Sunday 14 April 2019

EUROPE ~ Tips dan perancangan perjalanan

Pengembaraan ke Benua Eropah ni mmg memerlukan kami membuat research dan persediaan yang lebih teliti. Aku guna perkataan pengembaraan sebab rasa mcm mengembara pulak dgn hangkut barang2.. anak2 dan berpindah2 dari 1 tempat ke tempat lain.. hihi.. Husband pula banyak bertanya kpd kawan2nya yg telah sampai ke sana. Sementara aku byk baca blog2 org yg telah ke sana dan mencari tempat2 menarik untuk dikunjungi. Kebanyakan mereka menaiki train sepanjang berada di sana. Ada juga yang memandu sendiri dan ada juga yang ikut travel agensi. Kami pula bercadang untuk menyewa kereta, jadi, tak banyak blog yg bercerita pasal pemanduan di sana. Pada pendapat kami, bila drive kereta sendiri senang nak hangkut segala brg, ye la kami dgn 3 anak kecil jadi senang bergerak. kalau menaiki tren, kene ikut waktu dan tak dpt nak bayangkan dgn nak angkut segala mende, dgn nk jaga keselamatan brg2 lg. Macam2 aku baca pasal kt sana byk kes pick pocket profesional.. takut kelam kabut je. kalau drive sendiri boleh ikut waktu sendiri yang telah dirancang. Kalau tak ikut waktu yg dirancang susah juga sebab nanti drag masa. Mujur husband aku mmg jenis yang bersistematik. 

Disebabkan entri ni dah tertangguh beberapa tahun, maka aku akan kongsikan tempat2 yang aku dapat lawat dan apa2 perkara/tips yang aku ingat.. itenerary utk Europe ni sangat ringkas sebab kitorang drive. Tak macam kat Jepun kene study detail sikit sebab guna train dan ada masa yg tepat.. sekali dgn harga tiket. Senang nak budget cost utk pengangkutan.

So, penting utk pengembaraan Europe ni ialah:
1) Tiket flight - sama ada nak pilih yang transit atau direct~kitorang pilih transit kat Dubai
-pilih sama ada turun kt airport yang sama atau airport yg berbeza/sama ada negara yg sama atau tidak~ kitorang pilih negara yg sama iaitu Rome dan airport yg sama. Kalau masuk dan keluar dr airport yg sama harga tiket murah sikit.

2) Penginapan- beberapa tempat dan decide awal2 nak stay brp lama kat sesuatu tempat tu. Yg ni ptg sbb kwn husband pernah tiba2 tukar plan nk stay kt 1 tempat tu lebih sehari dan dah drag penginapan di tempat yg seterusnya. Yang ni aku ada buat entri khas mengenai penginapan. 


3) Pengangkutan- drive. Pastikan anda memiliki lesen memandu antarabangsa.. senang je nak apply, just pergi ke jpj then cakap nak buat lesen antarabangsa bayar RM 150 tu harga 2thn lepas. La ni aku xsure berapa.. sewa kereta, dari airport Rome then kene pulangkan balik kat tempat kita sewa lebih murah berbanding kita pulangkan kat tempat lain. Sebab tu kitorang decide masuk dan keluar dari airport yg sama. Pastikan kita sewa kereta sekali dgn GPS, kalau ada anak kecik, kene sewa baby seat atau booster seat. Disebabkan aku ada 2 kids dan 1 baby kene sewa 2 booster seat dan 1 baby seat. Kat sana wajib pakai mende alah tu.  Kat sana serasa aku xde tol so, sediakan duit minyak je lah. Cuma masa nak masuk Switzerland kene ada pas. Beli kat perhentian sebelum masuk Switzerland. Sewa kereta selama 12 hari ialah sebanyak €1000++ termasuk insuran sekali dan minyak kereta sekali. Bersyukur sangat kami ada byr insuran, nak dijadikan cerita kami mengalami kemalangan kecil semasa di Lake Como. Bahagian pintu hadapan belah penumpang kemek sikit, belah aku duduk pulak tu. mujur xde kecederaan berlaku. Alhamdulillah sgt. Kereta dia yg teruk bhgn hdpn. Masa hantar kereta tu xde kene charge apa2 pun sbb ada insuran. 




Kereta Ford apa ntah.. lupa pulak.. pjg sikit drpd yg ada kat Malaysia.. Kereta yang banyak berjasa membawa kami mengembara ke benua Eropah.



Pemandangan belakang tu sgt mempesona..



Bahagian belakang kereta.



Mujur muat segala beg yang ada.


Senarai negara yang dilawati:

1) Italy: Rome, Venice, Milan, Lake Como
2) Switzerland: Interlaken, Bern, Zermatt, Lucerne, Grindelwald, Lauternbrunen
3) France: Paris

Kitorang ambil masa selama 12 hari utk pengembaraan kali ini. Bermula dari Rome ➡ Venice ➡ Switzerland ➡ Paris ➡ Lake Como ➡ Milan ➡ Rome 


Perjalanan dari 1 tempat ke 1 tempat sgt jauh.. kene ikut masa yg telah dirancang supaya tak drag masa ke tempat yg selanjutnya. Antara tempat yg paling aku suka dan berangan2 nak pergi adalah Switzerland. Jadinya masa yg diperuntukkan di Switzerland adalah plg lama.. tu pun rasa tak puas lg.. rasanya tulah negara paling cantik yg pernah aku pergi.. opps.. cerita selanjutnya dlm entri Switzerland ye... hehe..


Biasanya kalau dlm perjalanan, kitorang solat kat mana2 tempat yg bersih.. kalau kat R&R diorang kdg ada bilik utk mandi, asing drpd tandas.. pastu ada ruang sikit utk salin baju, kat situlah kitorang solat. Jgn lupa bawa kompas.. Masa kat Venice, susah juga cari tempat yg bersih sebab byk tahi burung kat jalan2.. lorong2.. anjing pun byk.. anjing pun kencing merata-dinding2 dan tiang2.  Jadinya solat kat gereja, husband minta kebenaran dulu dgn penjaga gereja..dia bg.. pastu husband cari tmpt yg jauh dr tmpt org lalu2 dan bhgn yg bukan mengadap patung2 depa.. dlm gereja bersih..tawakal je la.. mana ada surau kat Venice.. 


Bab makanan pulak, kitorang byk bawa bekalan dr Malaysia~ beras, santan serbuk, biskut2, mknn dlm tin, nasi Brahim's dll. Sblm pergi search dulu restoran atau tempat mkn halal yg ada kat sana. Disebabkan harga brg2 mknn di Switzerland mahal, jadinya kitorang beli siap2 dari Italy~telur, sayur2 sikit, buah2, roti, air mineral. 




Depan supermarket di Mestre, Venice sebelum ke Switzerland.



Kene timbang dan tampal pelekat sendiri. Kat Malaysia bangla tolong timbang 😜 

Lagi satu, kat Italy ni nak pegang buah atau sayur perlu pakai sarung tangan plastik yg disediakan, untuk mengelakkan kontaminasi agaknya. sebab kitorg kene tegur sebab xpakai sarung tgn masa pilih buah. Mana kitorang tau sblm tu. 


Tu dia byk borong bekalan mknn. 

Bab pakaian pulak, seperti biasalah ikut suhu, time aku pergi tu kira penghujung musim sejuk. Kt Italy dan Paris xsejuk sgt berbanding Switzerland, masa tu la. Pakai long john, baju yg kain kapas dan jaket. Time berangin mmg bertambah2 sejuk.









1 comment:

  1. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 5 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    ReplyDelete

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...