summer. nasib kami pergi penghujung musim sejuk, jadi xdelah berbau.. hee..

Kami berjalan kaki segenap ceruk bandar Venice ni. Aqlan duk dlm stroller. Sebenarnya waktu ni Adam demam. waktu dia tak larat jalan terpaksalah Aqlan didukung, Adam duk dlm stroller. Aqil alhamdulillah kuat kaki dia berjalan. Agak penat jugak la utk kami yg bw anak2 kecil ni berjalan2.. tapi kami berhenti2 la, nak cari  tempat yg dlm plan kitorang bukannya senang, asik sesat je.. lebih sesat masa nk cari jalan keluar dr Venice..haha..

Tempat-tempat yang dilawati di Venice:
1) Rialto Market
2) Rialto Bridge
3) St Mark Square
4) St Mark's Basilica
5) Doge's Place





Restoran Pizza Halal di Venice


Rialto Market


Berhenti sebentar utk minum2 petang sikit




Tempat wajib bergambar katanya, St Mark Square.


Adam dah tak larat sgt, kesian.. tp nak buat mcmmana kan terpaksa redah je lah. dah nk keluar dr Venice. Hari pun dah nak malam. Aqil la paling kesian berjalan. Suhu mmg sejukla time ni.. Esoknya Aqil pulak yg demam, Adam dah sihat.

Selepas Venice, kami akan bergerak ke Switzerland pulak.. 



No comments:

Post a Comment

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...