Assalamualaikum..
Lamanya tak menulis di sini. Semua media sosial dah lama membeku..hehe. Hari ni tergerak hati nak cerita, untuk kenangan. Beberapa minggu yang lalu, ada rasa yang tak selesa kat esofagus. Macam rasa tersekat sesuatu, nak kata tercekik tulang ikan atau ayam. Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi itulah lama betul nak ambil keputusan untuk jumpa doktor. Bila minum, tak boleh nak telan air banyak2, mesti telan sikit2 baru boleh..kalau tak rasa nak tersedak. Aku sebenarnya paling takut..paling risau bila tercekik atau tersedak. Sebab ada wife sepupu husband, meninggal dunia sebab tersedak boba, boba tu tersekat kat salur pernafasan dia. Mungkin dah suratan ajal dia waktu tu. Tapi seriau la kan. Tahun lps suami kawan pula tercekik tulang ikan, lambat dirawat. Dia kerap demam-deman, rupanya kecederaan akibat tersangkut tulang ikan tu menyebabkan infection, akibatnya dia tak dapat diselamatkan lagi. Kalau tak silap aku, esofagus dia bocor, makanan dah merebak ke luar saluran esofagus tu.
Sebab tu aku sangat risau kalau tercekik atau tersedak.. Dulu masa kecik-kecik selalu juga tercekik sayur kangkung, sampai sekarang tak berapa nak sentuh kangkung. Bulan Ramadhan tahun lepas, masa berbuka puasa kat surau, ada lauk sotong. Sotong tu agak liat.. Tengah menyembang2 dengan kawan-kawan, sekalinya nk tercekik sotong tu, tak terkunyah. Jadi panjang gitu. Masa tu dah cuak giler, aku tarik dengan jari. Mujur boleh tarik keluar.. aduss.. seriau betul la.
Ha.. sambung balik kerisauan aku beberapa minggu ni. Bila makan, terasa lambat betul makanan tu nak turun ke perut. Rasa tersekat kat esofagus. Mula la macam-macam fikir..sampaikan bila lepas makan je, tetiba rasa struggle sangat nak bernafas, badan tiba2 rasa sejuk dan jantung pun mcm laju je berdegup. Macam kena anxiety pula.. Hari Sabtu (10/10/26) aku call adik aku, Jannah, cerita pasal ni. Dia pun cakap better pergi la jumpa doktor. So, Isnin tu (12/10/26) aku pegi la Klinik Pakar ENT, dengan harapan doktor tu boleh la cek kat tekak aku ada ke tersangkut apa2..Tapi, kena buat appoinment dulu. Selasa (13/10/26) pukul 11.30am baru dapat jumpa doktor.
Selasa tu, aku pun pegi la klinik tu lagi. Allah je tau betapa cuaknya aku ketika itu. Walaupun doktor bg sembur bius, tapi saat doktor nak masukkan endoskop tu, aku mcm menolak2 tangan doktor tu sebab teramat takut. Tapi menurut doktor tu, xde nampak apa2 yang tersekat kat kerongkong. Cuma disebabkan aku terlalu takut, risau kot2 ada benda yang tersekat bawah sikit dari kerongkong, doktor tu ambil keputusan untuk refer aku ke KPJ Kajang untuk buat barium swallow test.
First time la aku dengar nama test tu. Barium swallow test ni dia guna non-invasive x-ray guna larutan kapur yang mengandungi barium sulfate untuk memeriksa bahagian atas gastrointestinal tract termasuk tekak, esofagus dan perut. Sebab aku kan bgtau yg aku rasa susah nak menelan. So, ujian tu untuk diagnose
1) dysphagia (susah menelan) - throat spasms
2) Gastroesophageal reflux disease (GERD) atau chronic heartburn
3) Hiatal hernias (bila berlalu sebahagian perut tertolak ke atas dada)
4) Strictures atau peyempitan saluran esofagus
5) Ulcer, polyps, diverticular or tumors in the upper digestive tract (ni paling risau kalau ada)
Masa tu aku bgtau husband macammana ni, kena pegi ke..takutnya.. husband bgtau pegi klinik panel dulu, minta dia refer ke hosp yang kita nak pegi. At least panel husband boleh cover bayaran tu. Betul juga kan..kenapa la aku tak terfikir nak pegi klinik panel dulu sebelum pi klinik pakar ENT ni. Dah kena bayar RM60. xpela, at least xde la risau sbb dh tau xde apa tersangkut kat tekak. Lepas tu terus aku bergegas ke klinik panel yang selalu aku dan family pegi tu.
Doktor india tu sangatlah baik, berusaha dia tenangkan aku. Aku cerita la kat dia semua masalah aku, semua kerisauan aku pun dia catat. Dia siap suruh aku beristighfar, berselawat lagi supaya aku tenang. Part tu yg aku nak tergelak..haha..Bagus betul dia ingatkan aku walaupun dia bukan/belum muslim.. Tetiba teringat masa nak bersalinkan Adam dulu, nurse India tu pun suruh aku beristighfar banyak2..haha..
Akhirnya dapatla tarikh appoinment aku hari Rabu 14/10/2026 kat KPJ Damansara 2. Kalau kat hospital lain lambat sangat tarikhnya. Yg tu je yg paling awal dan doktor pun perempuan. Tiba hari Rabu tu, doktor yang aku jumpa tu sangatlah baik dan memahami kerisauan aku. Doktor tu plan untuk aku buat barium swallow dan endoscopy (kamera kecil dimasukkan ke dalam mulut sehingga ke perut). Aduii..seramnya.. Dia kata ok je, kita bagi bius (memang tak sedar masa prosedur tu). Lega sikit aku dengar tapi still takut juga. Tarikh untuk buat prosedur tu 16/10/2026 (Jumaat). Nanti aku sambung semula. Macam panjang sangat la pula..
No comments:
Post a Comment