Friday, 13 November 2015

Lombok: Day 3

1 Nov 2015

Bangun pagi aku bergigih tunggu sunrise kat jeti depan hotel.. Alhamdulillah dpt tgk..

Ni gambar sblm sunrise

Ni gambar betul2 tgh keluar mataharinya..

Balik hotel berlari2 aku takut Aqlan dah terjaga dan nangis.. sekalinya mmg betul..huhu..cian Aqlan..

Pastu gi sarapan.. relax2 kat bilik then pegi mandi kat swimming pool.. then jalan2 area kedai2 kat gili trawangan sambil usha2 pantai belah mana yg cantiks.. sampai office cidomo.. kitorag amik cidomo utk mengelilingi pulau ni.. RP 200 000.. lalu kawasan yg byk2 kedai2.. seterusnya lalu depan hotel vila ombak tempat kitorang menginap..kemudian cidomo lalu ikut jalan macam nak ke Ombak Sunset.. pastu terus lagi lalu ikut kebun kelapa.. area ni jalan memang sangat teruk..terlompat2 kitorang duk atas cidomo ni.. kene pegang kuat2.. kang tak pasal2 tercampak keluar pulak.. area ni ada jugak hotel2... tp ke dalam sgt tu.. jauh dari area pasar malam.. ada byk juga bangsal2 kuda.. kemudian cidomo ni lalu bahagian yang banyak kedai2.. cukup la satu pusingan cidomo ni bawa kami..

Habis keliling pulau, kitorang decide nk main air kt pantai .. sambil2 pusing pulau tadi kitorang tengok2 juga pantai bahagian mana yang paling cun.. hasil drpd penelitian kitorang pantai ni lah plg cantik.. xde lumut.. pasir putih.. air jernih.. patutla ramai mat saleh berjemur dan menggaring kat sini.. ahaks..
Ni pintu masuknya..



Korang nak lepak sini buat2 la beli air baru boleh menggaring kat sini.. jangan lupe minta password wifi sekali..hehe..boleh update status ke.. update blog ke..

Mula2 nak bersantai je, sekalinya si Adam dan Aqil sibuk nak main pasir.. apa lagi, ayahnya pun belikan la set penyedok2 pasir tu..


Subhanallah..cun giler pantai ni.. puas ejas nk snap gmbr supaya sutun2 tak masuk dlm gmbr ni..hee

Ptg.. balik hotel..solat.. relax jap.. pastu tgk sunset pulak kt depan Ombak Sunset..

Sementara tunggu giliran nak amik gambar..

Alhamdulillah..hari ni berjaya juga amik gambar sunset kat  sini.. org ramai biasanya amik gambr couple2..single2 atau berkawan2 kat buaian ni..kitorang je yang bawa anak2 .. huru hara nak setting tempat dgn budak2.. Aqil ni payah sikit nak bergambar.. sukar nak bagi kerjasama.. menangis la..merajukla.. tak pandang kamera la.. tundukla.. tutup mata la.. tengokla si Adam je yang panjat.. Aqil kat situ je.. Aqlan tak nampak. Ayah dia pegang..

Kat area tepi pantai ni ada beberapa buaian port bergambar.. dari pantai nak ke buaian ni banyak batu2 karang yang dah reput2.. bila terpijak mmg sakit ler kaki.. korang hati2 la ye.. lalu ikut tepi ok sikit..

Puas bergambar, kitorang terus pi kaunter cuci gambar..lupa pulak nak bgtau.. kat buaian Ombak Sunset ni ada servis ambil gambar dan cuci gambar.. korang boleh tengok gambar yg diorg amik dan terpulangla korang nak cuci atau tak.. harganya ikut bape keping korg nak dan nak softcopy sekali ke tak..

Lepas tu kitorang amik cidomo RP 100 000 terus ke tapak pasar malam.. makan malam kat sana je.. kalau stay hotel area Ombak Sunset ni mmg jauh dr tempat makan.. kalau nk mkn kat hotel mahai la.. aku ada tanya2 org Malaysia yg stay kat hotel area ni diorang kene cepat sewa basikal.. kalau lambat xdpt basikal terpaksa menapak nak cari tempat makan.. jauh juga tau.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...