Thursday, 26 November 2015

Lombok: Day 4

2 Nov 2015 (Isnin)
Hari ni malas pulak nk pi tgk sunrise..semalam dah tgk, kira ok la kan.. lepas breakfast, balik bilik kemas2 barang.. Adam Aqil dan ayah diorang je yang ke swimming pool..  hari ni check out dari Vila Ombak Hotèl di Gili Trawangan dan check in di Svarga Hotel di Senggigi.

Sebelum check out
Sementara tunggu en suami check out.. serius betul muka diorang.. mak je yg lelebih senyum..
Pemandangan tepi pantai depan Vila Ombak.. bye bye..

Naik cidomo nk ke jeti..dgn segala beg dan juga stroller..encik kuda sila bergagah ye angkut kitorang.. Aqlan pejam mata plak..
Masuk je boat, mata Aqil dah ngàntuk yg tak tertahan.. Aqlan duk cak cak abg dia..
Pejam mata dah si Aqil ni
Tersengguk pulak..hehe..

Beli tiket boat kat kaunter betul2 sebelah jeti slps turun dr boat. Harga tiket RP85 000 seorang. Kanak2 half price. Aqlan free. Kalau beli dekat ejen2 kt sekitar Gili Trawangan tu, mungkin mahal sikit sbb nnt ejen2 ni beli kt kaunter ni juga.. baik beli direct je..

Pemandangan kaunter beli tiket fast boat dari Gili Trawangan ke Bangsal dari jeti.

Kitorang beli tiket boat sekali dgn kereta sewa yang akan bawa kami check in hotel di Senggigi..

Sampai Bangsal, kereta sewa dah sedia menunggu. Dalam kereta borak-borak dgn driver @ supir, nama dia Yasir. Dia cakap dia boleh bawa kitorang kalau nak jalan-jalan tempat menarik kt Lombok ni. Kitorang on je. Lagipun senang sikit la bila ada supir.. sebab bawa anak2 kan. Nak berhenti mana2 pun senang.

Kitorang check in hotel dulu lepas tu solat2 dan bawa apa yang patut dan terus dia bawa kami jalan-jalan. Dia bawa kami ke Kuta, Lombok dan Kg Sade. Sebab satu jalan je tempat ni. Bapak jauhnya Kuta ni dari Senggigi. Tertido2 dlm kete tu mmg wajib la..Herot berot dah tudung haku..

Dalam perjalanan tu singgah makan tengahari yang dah lewat sgt kat Taliwang 33.



Baru ku tahu, Lombok pun ada Kuta juga.. ingat Bali je ada Kuta..
Kg Sade, kg ni la yg femes pasal culik anak dara org tu.
Sampai nk dekat malam baru kitorang keluar dr Kg tu. Pastu terus balik hotel.. sampai-sampai je hotel, tengok-tengok hotel blackout. Staff hotel bagi lilin dan mancis sementara diorang tengah usahakan utk mendapatkan generator.

Setengah jam ke sejam camtu, dah ada letrik. Lega sikit. Tak la tdo dlm kepanasan bdk2 ni..



1 comment:

  1. Lombok pun cantek kan pemandangan dia. Jarang orang ke lombok sbb sana terkenal dgn kes bwk lari anak dara org.. tapi bila tgk2 pemandangan kwsn sana mmg cantek2

    ReplyDelete

Hobi bertukar side income

  Assalamualaikum.. Sejak berhenti kerja 7 tahun yang lalu, aku mmg tak bekerja dan hanya menumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak, suami...